Pengikut

Sabtu, 3 April 2010

Selamat Pengantin Baru

Saya dan isteri mengucapkan...

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
 ZURAIDAH & MEJAR SALEHUDDIN
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT


Untuk makluman, Mejar Dato' Salehuddin PGB (B) adalah 'squad' saya (TJT 11) dan satu kompeni - Abdul Rahman - ketika di Maktab Tentera DiRaja. Maaf tidak dapat hadir ke majlis persandingan pada 3 April 2010 di Selayang Baru, Selangor D.E. Namun demikian, tarikh tersebut sudah pasti tidak dapat dilupai kerana tarikh tersebut bersempena dengan tarikh lahir isteri saya.

Jumaat, 2 April 2010

Tragedi 26 April 1976...Ops Mencari & Menyelamat

Pembaca...Banyak butir-butir yang diceritakan di 'The Star online' meragukan saya.Itu sebabnya saya membuat "Catatan" di akhir artikel tersebut. Menurut 'Abah', S/Sjn (B) Yusof Bin Abu dan anak buahnya adalah anggota tentera yang pertama diturunkan di lokasi kemalangan Nuri tersebut. Dengan nombor telefon yang diberikan oleh Abah, saya telah menghubungi S/Sjn (B) Yusof Bin Abu untuk mendapatkan cerita sebenarnya.

E-mel berikut menceritakan kisah sebenar yang menyayatkan hati  setelah 34 tahun terpendam dimamah zaman (tanpa edit)...

 From: Norshah Yusof <y.norshah10@gmail.com>
To: nibsny@yahoo.com
Sent: Tue, March 30, 2010 11:03:16 PM
Subject: Cacatan Tragedi Gubir

Tuan,
Disini saya catatkan secara ringkas tentang pengalaman saya dalam operasi mencari dan menyelamat pada tragedi tersebut....
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tragedi 26 April 1976,

Helikopter Nuri ditembak jatuh, 11 Perwira terkorban.

Cacatan pengalaman T14040 Ssjn.(B) Yusof Bin Abu

Setelah mendapat maklumat dari dalam oleh anggota anggota yang berada di kem musuh yang telah ditinggalkan bahawa helikopter yang membawa bekalan dan penumpang telah ditembak oleh pihak musuh dan terpaksa berpatah balik ke Kem Gubir lebih kurang 20 minit terdahulu. Setelah lebih setengah jam berlalu dan helikopter tersebut masih lagi tidak sampai ke Kem Gubir dan juga terputus hubungan, satu pasukan dari X skn, RGK, Sg. Udang yang terdiri dari seorang pegawai, saya serta empat lagi anggota lain pangkat telah diarahkan untuk membuat tugasan tinjauan dan melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Kami telah diterbangkan menaiki sebuah Nuri untuk tugasan tersebut. Tidak berapa lama kemudian kami terlihat kepulan asap hitam naik keudara, kami menghampiri kawasan tersebut dan jelas kelihatan sebuah helikopter jenis Nuri sedang terbakar.
Kami menghantar maklumat ke Kem Gubir bahawa kami telah menemui sebuah helikopter jenis Nuri telah terhempas dan sedang terbakar.
Kami menerima arahan dari Kem Gubir untuk turun ke tempat kejadian untuk membuat siasatan dan mencari samaada ada mangsa yang terselamat atau tercedera.
Saya dan empat lagi anggota turun ketempat kejadian dengan menggunakan winching dan kami segera melakukan pencarian disekeliling pesawat yang sedang terbakar itu.
Sementara helikopter yang membawa kami tadi terus beredar.
Kami telah menemui satu mayat mangsa yang masih sempurna tersandar di banir pokok dan satu mayat magsa lagi di tempat duduk pilot sebelah kanan separuh terbakar. Sementara mangsa mangsa yang lain berada didalam pesawat yang sedang terbakar dengan maraknya itu.
Lebih kurang 15 ~ 20 minit kemudian, satu pasukan lagi seramai lima anggota yang diketuai oleh Sgn. Hussin telah turun ketempat kejadian untuk membantu dan kami juga telah sempat menaikkan seorang iaitu Sgn. Khamis.
Malam itu kami bermalam ditempat kejadian untuk mengawal dan mengawasi keadaan.
Pada keesokan harinya, api telah padam dan kami pun memasuki kebahagian dalam pesawat yang telah hangus dan hampir menjadi abu itu. Keadaan sungguh ngeri dan menyayat hati. Kami dapati ada diantara mayat mangsa yang telah terputus tangan, kaki malah ada juga yang telah terpisah kepala dari tubuh. Ada juga yang terputus sendiri apabila kami cuba untuk mengalihkan dan mengangkat mayat tersebut.
Mana mana anggota yang terpisah dan terputus itu kami masukkan kedalam satu beg dan mana yang masih elok lagi keadaannya kami asingkan satu persatu.
Lebih kurang pukul sebelas setengah semuanya telah selesai dan kami semua telah dinaikkan dengan winching ke helikopter yang datang menjemput kami.
Saya dan Sgn. Hussin adalah yang terakhir naik dan tiada sesiapa lagi yang tinggal dan tiada juga lain lain pasukan yang datang untuk membantu kami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian serba ringkas, mungkin ada beberapa perkara yang terlepas untuk dicatatkan, maklumlah kejadian berlaku lebih 30 tahun yang lalu....
Jika tuan ada sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, sila hubungi saya di nombor 03-90211802
T14040 Ssjn.(B) Yusof Bin Abu

S/Sjn Yusof turut memberitahu saya bahawa beliau telah diarahkan oleh Pegawai Memerintahnya, arwah Lt Kol Hasbullah 'Bond', untuk mengikuti Maj Jen Mahmood Sulaiman, GOC, ke Alor Setar pada hari ke3 dengan helikopter Alouette. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti identiti seorang mangsa yang telah dihantar ke keluarga Mejar Harris Bin Rejab. Beliau mengesahkan mayat tersebut bukannya arwah Mejar Harris Bin Rejab sebaliknya seorang pilot bukan Islam. Mangsa yang tidak terbakar ialah arwah Sjn Kamis Bin Dolmat.

Berlandaskan kepada kisah di atas, saya terpaksa 'keluarkan' artikel 'The Star online' untuk mengelakkan kekeliruan.

Rabu, 31 Mac 2010

Sasaran...NURI!


Pembaca...kali ini saya ambil sebahagian dari petikan artikel oleh Sarjan 'apaii', seorang 'Gunner' dari 3 Meriam...unit pertama saya setelah ditauliahkan pada April 1969. Unit ini adalah yang pertama menerima meriam M102. Kapten Aziz menjadi jurulatih sekembali dari USA setelah tamat mengikuti kursus. Saya masih ingat...beliau sentiasa dengan 'combat helmetnya'.

Saya menulis pengalaman dari perspektif seorang pilot Nuri. Sekarang, baca dari perspektif 'troops on the ground' pula...   

Satu-satunya jalan perhubungan dengan MARKER K- , Gubir adalah melalui udara disebabkan kedudukannya yang jauh dipendalaman dan berada di kawasan tanah tinggi. Maka semua anggota dan meriam diaturgerak dengan bantuan pesawat nuri TUDM dengan diiringi sebuah pesawat bersenjata alouette sebagai pesawat pengiring. 3 pucuk meriam M102 105mm juga diangkut dengan cara sistem anduh bawah (under slung) oleh pesawat nuri yang ½ jam masa penerbangannya dari Markas Taktikal dari Kem Gubir, Kedah.

Sepanjang tempoh ‘Ops KOTA ECHO’ ,cuma sekali sekala ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3RAD) membuat bantuan tembakan untuk membantu pasukan sahabat yang sedang menjalani operasi di sempadan. Seperti kebiasaanya, setiap 10 hari sekali, sebuah pesawat nuri TUDM serta sebuah pesawat alouette akan terbang ke MARKER K- , Gubir untuk menghantar catuan bekalan basah dan peluru (resup) daripada Markas Taktikal di Kem Gubir, Kedah untuk anggota yang sedang menjalankan operasi.

Pada lebih kurang jam 1200hrs 16 Oktober 1978, semasa pesawat nuri mendarat di LP (Landing Point) MARKER K- , Gubir, seorang anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) (23532) Sjn Hasan b. Awang The telah memasuki ke dalam pesawat nuri untuk membantu menurunkan bekalan makanan dengan dibantu oleh anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) di bawahnya. Tidak sempat pun bekalan makanan diturunkan daripada pesawat nuri, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah bukit yang bersebelahan dengan tapak pendaratan helikopter (LP). Kemudian berlakulah beberapa letupan kuat yang betul-betul di hadapan muncung pesawat nuri dan juga berhampiran dengan kedudukan meriam ‘D’ sub.

Menyedari yang pesawatnya menjadi sasaran tembakan PGK, maka juruterbang nuri mengambil keputusan untuk ‘take-off’ dari lokasi tersebut biarpun bekalan makanan serta peluru belum pun diturunkan malahan anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD)iaitu (23532) Sjn Hasan b. Awang Teh yang ketika itu masih berada di dalam pesawat telah terus terbang bersama-sama kembali ke Markas Taktikal di Kem Gubir, Kedah. Semasa kejadian tersebut, terdapat sebuah pesawat alouette yang bersenjata sebagai pesawat pengiring namun disebabkan pesawat tersebut berlegar tinggi di udara, kemungkinan besar juruterbangnya tidak dapat melihat letupan tersebut.

Sejurus belakunya letupan, kesemua anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) mengambil perlindungan di kubu-kubu pertahanan yang berhampiran. Begitu juga dengan platun dari 12 RAMD. Serangan PGK ke atas MARKER K- , Gubir ini telah berlangsung antara 5 ke 10 minit dan  sejurus kemudian PGK pun menghentikan serangan lalu melarikan diri ke arah sempadan Thailand. Hasil daripada pemeriksaan dan kesan tembakan / letupan oleh anggota, adalah dipercayai yang pihak PGK telah menggunakan senjata M79, Grened Launcher 303 dan LMG untuk memusnahkan pesawat nuri TUDM. Alhamdulillah, tiada kecerderaan atau kemalangan jiwa yang berlaku kepada anggota kecuali sedikit serpihan letupan yang terkena kepada gun ‘D’ sub.

Kemudian GPO (Gun Position Officer) LtM Jalil telah membuat lapuran (sitrep) ke Markas Tektikal di Kem Gubir memaklumkan yang tapak meriam di MARKER K- , Gubir telah diserang oleh PGK dan beliau memohon kebenaran dari BC (Battery Commander) (410295) Mejar Ahmad Daud untuk menembak ke kawasan sasaran yang dipercayai digunakan oleh PGK sebagai tapak untuk melancarkan serangan. Setelah diberikan kebenaran untuk menembak, maka beberapa butir tembakan meriam disasarkan ke arah bukit yang berhampiran.

Pada sebelah malamnya, tiada sebarang pergerakan PGK tetapi semua anggota masih lagi ‘stand to’ untuk menghadapi sebarang ancaman atau serangan susulan oleh PGK. Pada waktu tengah malamnya, GPO LtM Jalil tidak boleh tidur kerana telah diganggu oleh makhluk halus yang kononnya tempat kediaman mereka telah dimusnahkan oleh tembakan peluru meriam.

Berikutan daripada serangan mengejut PGK, maka pada pagi hari Selasa 17 Oktober 1978, satu seksyen daripada platun 12 RAMD yang membuat pertahanan tapak meriam telah diaturgerakkan ke lokasi yang berkemungkinan tempat PGK melancarkan serangan semalam, telah keluar membuat pembersihan ke kawasan tersebut. Semasa dalam menjalankan operasi penjejakan dan pembersihan, salah seorang anggota seksyen 12 RAMD telah terkena jerangkap samar yang telah ditanam di sekitar kawasan berkenaan. ‘Hit and Run Tactic’ merupakan salah satu cara PGK dan kemudiannya akan memasang perangkap samar di bekas laluan mereka bertujuan untuk melambatkan pergerakan  dan mencederakan anggota PK.

Anggota yang terbabit telah mendapat kecerderaan yang teruk di kakinya. Maka satu detachment BCT (Boby Trap Clearance Team) Pemusnah Jerangkap Samar seramai 3 orang anggota dari Squadron Jurutera telah membuat perbersihan di kawasan tersebut. Setelah satu seksyen dari 12 RAMD selamat kembali ke pengkalan dan dari hasi tinjauan yang didapati dari kawasan bukit tersebut, PGK telah lama memerhatikan pergerakan anggota PK dari arah bukit berkenaan. Malah pihak PGK boleh menembak anggota ketika anggota sedang mandi atau mengambil air di anak sungai yang berhampiran dengan pengkalan ini. Bagaimana pihak PGK boleh melancarkan serangan?? Sebenarnya PGK telah membuat ram di atas sebatang pokok besar sebagai tempat untuk menembak kearah kawasan pendaratan pesawat yang jaraknya lebih kurang 500 ke 600 meter jauhnya. Adalah dipercayai dengan dapat memusnahkan pesawat nuri TUDM, maka moral komrad-komrad PGK akan tinggi demi memperjuangkan idologi komunis mereka. Namun begitu Allah SWT lebih memelihara keselamatan anggota PK.

Anggota yang cedera parah kerana terkena jerangkap samar tidak dapat dikeluarkan (casevac) kerana keadaan cuaca yang buruk dan berkabus tebal menyukarkan pesawat nuri TUDM untuk beroperasi. Anggota yang tercedera  terpaksa bermalam di MARKER K- , Gubir. Pada ke esokkan harinya iaitu Rabu 18 Oktober 1978 barulah anggota yang cedera terkena jerangkap samar dapat dikeluarkan. Begitu juga dengan GPO LtM Jalil yang telah diganggu oleh makhluk halus telah digantikan oleh (411602) LtM Ali Al-Husaini begitu juga dengan (23532) Sjn Hasan b Awang Teh.

Nota: Anda boleh membaca coretan beliau sepenuhnya di mymil.aimoo.com bertajuk "Pengalaman Saya Ketika Berkhidmat".

Sjn 'apaii'...Maaf kerana menciplak coretan anda tanpa meminta kebenaran anda. Saya bukan ahli 'forum aimoo'.  Walaubagaimana pun, terima kasih kerana telah menceritakan peranan Nuri dari kacamata seorang warga tentera yang terlibat dalam operasi di Gubir.

Siapalah agaknya pilot yang menjadi sasaran pengganas komunis itu. Bukan saya kerana saya tidak terbang pada kedua-dua hari tersebut. Saya berharap mereka yang terbabit, sekiranya membaca coretan ini, tidak keberatan untuk menyumbang pengalaman anda. Mejar Ahmad Daud adalah 'squad' saya dan kami menghadiri Kursus YO/TSM di MLTM, Port Dickson bersama pada Mei 1969. Kursus tergendala kerana tercetusnya "Tragedi 13 Mei 1969". Semua pegawai yang mengikuti beberapa kursus  diarah 'RTU' kecuali kami dari 3 Meriam kerana ketika itu unit berada di 'Malaysia Timor' (panggilan dan ejaan lama). Makan tidurlah kami, iaitu Lt M Chin Yok Choy, Lt M Latif Endut, Lt M Rahman dan saya di MLTM (LATEDA), hampir 2 minggu sementara menunggu penerbangan ke Kuching.

Sungguh kejam pengganas komunis..."Betu-betul punya pengecut...Nak hentam  kami yang tidak berupaya untuk melawan balik. Masalahnya, ada pihak tertentu yang menyokong Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia tercinta ini".

Isnin, 29 Mac 2010

Masih Menaruh Harapan...

Saya mengharapkan pihak berwajib terfikir sejenak apabila melihat gambar wira-wira yang terkorban pada 26 April 1976 di Gubir yang saya muatkan dalam e-mel berikut. Mereka berkorban untuk negara agar dapat memudahkan 'wira-wira', yang diiktiraf oleh negara, mengharumkannya...RM2K untuk Qari & Qariahnya, RM3K untuk pemenang pingat perak Olympicnya, RM20K johan 'All England'nya, RM2juta untuk BAM bagi membayar gaji & elaun pemain dan jurulatihnya....Ini belum lagi penganugerahan bintang!

ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK

Wed, March 3, 2010 6:00:02 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my
Cc: sidek ksn sidek@pmo.gov.my; KSU Indef abubakar@mod.gov.my; Dato\' Aziz ai.akspa@mod.my; hh.ppm@mod.gov.my; ammir@pmo.gov.my; Zureen bin Zubir zureen@pmo.gov.my; Dato Latt Shariman latt.shariman@treasury.gov.my; YB Dato Ibrahim Ali rosezie2003@yahoo.com

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah...Negara tercinta Malaysia sudah mula menunjukkan pemulihan krisis ekonomi. Berita ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini...


Justeru, sebagai seorang Menteri yang prihatin terhadap rentetan warga/mantan ATM, saya berharap YB Datuk menunaikan janji "...Mengenai elaun selain daripada SP dan PGB ini, kami telah kemukakan pada JPA untuk pertimbangan-pertimbangan diberikan. Namun oleh kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan elaun-elaun berkenaan diberikan, pihak Kementerian Pertahanan masih terus mengusahakan agar pengiktirafan ini dapat diberikan kepada penerima-penerima anugerah berkenaan"...petikan Hansard pada 11 November 2009.

Saya difahamkan Markas ATM telah pun membuat rayuan ke pihak berwajib agar cadangan ini diluluskan. Maklumat tidak rasmi ini tidak memberi gambaran sebenar berkaitan perkembangan mutakhir isu ini. Saya terpaksa mendapatkan berita melalui sumber tidak rasmi dan kesahihannya boleh dipertikaikan. E-mel yang dihantar 'sepi seribu bahasa'. Saya berharap pihak KEMENTAH dapat meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini.

Nota: Gambar Kapten Sulaiman tiada dalam keratan akhbar

Tibanya Jun 2010 genap setahun saya memperjuangkan isu ini. Adalah menjadi harapan saya agar ketibaan 31 Julai 2010 nanti akan menjadi lebih bermakna kepada semua penerima Pingat Keberanian sekiranya Kerajaan mengumumkan pemberian elaun tersebut sempena menyambut HARI PAHLAWAN. Saya pasti waris-waris yang terkorban dan dianugerahkan pingat-pingat berkenaan dalam tragedi 26 April 1976 akan turut bergembira...Lagi pula, kebanyakan kami sudah tergolong warga emas/pesara!!            

Kelima-lima 'aircrew' telah dianugerahkan PGB (1), PTU (2) dan KPK (2). Maaf, saya tidak pasti anugerah yang diterima oleh warga Tentera Darat yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Diharap rayuan ini mendapat tindakan positif dari YB Datuk.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Salinan:

YBhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdanan Menteri
Bangunan Perdana Putra
05200 PUTRAJAYA
Faks: 03-88883963

Respons? Jauh panggang dari api...!!

Ahad, 28 Mac 2010

What A Recovery...

Readers...Do you believe in miracles? I do!  Believe it or not, on 27 March 2010...I won second place of 'C' division in the Monthly Medal at Royal Kedah Club...and richer by RM100...Wow! I would use the money to contra my monthly subscription.

The day's mode of play was 'Bogey Play'...whatever the meaning! Short gun start and my flight started at hole #5 - 'par' 4 index 1. As expected, I took the flight's photograph before tee-off  with my newly acquired toy, Nikon 'COOLPIX', to show off to you my prowes in golf and photography...He...he...he...
 
L to R: Hj Mahmud, me, S.Padamanathan, Hj Khairuddin

To be honest, I felt so dishearthened after I scored 6 at #7 (P3), 8 at #8 (P4) and 6 at #9 (P4). I really thought of quitting and going back home. But then...I paid RM12.60, inclusive 5% tax, for this 'exercise' and futhermore, I might win a hamper during the 'lucky draw'. So...continued playing. And...surprise...average 'bogey' for second 9 - 1 'par',  1 'double bogey' and the rest bogey = 1 under. Overall, I played -2 and while Cikgu 'Pada' 3rd place with the same score. I won on 'OCB'. The Champion of C division played -1. Not bad...eh!

Come to think about it, it's not that I cannot play, but the first 3 greens are simply 'horrible', they are under repair...simply cannot read the line. Normally, my putting...wow! Now I can see the ball 'jumping' when I putt.
Hole #1 - Par 4

Hole #2 - Par 5

Hole #3 - Par 4 

On Thursday, 25 March 2010, I participated in the 'Evergreen' and I was very confident of becoming the Champ this time since the previous game I came out 2nd place...OCB. So unlike me...total disaster!!

Rabu, 24 Mac 2010

Being Remembered...

I was browsing the internet searching for 'Ops Gubir', particularly the ambush near Gubir Camp on 10 April 1976, when I came across this photograph and the caption that came with it...For all you now, it could be me flying this faithful 'Iron Bird'. Without hesitation, I seek the permission of Major (Rtd) D.Swami, author of 7renjer.blogspot.com, to 'copy & paste' his article. And the response is "... Of course you may use any parts of my blog for use in your blog. Regards".

 

Ops Sedar Gubir 1977 . Landing Point Marker Whisky, Sg Baho, Gubir. Troops getting resupplied. A very rare picture. Notice tree trunk, at the nose of the helicopter. The LP is hacked out of virgin jungle using machettes and plastic explosives (bare minimum). The RMAF pilots lived dangerously, landing in tight places like this.

They were a rare breed of men with nerves of steel, supporting the fighting Rangers on the ground, flying sorties to sustain the troops on many operations. Most often not appreciated and forgotten. When they do not land on an LP which was prepared at a short notice, the space not big enough to land with confidence, they flew off. Leaving a trail of curses and expletives spewed forth by angry and hungry soldiers. Well, in this blog they will be and are being remembered.
LP 'Whisky'...It really brings back memories of those flying days. This LP, 'Green Patch', 'Kilo', 'X-ray' and others in Gubir ops area were very familiar to me.

It is a real tribute to us the Nuri pilots of those 'adventurous' days.  All I can say is..THANK YOU...FOOTSLOGGERS!! I'm sure my colleagues share my sentiments, too.

DEDICATED TO ALL THE NURI AIRCREW OF MY ERA...WHEREVER YOU MAY BE!! 

Isnin, 22 Mac 2010

Setahun Sebelum...

Tajuk coretan pertama saya sebagai seorang blogger ialah "Mengapa Saya Menentang Chin Peng Kembali Ke Malaysia" yang diposkan pada 20 Jun 2009. Saya menceritakan bagaimana saya bersarapan pagi dengan Pegawai Risik 6 Bde di Mes Pegawai, Sungai Petani. Pegawai tersebut, Kapten Hardev Singh, terkorban apabila konvoi beliau diserang hendap di kawasan operasi Gubir. 

Klik di gambar untuk membaca keratan akhbar

8 April 1975...2 buah pesawat Nuri membuat 'detachment' di TUDM Butterworth untuk tugas operasi di Gubir. Krew helikopter saya ialah arwah Kapten (U) Ismail Saud (kapten) dan Sjn Arumugam. Krew pesawat kedua ialah Lt (U) Meor Zubir (kapten) dan Lt (U) Irwin Ratnasingam. (Kapt (U) Ismail & Lt (U) Meor Zubir adalah squad saya).  Maaf, saya terlupa AQM mereka. Krew saya kembali ke Kuantan pada 16 April 1975. Terlupa yang saya berusia 26 tahun pada 9 April ketika detachment  dan berhadapan dengan ancaman pengganas komunis. Selama 9 hari detachment, saya 'clock' 33 jam 50 minit.

Setiap hari kedua-dua Nuri terbang ke Gubir untuk membawa trup masuk ke kawasan operasi dan di eskot oleh sebuah Alouette Gunship. Kalau tak silap saya, pilot Gunship ialah Kapten (U) Lim Tow Liang, squad juga; 'Gunner' beliau dah tak ingat.

11 April 1975...Butir-butir 'tasking'...
  • OD 262 'Bravo' - Butterworth-Sg Petani-Gubir-LPs- Butterworth
  • Airframe # - 1710
  • Krew - Capt (U) Ismail/Self/Sjn Arumugam
Sebelum ke Gubir, Nuri saya berhenti di 6 Bde, Sungai Petani. Mendiang Kapt Hardev Singh telah menjemput kami ke Mes Pegawai untuk sarapan pagi. Saya mengenali beliau semasa di MTD, Sg Besi, lagi. Beliau dari Tauliah Jangka Pendek (TJP)  Intake 12. Selepas bersarapan, beliau berlepas ke Gubir dengan kenderaan dan kami pula...up...up...and away.

Setelah membuat beberapa 'sortie' ke LP, Nuri berhenti untuk mengisi minyak di Kem Gubir. Ketika ini Nuri 'Alpha' masih belum tiba. Sedang dalam proses mengisi minyak, kami di Kem, termasuk Panglima 6 Bde, Brig Jen Dato' Arulgrapasam, dikejutkan...bang...bang...bang. Tembak-menembak berhampiran dengan Kem! 

Sejurus kemudian sebuah Land Rover yang berlubang-lubang dengan tembusan peluru, meluru ke padang di mana Nuri berada. Pemandu memberitahu bahawa konvoi yang diiringi oleh 'Ferret Scout car' dari pasukan 'Peninjau' telah diserang hendap.
Untuk makluman Pembaca...semua perjalanan dari Kem Gubir ke kawasan operasi yang menggunakan kenderaan, seperti dari Kem ke pos di empangan Pedu, MESTI dieskot dengan 'kereta kebal' Ferret Scout car...masa itu mana ada APC.

Gunship telah diarahkan untuk memberi 'fire support'. Capt (U) Lim 'airborne' dengan serta merta tetapi saya tidak pasti sama ada beliau 'straff' kawasan tersebut kerana tidak mengetahui kedudukan sebenar anggota kita ketika itu. Saya percaya kehadiran gunship ada kesannya...PK tidak menunggu lama untuk terus menyerang trup...mungkin!

Apabila keadaan telah reda dan sah selamat, Nuri 'Alpha' pun tiba di Gubir. Tugas pertamanya ialah untuk mengambil mereka yang terkorban dan tercedera. Lt (U) Meor meminta bantuan saya untuk menunjukkan lokasi kejadian. Sebenarnya, saya sendiri tidak mengetahui lokasi tersebut...tapi...no problem. Selain krew dan saya, terdapat seorang 'dog-handler' dengan anjingnya. Mereka akan diturunkan di lokasi serang hendap nanti.

Lokasi tersebut ialah atas 'jalan' lori balak. Di sebelah kanan kawasan tinggi dan di kiri jalan pula cerun. Mayat Kapten Hardev berada di atas jalan. Nuri terpaksa 'hover' kerana tiada tempat untuk mendarat.  AQM mengarahkan 'dog-handler' membawa anjingnya untuk diturunkan dengan 'hoist' tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana anjing tersebut mungkin fobia dengan ketinggian. Seingat saya pun...tidak pernah menurunkan anjing melalui kaedah winching.  

Dengan menggunakan NATO 'Strop', mayat mendiang di'winched up' sehingga ke 'cargo door'. AQM telah memanggil dog-handler untuk membantu beliau menarik masuk mayat yang masih tergantung pada cable hoist. Beliau (dog-handler) enggan membantu dan tidak berganjak dari tempat duduknya. Memahami masalah yang dialami oleh AQM, saya terus memeluk badan yang sudah kaku dan menarik masuk ke dalam Nuri. Lt (U) Meor seterusnya terbang ke Gubir.

Pada waktu petang, sepasukan anggota komando tiba di Kem Gubir setelah diterbangkan dari Melaka ke  Kepala Batas TUDM Butterworth dengan pesawat Caribou dan F28. Masa itu tiada C130 Hercules dalam inventori TUDM. Dengan penuh semangat, para komando yang diketuai oleh Kapten Moid (maaf kalau tersilap) terus membuat 'search'. Gerakan mereka bermula dari Kem menuju ke arah bukit di belakang Mes Pegawai dalam 'single file'. Macam menonton wayang cerita perang...Kami pula, sebelum 'last light', terbang balik ke Butterworth.

4 hari sebelum kejadian di atas, pada 7 April 1975, konvoi 7 Ranjer telah diserang hendap oleh pengganas komunis di jalan Gubir/Nong Gajah. Seramai 6 anggota terbunuh. Pegawai yang tercedera terselamat dari dibunuh dengan 'parang' oleh pengganas komunis (PK) apabila ditegah rakannya (PK). Alasannya ialah supaya pegawai itu hidup untuk menceritakan kisah tersebut. Sila baca insiden berkenaan bertajuk "Ambush on the road Gubir/Nong Gajah"  di sini. 

Ucapan terima kasih saya kepada  seorang ''Hamba Allah" kerana menghantar sendiri keratan akhbar di atas ke rumah saya pada 17 Mac 2010 jam 2210 dan Perpustakaan Negara Malaysia yang sentiasa sedia meng'emel'kan keratan akhbar yang dipinta. Terima kasih juga kepada 'Abah' terhadap pembetulan tarikh insiden, bukan 10 April, Kepala Batas dan tambahan peswat F28.