Followers

Monday, July 7, 2014

Nuri Tempang

Saya bersyukur kepadaNya kerana ramai yang sudi membantu dalam kajian saya, Syukur Alhamdulillah. Mungkin juga kerana nak hentikan saya daripada terus 'harrassing' depa, jadi mereka layan le. Manakan tidak, mejar penyebuk ni asyik2 call/WhatsApp/sms tak kira waktu...siang ke...malam ke....hari kerja ke...hari cuti ke...! Memang melampau le saya ni..He...He...He.

Pada 2/7/14, saya terima gambo2 yang memang dah lama saya cari dari Mej Siran TUDM (B). Gambo2 tersebut tentang kemalangan sebuah Nuri di LP kat Gunung Korbu, klik di sini. Baru2 ni, saya berpeluang bertemu kapten Nuri terbabit. Beliau memaklumkan kejadian itu berlaku pada 19/7/1980. 

 







Di belakang gambo2 tersebut, tarikh yang tercatat ialah 4/9/1980. Mungkin aktiviti ini berlaku pada 3/9/1980. Dalam coretan saya dulu, saya ingat FM1717 diterbangkan terus ke Airod. Saya hubungi seseorang tu. Beliau menyatakan yang dia ingat ialah di Butterworth. Tapi bila saya teliti gambo2 tersebut, lokasi itu macam bukan sarang siburung Nuri. Ini kerana dekat PU Butterworth tak ada bukit2, sama juga di Airod. Jadi, bagi mendapatkan kepastian di mana ia di'offload'kan, saya bertanya melalui facebook. Jawapannya ialah Lapangan Terbang Ipoh, berhampiran dengan pejabat JHEOA. Saya rasa, dari Ipoh FM1717 dibawa ke Airod dengan lowloader, wallahualam. Sekarang ini masih mencuba mendapatkan maklumat pula siapa kru yang terlibat. Saya nak tahu tarikh sebenar dan juga kisah recovery tersebut.

Salah 1 operasi dalam kajian saya ialah Ops Bamboo. Saya dah temu bual Dato Navaratnam, CO pertama VAT69 dan Supt Syed Zainal, CO 19 PPH (Senoi Praaq). Syed Zainal menceritakan Nuri menghadapi masalah ketika nak mengambil mendiang Inspektor Gunasegaran yang terkorban semasa pertempuran dengan segerombolan PGK di kawasan GOB, pada 9 Jun 1980. Pl Sjnnya, Sjn Long a/k Pandak, telah memburu musuh dan berjaya membunuh seorang PGK, menawan sorang, senjata, peluru, dan dokumen penting. Di atas keperwiraannya, Sjn Long telah dianugerah PGB pada Jun 1981.Saya masih tercari-cari siapa kru yang membawa keluar bodevac itu untuk mendapat kisah sebenarnya. Hingga sekarang, masih tercari-cari...kesian saya.

Para Pembaca Yang Budiman....Saya harap anda semua sudi kongsi bersama pengalaman supaya diabadikan untuk generasi akan datang. Saya memang memerlukan bahan2 untuk kajian saya.  Saya mohon maaf kepada mereka yang saya tak habis2 menganggu, tak kira masa. Saya sungguh menghargai sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan. 

Mej Siran Che Mat...Terima kasih.  

4 comments:

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Anon,

Maaf terdelete komen anda. Harap boleh hantar semula. Terima kasih.

edaydone said...

Ni dalam buku ke dua ke? Heli chinook tu dari mana Malaysia ada ke heli tu?

Anonymous said...

Salam. Saya ingat lg peristiwa ini masa saya std2.Rumah ayah depan tudm ipoh tp masa tu tgh dibina dan dulu nye lombong. sedang kami bermain tiba2 nampak chinook angkut nuri dan dieskot sebuah nuri terbang rendah ke ipoh airport. Seronok le kami bebudak ni.

Alfa Lima said...

Assalam mejar,
Would like to get my hands on your autographs books, please let me know your details so I can wire the payments.

Thank you sir,
Assalam.