ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK
Wed, March 3, 2010 6:00:02 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my
Cc: sidek ksn sidek@pmo.gov.my; KSU Indef abubakar@mod.gov.my; Dato\' Aziz ai.akspa@mod.my; hh.ppm@mod.gov.my; ammir@pmo.gov.my; Zureen bin Zubir zureen@pmo.gov.my; Dato Latt Shariman latt.shariman@treasury.gov.my; YB Dato Ibrahim Ali rosezie2003@yahoo.com
Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah...Negara tercinta Malaysia sudah mula menunjukkan pemulihan krisis ekonomi. Berita ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini...
Justeru, sebagai seorang Menteri yang prihatin terhadap rentetan warga/mantan ATM, saya berharap YB Datuk menunaikan janji "...Mengenai elaun selain daripada SP dan PGB ini, kami telah kemukakan pada JPA untuk pertimbangan-pertimbangan diberikan. Namun oleh kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan elaun-elaun berkenaan diberikan, pihak Kementerian Pertahanan masih terus mengusahakan agar pengiktirafan ini dapat diberikan kepada penerima-penerima anugerah berkenaan"...petikan Hansard pada 11 November 2009.
Saya difahamkan Markas ATM telah pun membuat rayuan ke pihak berwajib agar cadangan ini diluluskan. Maklumat tidak rasmi ini tidak memberi gambaran sebenar berkaitan perkembangan mutakhir isu ini. Saya terpaksa mendapatkan berita melalui sumber tidak rasmi dan kesahihannya boleh dipertikaikan. E-mel yang dihantar 'sepi seribu bahasa'. Saya berharap pihak KEMENTAH dapat meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini.
Nota: Gambar Kapten Sulaiman tiada dalam keratan akhbar
Tibanya Jun 2010 genap setahun saya memperjuangkan isu ini. Adalah menjadi harapan saya agar ketibaan 31 Julai 2010 nanti akan menjadi lebih bermakna kepada semua penerima Pingat Keberanian sekiranya Kerajaan mengumumkan pemberian elaun tersebut sempena menyambut HARI PAHLAWAN. Saya pasti waris-waris yang terkorban dan dianugerahkan pingat-pingat berkenaan dalam tragedi 26 April 1976 akan turut bergembira...Lagi pula, kebanyakan kami sudah tergolong warga emas/pesara!!
Kelima-lima 'aircrew' telah dianugerahkan PGB (1), PTU (2) dan KPK (2). Maaf, saya tidak pasti anugerah yang diterima oleh warga Tentera Darat yang terkorban dalam tragedi tersebut.
Diharap rayuan ini mendapat tindakan positif dari YB Datuk.
Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Salinan:
YBhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdanan Menteri
Bangunan Perdana Putra
05200 PUTRAJAYA
Faks: 03-88883963
Respons? Jauh panggang dari api...!!
Respons? Jauh panggang dari api...!!
4 ulasan:
Tuan,
Teruskan usaha murni tuan sehingga berjaya. Disamping itu dengan adanya kisah ini diuar-uarkan didalam blog tuan, maka telah menemukan orang yang masih terlibat didalam operasi tersebut. Walaupun tidak secara bersemuka tetapi telah berhubung di alam cyber dan juga perhubungan Talipon.
Saudara Abah,
Terima kasih. Banyak kisah terkeluar dari mereka yang membaca blog ini. Saya telah menghubungi Sjn Yusof dan beliau akan memberitahu pengalaman beliau ketika sampai ke lokasi kemalangan. Dan seterus menjawab keraguan saya. Hanya arwah Sjn Kamis Dolmat sahaja yang tidak terbakar.
Saya akan menyiarkan coretan beliau apabila menerimanya nanti, InsyaAllah.
salam tuan... saya rasa agak susah jika tuan berjuang secara one man show. Saya syorkan tuan join PBTM dan membuat usul apa yang difikirkan perlu untuk diperjuangkan.tq
Saudara skot,
Terima kasih di atas pandangan anda. Saya memang ahli PBTM dan perkara ini telah dibawa semasa Menyuarat PBTM Cwg Kubang Pasu pada 6 Mac 2010.
Catat Ulasan