Followers

Sunday, July 13, 2014

Dah Sah

Bersambung dari coretan di sini...

Saya masih tercari-cari bagaimana FM1717 dibawa ke Airod. Tanya orang melalui facebook, WhatsApp, sms tapi tiada seorang pun boleh memberi jawapan. Jadi, mejar pencen ni pun hantar emel kepada RAAF di Canberra Australia pada 3/7/14 bertanyakan sama  ada mereka boleh menghantar apa jua maklumat tentang misi tersebut. Tut...Tut...pada 7/7 saya terima keratan berikut daripada Sqn Ldr D F Burns, Research Officer, Office of Air Force History. Memang saya tabik spring pada depa.

"EX LONG LIFT" - Penerbangan ke Malaysia pada 25 Ogos 1980

Tak cukup dengan laporan itu saja, saya minta pula gambo A15-004, pada hari itu juga. Tak sampai sejam Sqn Ldr Burns hantar gambo Chinook berkenaan...Wow.

Chinook A15-004

Cita2 mejar pencen ni memang tinggi. Nak melengkapkan cerita, saya nak adakan lakaran tentang route yang diambil oleh Chinook ke Malaysia. Masalahnya saya  tak reti macam mana nak buat graphic, walaupun yang paling asas. Dengan muka tebal, apa lagi, melayanglah WhatsApp kepada Saudara Shamsul dan forum "Military OF MALAYSIA" di 'messenger'. Dengan mudahnya, depa hantar le apa yang saya mahu, syukur alhamdulillah. Memang saya nak paparkan kedua-dua lakaran tersebut. Masalahnya, tahap IT saya masih di peringkat Taska. Yang dihantar melalui WhatsApp mudah saya 'copy & paste' tapi dari messenger hanya keluar hanya hitam saja. Saudara Sharizulkefli, maaf le kerana tidak dapat memaparkan lakaran saudara. Apa pun, saya sungguh menghargai usaha saudara yang sedia membantu saya. 

Route Chinook. Ihsan Saudara Shamsul Nahar

Tak cukup dengan laporan dan gambo Chinook tu, saya tanya di mana FM1717 dioffloadedkan. Saya nakkan kepastian. Maklum le, oxford saya bukannya terer sangat pun untuk memahami bahasa gomen tu. Tapi Burns tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Sebenonya, saya memang ada  terbaca laporan akhbar the Star semasa melawat No 3 Skuadron pada 2009 dulu. Keratan tu ada dalam Scrap Book tapi tak berapa jelas. Berlandaskan bacaan itulah yang menyebabkan saya kata Nuri tersebut diterbang ke Airod dalam coretan dulu2 lagi. No problem, apa yang diperlu dilakukan, saya hubungi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 9/7. Pegawai terbabit kata nanti beliau cari. Tut...Tut...lebih kurang sejam, terpaparlah keratan akhbar the Star berikut dalam emel saya...Wow. Maka sahlah FM1717 dihantar ke Airod oleh Chinook. Tidak boleh dipertikaikan lagi. Noktah.

FM1717 tiba di Airod pada 3/7/80. Star bth 6/7/80 

Masih tak puas hati lagi. Bila Chinook betul2 di'underslung' dari Gunung Korbu ke Ipoh? Cuba hubungi sana dan sini, masih tiada jawapan. Sementara itu, saya andaikan tarikh di antara 30 Ogos - 2 Sep berlandaskan kepada catatan RAAF dan the Star.

~ 25/8 - Berlepas dari Pangkalan Amberly, Brisbane.
~ 29/8 - Tiba di Pangkalan Butterworth.
~ 30/8 - Mungkin rehat atau buat penerbangan tinjauan di lokasi?
~ 31/8 - Hari Merdeka. Mungkin FM1717 operasi bermula? Tugas diutamakan.
~ 01/9 - Mungkin hari ini? Selepas spares tiba dari Australia dengan C130 schedule flight depa dan terus                    diterbangkan dengan helikopter Iroquois dari Butterworth ke Ipoh bila Chinook AOG.
~ 02/9 - Atau hari ini ?
~ 03/9 - Nuri dioffload kat Airod. 
~ 04/9 - R & R kat Butterworth. 
~ 05/9 - Berlepas balik ke Australia (the Star).
~ 09/9 - Tiba di Amberley.    

Star kata 'Longest 'Copter Flight In History', mungkin betul le agaknya pada waktu itu. Kalau nak tahu tentang penerbangan jarak jauh, transatlantic flight, boleh klik di sini. Mungkin ramai pembaca dah lupa, pilot kita pun apa kurang hebatnya. Kapt Raja Mohamed, Kapt Nordin Ismail  Thanapalasingam (jurutera). Masa tu beliau bersama MHS selepas tamat perkhidmatan dengan TUDM.Mereka telah menerbangkan sebuah S61 dari England ke Kerteh pada 8 - 19 Mac 1983. Penerbangan memakan masa 11 hari, 69 jam dengan 24 stops di 14 negara.  Saya sedang lobi beliau agar mencatatkan pengalaman beliau kerana ia adalah satu sejarah negara. Saya ada membaca laporan akhbar tentang penerbangan itu. Dia kata  ia telah disiarkan dalam 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Tu dah lama, majoriti rakyat tak tahu pun dan dah lupa pun. Bio le mejar pencen ini menyiarkannya dalam blog ini. Sekurang-kurangnya ada juga orang akan sedar tentang peristiwa itu nanti, insyaAllah.  Saya juga mencadangkan beliau memohon supaya trip tersebut dicatat dalam buku Malaysia Book Of Record

Kalau kita sendiri tidak menonjolkan kehebatan orang kita sendiri, sapa lagi? Nak harap orang lain? Bila Uncle Sam buat filem Blackhawk Down, ramai mengamuk kerana keberanian para wira kita tidak ditonjolkan. Buat apa nak marah, salah siapa? Mangapa kita tidak tonjolkan kehebatan kita sendiri! Dah tentu le depa tonjolkan kehebatan depa. Tengok saja le, Rambo sorang saja boleh menewaskan Russians di Afghanistan dan askar Vietnam Utara....Hebat...memang hebat. Patutlah Vietnam Utara dapat menawan Vietnam Selatan! He...He...He.

Saya memang kagum dengan sikap mat saleh terhadap sejarah. Mereka betul2 menghargai bahan sejarah dan merekodnya. Dan mereka sedia melayan permintaan daripada sesiapa pun. Dan dengan kadar segera. Saya tabik spring kepada PNM yang mesra pelanggan. Tak sangka dalam masa yang singkat, depa memenuhi keperluan saya...SYABAS PNM. Paling penting, TANPA MENYURUH SAYA MEMBUAT PERMOHONAN RASMI UNTUK KELULUSAN PEGAWAI ATASAN BAGI MENDAPATKAN SALINAN AKHBAR TERSEBUT. Syabas PNM. Alangkah gembiranya rakyat jika majoriti agensi gomen mencontohi PNM yang sedia mendelegasikan tugas tertentu kepada staf mereka.  Ada beberapa agensi yang dihubungi, rasanya sampai kucing bertanduk pun mungkin tiada sebarang khabar, pengesahan pun tarak! 

Balik kepada subjek sejarah. Masa saya dalam TUDM dulu, semua operational skuadron MESTI menyediakan laporan aktiviti skuadron setiap bulan dalam dokumen 3011. Dalam tu, tercatat butir2 seperti operasi, jam penerbangan operasi dan latihan, sorti, berat freight yang dibawa, pergerakan anggota seperti posting in & out, bercuti, berkursus, sukan, dll. Sayang sekali saya tidak mendapat akses kepada dokumen tersebut untuk kajian saya.  Sapa dapat akses, boleh buat buku sejarah untuk setiap skuadron. Mungkin masih 'berdarjah' kut, wallahualam. 

Hari ini, 13/7/14, genap 7 tahun FM1717@M23-24 ditimpa kemalangan di Genting Sepah yang mengorbankan kesemua POB (Persons On Board) pada 13/7/07,  klik di sini. Al-Fatihah.

Saudara Shamsul Nahar, Sharil Zulkefli, Puan Yangpa A/P Bah Pelan (PNM)...Terima kasih. 

3 comments:

Anonymous said...

Pembetulan Tuan, bukan M23-24, tapi M23-14.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anon,

Terima kasih kerana membetulkannya. Adakah ini bermakna FM1717 bukannya Nuri yg terlibat dlm nahas di Genting Sepah?

Anonymous said...

Saya tak pasti laa Tuan tentang no plate lama Nuri M23-14 tu, tapi saya sangat pasti Nuri M23-14 yg terhempas di Genting Sempah 7 tahun lepas cause saya salah seorg yg terlibat dlm Op SAR tersebut. TQ