Pengikut

Ahad, 20 Julai 2014

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Syukur alhamdulillah...Akhirnya perjuangan saya untuk mendapatkan diskaun bagi warga emas yang berhasrat 'memformalizekan' pengalaman mereka berjaya. Pagi tadi, seorang pegawai  kanan UUM memaklumkan pada saya bahawa IPTA tersebut bersetuju mewujudkan satu 'dasar' untuk memberi diskaun 50% kepada kategori siswa-siswi ini yang nak ambil 'post-graduate studies'. Apakah dasar itu? Pemohon yang layak hanya 6-series, 60 tahun dan  ke atas, dan terhad kepada tuition fees saja. Ini bermakna yuran tuisyen  untuk part time ialah PhD yang perlu saya bayar hanyalah RM675 saja; sekarang RM1350/semester untuk sapa ambil separuh masa. Bayaran pendaftaran, insuran & kesihatan tu tak ada le diskaun. Pada saya, itu pun dah cukup.

Sebenonya, saya telah mengajukan perkara diskaun ini pada VC UUM semenjak Nov 2013 lagi, sebelum memohon untuk mengikuti pengajian pun lagi....

From: nor ibrahim sulaiman
Sent: Monday, 18 November 2013 7:13 AM
To: Profesor Dato' Dr. Mohamed Mustafa B Ishak
Subject: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Assalamualaikum,

Saya menyokong sepenuh laungan kerajaan terhadap perkara di atas. Namun demikian, faktor yang mungkin membantut nawaitu bakal peserta ialah kewangan.

Saya turut berminat untuk melanjutkan pengajian PhD di UUM jika diberi peluang, insyaAllah. Faktor yang perlu diambil kira ialah kos. Saya adalah seorang pesara tentera dan di usia lanjut ini, sumber pendapatan adalah pencen dan simpanan.

Sekadar bertanya, tiadakah dasar galakan UUM memberi potongan yuran kepada warga emas/veteran tentera?

Pertimbangan Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Ini respons beliau....

From: Profesor Dato' Dr. Mohamed Mustafa B Ishak <mustafa@uum.edu.my>;
To: nor ibrahim sulaiman <nibsny@yahoo.com>;
Subject: Re: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Sent: Sun, Nov 17, 2013 11:57:44 PM

Salam. InsyaAllah ada. Boleh memohon.

Bab nak belajo ni, jujur saya katakan saya bermula dengan '0' knowledge tentang kemudahan yang sedia ada. Engkohnya, sapa yang dah ada 'Master', depa boleh minta pengecualian kursus 'Research Methodology' dan 'Academic Writing'. Mind you, yuran 2 kursus ini ialah RM1200. Mungkin kepada mereka yang poket seluarnya tak berlubang, what is there RM1200. Tanpa pengecualian, pelajar dikehendaki lulus ke2-2nya untuk meneruskan kajian.  Bila dapat pengecualian itu, RM itu akan dikreditkan ke semester seterusnya dan tak perlu hadir kursus2 tersebut. Sama ada diberi pengecualian ke2-2 kursus atau hanya 1 saja, terpulang kepada Kolej berkenaan.

Saya juga tanya sana-sini, sekiranya ada sesuatu badan yang menyediakan biasiswa kepada siswa veteran macam saya ni. Ya lah, ada ke badan yang nak membiayai orang dah mencecah 65 tahun ke atas. Apa sumbangan yang depa akan perolehi nanti, betul tak? Al-kisah seorang kenalan menyarankan saya cuba Kementerian Pendidikan. Kementerian tersebut telah mewujudkan skim MyBrain15, klik di siniBiasiswa itu meliputi yuran pengajian tidak melebihi RM24k dan 1 time payment RM5k untuk jurnel, persiapan tesis, dan sebagainya sepanjang pengajian. Tapi jika gagal, kena le kembalikan semua ongkos yg telah diberikan. Yang bestnya, skim ini tidak menghadkan umur pemohon. Ini bermakna veteran ini layak memohon. Jadi, saya pun pohon le. Saya dimaklumkan keputusan akan diketahui pada Ogos nanti, wallahualam. Kalau ada rezeki, syukur alhamdulillah. Jika tidak, redha saja le, apa nak dikatakan, dah tak ada rezeki.  Sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

Para 6 series dan ke atas....Peluang sudah ada. Jalan sudah dibuka. Kemudahan telah dimaklumkan. Jika ada masa terluang, mengapa tidak formalizekan pengalaman berpuluh2 tahun tu supaya ia dapat dihayati oleh generasi akan datang. Berjaya atau sebaliknya, tu cerita lain. Namun demikian, janganlah sampai nak tension dibuatnya. Ini bukannya satu kemestian pun. Relax2 saja dan ambil masa sendiri...Take your time kerana ia bukannya penentu masa hadapan pun. Bukannya ada kenaikan pangkat atau pencen. Bagi saya, hanya untuk kepuasan diri...personal satisfaction. Itu saja. Pokoknya, hak kita hanyalah merancang dan berusaha, Allah menentukanaya. Apa jua end resultnya, pasti ada hikmah, wallahualam.

Tiada ulasan: