28 Dis 1977...Keretapi tiba di stesen Bukit Mertajam pada jam 0700. Mereka disambut oleh tuan DO Kulim,Tuan Syed Sheh Shahbudin, dan Salleh bin Abdul Rahman. Tuan DO pun membawa rombongan Tunku ke rumahnya di Kulim untuk mandi dan bersarapan. Cheng Lock Tan dan stafnya pula berlepas dari Rumah Rehat ke rumah DO (ANM [Alor Setar], Perkesahan Sejarah: Rundingan Baling 28-29 Disember 1955, 2004). Selain Tunku, Marshall dan Chen Lock Tan, Too Joo Hing (Penolong Menteri Pendidikan), Abdul Hamid bin Jumat (Menteri Kerajaan Tempatan Singapura), T. H, Tan (Setiausaha Eksekutif MCA) dan juga Tuan Syed Sheh Shahbudin (DO Kulim) (Harry Miller, The Straits Times, Breakdown is likely result, 29 Dis 1955, hlm. 1). Dari situ, konvoi Tunku dan Marshall berlepas ke Kroh dengan dieskot oleh pasukan 15/19 Hussars (Prof Madya Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 44).
Seperti biasa le...mana ada rancangan yang diatur 100% perfect! Semasa dalam perjalanan, beberapa minit sahaja kenderaan VIP berlalu, satu pokok mati telah tumbang melintangi jalan raya. Mujurlah tiada sebarang kemalangan kecuali kabel telefon terputus. Setakat pokok tu mudah saja dialihkan. Tapi kabel putus ini merupa satu masalah besar kerana inilah satu-satunya saluran untuk dunia yang sedang menunggu berita dari sebuah pekan terpencil di satu cerok dunia yang mungkin orang Malaya sendiri tak pernah dengar nama Baling.
Tapi no problem. Suka tak suka...Inggeris dah sediakan rancangan kontinjensi. Kan ke E. Stacey, Assistant Controller (Lines), Federal Telecommunications HQ, dah berada di Baling. Jadi, Jabatan Telekom "...broke all records to get the line repaired." (Kedah Contingent Letter, Baling Busy On Bank Holiday, POLICE, Vol. XXII No. 1 1956, hlm. 260). Presto...hubungan telefon pulih seperti sedia kala...hebat...hebat!
Selain masalah ini, konvoi tidak lagi berhadapan dengan sebarang masalah. Rombongan tiba di Baling pada jam 1044 ...
Konvoi Tunku tiba di Baling. Sumber: aktivis media siber
...dan dibawa ke rumah Tuan DO (Pegawai Daerah), Wan Daud bin Wan Ali apabila dimaklumkan kelewatan ketibaan rombongan ketua pengganas. Kena loteri le tuan DO! Mana taknya...bukan calang-calang orang beso berada di daerah dan rumahnya pula jadi rumah persinggahan...he...he...he. Tu sebab rumahnya diisytihar kawasan larangan dan di kawal oleh askar Inggeris sendiri yang mengawal pintu masuk ke kawasan rumah tuan DO. Khemah-khemah PK juga dibina di situ (Memori. Perpustakaan Awam Kedah).
Tunku, Marshall dan Chen Lock Tan menunggu di rumah DO. Sumber: Persatuan Kerabat Awang Osman Malaysia (PKAOM)
Tunku dan delegasi meninggalkan rumah DO ke Baling English School. Sumber: Muzium Kedah
Sementara menunggu, Tunku dan rombongannya pergi ke Baling English School untuk melihat persediaan mesyuarat. Beliau berpuas hati persiapan diatur dengan begitu teliti.
Delegasi Tunku. Sumber: Google
Pada jam 1420, Tunku dan rombongannya memasuki bilik mesyuarat...
Tunku dan rombongan menuju ke bilik mesyuarat. Sumber: IWM
Davis pula menjemput Chin Peng ke bilik mesyuarat...
Delegasi Chin Peng diiringi oleh Davis keluar dari bilik penginapan mereka. Sumber: IWM
Bila mereka tiba, Tunku dah berada dalam bilik mesyuarat. Apabila para pelakon utama mengambil tempat duduk masing-masing, Tunku memberi isyarat membenarkan para wartawan memasuki bilik mesyuarat dan mengambil gambar mereka semua. Gala time bebeno le para wartawan. Suasana ini dirakamkan oleh Chin Peng, "...For five minutes the press went about their frenetic business; clicking, whirring cameras, flashing bulbs, stumbling, tripping and intermittently taking notes. None of the newsmen spoke to us. They had been prohibited from trying."
Kedudukan para pelakon. Sumber: Google
Selepas 5 minit, Tunku beri isyarat lagi "...the press were herded out." (Chin Peng, hlm. 375). Jurugambar yang dibenarkan oleh gomen berada dalam perimeter sekolah ialah dari Malayan Film Unit. Itu pun hanya gambar dibenarkan oleh Tunku (The Straits Times, 'Pink Gin'-and it's very hospitable, too, 29 Dis 1955, hlm. 7).
Lepas itu, baru le para penterjemah, steno dan setiausaha sulit memasuki bilik dan diperkenalkan.
Pelakon utama:
Gomen: Tunku Abdul Rahman Putra-Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu; David Marshall, Ketua Menteri Singapura; Tan Cheng Lock Tan, Presiden MCA.
Setiausaha Sulit (SS): Mohd Shafie bin Abdullah, SS kepada Tunku; Chee Koon Lime, SS kepada Marshall; T. H. Tan SS kepada Cheng Lock Tan.
Turut Hadir: Too Joon Hing - Penolong Menteri Pelajaran Malaya.
PKM: Ching Peng, Chen Tian, Abdul Rashid Maidin.
Staf Pengurusan:
1. Penterjemah: Ho Wai Kong dan Yong Tham Kwee.
2. Steno:
a. Sesi Pertama dan Ketiga - Yeo dan Ratnam.
b. Sesi Kedua - Wong Loong Seang.
c. Sesi Keempat - Lim Joo Keng, Lai Ah Leck dan A. F. Ang.
Di luar bilik pula, terdapat 8 anggota polis yang berkawal dalam kompoun sekolah, termasuk Mata-Mata Gurdial Singh. Menurut SAC (B) Datuk Gurdial Singh, tugasan mereka ialah "...menjaga keselamatan di lokasi rundingan tersebut." (Azman Md Noor, Utusan online, Ketegasan Tunku tolak PKM dikagumi, 31 Dis 2012, di SINI).
Jam 1430...Sesi pertama mesyuarat bermula.
Tapi sebelum itu, Chin Peng ternampak microphone yang tergantung disiling. Dah pastilah dia bengang kerana sebelum ini kehadiran alat ini tidak dibincang semasa mesyuarat awal. Menurutnya, dia tidak menyuarakan bantahan dengan segera tapi bangkitkan isu itu nanti.
Microphone tergantung. Sumber: Google
Letih pulak sekarang ini. Bersambung, In syaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan