Pengikut

Sabtu, 17 Mei 2014

38 Tahun Kemudian...!

17/5/2014....Saya sungguh teruja dan bersyukur kepada Ilahi. Mengapa? Usaha saya melobi gomen negeri Perlis semenjak 2012 akhirnya berhasil. Bukan mendapatkan projek, mind you. Saya telah melobi agar Perlis mengiktiraf pengorbanan anak watan negeri tersebut, iaitu arwah Lt Wan Munsif Bin Wan Salim. Pertama kali di sini dan kali kedua di sini.  Hari ini, nama beliau tersenarai penerima anugerah negeri Perlis...Syukur alhamdulillah....


Apa lagi, sudah pasti saya menghubungi anak arwah untuk mengucapkan tahniah. Beliau terpinga2 kerana tidak tahu menahu tentang berita ini. Beliau menyatakan yang maknya tak pernah sebut langsung pasal anugerah. Saya pun telefon maknya. Beliau mengesahkan yang beliau hanya mengetahui berita ini daripada anaknya itu melalui saya. Dimana silapnya? Heran bebeno!

Saya tiada sebarang jawapan. Namun demikian, saya telah WhatsApp seorang pengarah agensi gomen di Perlis memohon agar beliau tolong teropong2kan sikit mengapa terjadinya keadaan ini. Sama ada beliau akan membuat sesuatu...Wallahualam. Itu saja yang saya mampu lakukan.

Berbalik kepada soal pingat ni. Ada seorang 'office bearer' sebuah pertubuhan veteran bertanya kepada saya apa yang mereka perlu lakukan untuk veteran. Saya pun mencadangkan mengapa persatuan tidak rekomen para veteran untuk dianugerah pingat. Persatuan boleh mencalonkan ahli2nya. Secara persendirian ahli2 tiada avenue untuk dicalonkan. Janganlah asyik2 mencalonkan office bearers atau kroni saja, tak aci le tu. Jawapannya sungguh mengecewakan. Manakan tidak...'dah pencen nak buat apa dengan pingat2 tu', lebih kurang begitu le bunyinya. Yang herannya, beliau mendapat anugerah 'bergelar' pun selepas pencen. Pangkat yang disandang sebelum pencen hanya layak setakat KMN saja! Orang yang tak nak, biorkan saja. Itu hak dia. Ramai lagi yang nak. Lihat saja PJM. Orang sanggup tunggu sekian lama hanya untuk menerimanya.

Apa pun, syukur alhamdulillah.

4 ulasan:

Musa Hassan berkata...

Syabas Maj Nor Ibrahim. Alangkah besarnya rasa hati kalau semua pemimpin2 Negeri/Negara mengiktiraf pengurbanan Anggota2 ATM yang lepas2 ....

Tanpa Nama berkata...

Salam pak..sekadar bertanya..saya.anak bekas tentera yg mana arwah abah pernah berkhidmat dgn 12RAMD SUNGAI ARA KEM DULU DAN BUKANNYA ASAL 12 RAMD SEKARANG DI KUANTAN PAHANG KERANA DULU BELUM BERGELAR MEKANIZE..PERTANYAAN SAYA ADALAH DIMANAKAH.SAYA NAK BERTANYA JIKA ARWAH ABAH.LAYAK MENERIMA PINGAT PJM..BANYAK PENGERTIAN NYA PINGAT INI PADA ARWAH ABAH KERANA DIZAMANYA OPS.GUBIR.BANDING MAHUPUN SETAHUN LEBIH PERNAH BERBAKTI DIBUMI SARAWAK...25292 KPL.SAAIDIN BIN MOHD RASIP..ASAL TA YG DISERAP KE 12 RAMD KETIKA.BERMULA KEJADIAN 13 MEI..KOR ASAL RAMD SEBELUM TRANSFER KOR.KE KPD SAJIAN

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anon,

Saya cadangkan anda menghubungi JHEV. Saya percaya mereka boleh membantu, insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Jazakallah pak..salam RAMADHAN