Pengikut

Sabtu, 3 April 2010

Selamat Pengantin Baru

Saya dan isteri mengucapkan...

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
 ZURAIDAH & MEJAR SALEHUDDIN
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT


Untuk makluman, Mejar Dato' Salehuddin PGB (B) adalah 'squad' saya (TJT 11) dan satu kompeni - Abdul Rahman - ketika di Maktab Tentera DiRaja. Maaf tidak dapat hadir ke majlis persandingan pada 3 April 2010 di Selayang Baru, Selangor D.E. Namun demikian, tarikh tersebut sudah pasti tidak dapat dilupai kerana tarikh tersebut bersempena dengan tarikh lahir isteri saya.

3 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan,

I wish to record my congratulation to newly wed couple and also happy birthday to your wife.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,
saya amat tertarik dengan nota2 tuan mengenai tragedi 26 april 76. untuk makluman saya juga seorang bekas pegawai tentera infantri berpangkat kaptain dan banyak menyertai operasi menentang "musuh negara" dan banyak kehilangan kawan dan anggota semasa operari tersebut.
tapi pada pendapat saya itu semua sudah berlalu, dalam erti kata lain berlalu setelah kita bersetuju berdamai dengan "musuh negara" pada tahun 1989.
jujur saya katakan saya memasuki tentera selain suka denga kerja2 mencabar adalah juga untuk sara hidup.
kadang2 saya terfikir, darurat diistiharkan pada tahun 1948, sudahkah kita merdeka pada masa itu? tidak, belum merdeka, jadi pada masa itu kita di jajah. jadi kenapa darurat di istiharkan? kerana british mahu membendung gerakan senjata "musuh negara" yang berjuang menentang penjajahan.
hidup kita sudah lebih separuh abad, sama2 lah kita fikir.
perjanjian damai suadh di tanda tangani.....lupakanlah lah semua itu. sudah takdir begitu.....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Kamal,

My wife conveys her thanks to you. I'll keep you informed on the progress of the book, InsyaAllah.

Saudara Anonymous,

Itu pendapat anda. Pandangan saya jauh berbeza dan kita semua berhak menyuarakan pandangan. Walaupun persetujuan telah dicapai pada 1989, Chin Peng tidak pernah menyatakan yang beliau telah menolak ideologi komunisme. Saya mengharapkan coretan sebegini dapat memberi iktibar kepada generasi muda supaya menghargai kemerdekaan dan keselesaan kehidupan yang mereka nikmati ini adalah dari pengorbanan wira-wira terdahulu. Kita mesti belajar dari sejarah agar ianya tidak berulang.