E-mel berikut menceritakan kisah sebenar yang menyayatkan hati setelah 34 tahun terpendam dimamah zaman (tanpa edit)...
From: Norshah Yusof <y.norshah10@gmail.com>
To: nibsny@yahoo.com
Sent: Tue, March 30, 2010 11:03:16 PM
Subject: Cacatan Tragedi Gubir
Tuan,
Disini saya catatkan secara ringkas tentang pengalaman saya dalam operasi mencari dan menyelamat pada tragedi tersebut....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tragedi 26 April 1976,
Helikopter Nuri ditembak jatuh, 11 Perwira terkorban.
Cacatan pengalaman T14040 Ssjn.(B) Yusof Bin Abu
Setelah mendapat maklumat dari dalam oleh anggota anggota yang berada di kem musuh yang telah ditinggalkan bahawa helikopter yang membawa bekalan dan penumpang telah ditembak oleh pihak musuh dan terpaksa berpatah balik ke Kem Gubir lebih kurang 20 minit terdahulu. Setelah lebih setengah jam berlalu dan helikopter tersebut masih lagi tidak sampai ke Kem Gubir dan juga terputus hubungan, satu pasukan dari X skn, RGK, Sg. Udang yang terdiri dari seorang pegawai, saya serta empat lagi anggota lain pangkat telah diarahkan untuk membuat tugasan tinjauan dan melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Kami telah diterbangkan menaiki sebuah Nuri untuk tugasan tersebut. Tidak berapa lama kemudian kami terlihat kepulan asap hitam naik keudara, kami menghampiri kawasan tersebut dan jelas kelihatan sebuah helikopter jenis Nuri sedang terbakar.
Kami menghantar maklumat ke Kem Gubir bahawa kami telah menemui sebuah helikopter jenis Nuri telah terhempas dan sedang terbakar.
Kami menerima arahan dari Kem Gubir untuk turun ke tempat kejadian untuk membuat siasatan dan mencari samaada ada mangsa yang terselamat atau tercedera.
Saya dan empat lagi anggota turun ketempat kejadian dengan menggunakan winching dan kami segera melakukan pencarian disekeliling pesawat yang sedang terbakar itu.
Sementara helikopter yang membawa kami tadi terus beredar.
Kami telah menemui satu mayat mangsa yang masih sempurna tersandar di banir pokok dan satu mayat magsa lagi di tempat duduk pilot sebelah kanan separuh terbakar. Sementara mangsa mangsa yang lain berada didalam pesawat yang sedang terbakar dengan maraknya itu.
Lebih kurang 15 ~ 20 minit kemudian, satu pasukan lagi seramai lima anggota yang diketuai oleh Sgn. Hussin telah turun ketempat kejadian untuk membantu dan kami juga telah sempat menaikkan seorang iaitu Sgn. Khamis.
Malam itu kami bermalam ditempat kejadian untuk mengawal dan mengawasi keadaan.
Pada keesokan harinya, api telah padam dan kami pun memasuki kebahagian dalam pesawat yang telah hangus dan hampir menjadi abu itu. Keadaan sungguh ngeri dan menyayat hati. Kami dapati ada diantara mayat mangsa yang telah terputus tangan, kaki malah ada juga yang telah terpisah kepala dari tubuh. Ada juga yang terputus sendiri apabila kami cuba untuk mengalihkan dan mengangkat mayat tersebut.
Mana mana anggota yang terpisah dan terputus itu kami masukkan kedalam satu beg dan mana yang masih elok lagi keadaannya kami asingkan satu persatu.
Lebih kurang pukul sebelas setengah semuanya telah selesai dan kami semua telah dinaikkan dengan winching ke helikopter yang datang menjemput kami.
Saya dan Sgn. Hussin adalah yang terakhir naik dan tiada sesiapa lagi yang tinggal dan tiada juga lain lain pasukan yang datang untuk membantu kami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian serba ringkas, mungkin ada beberapa perkara yang terlepas untuk dicatatkan, maklumlah kejadian berlaku lebih 30 tahun yang lalu....
Jika tuan ada sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, sila hubungi saya di nombor 03-90211802
T14040 Ssjn.(B) Yusof Bin Abu
S/Sjn Yusof turut memberitahu saya bahawa beliau telah diarahkan oleh Pegawai Memerintahnya, arwah Lt Kol Hasbullah 'Bond', untuk mengikuti Maj Jen Mahmood Sulaiman, GOC, ke Alor Setar pada hari ke3 dengan helikopter Alouette. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti identiti seorang mangsa yang telah dihantar ke keluarga Mejar Harris Bin Rejab. Beliau mengesahkan mayat tersebut bukannya arwah Mejar Harris Bin Rejab sebaliknya seorang pilot bukan Islam. Mangsa yang tidak terbakar ialah arwah Sjn Kamis Bin Dolmat.
Berlandaskan kepada kisah di atas, saya terpaksa 'keluarkan' artikel 'The Star online' untuk mengelakkan kekeliruan.
S/Sjn Yusof turut memberitahu saya bahawa beliau telah diarahkan oleh Pegawai Memerintahnya, arwah Lt Kol Hasbullah 'Bond', untuk mengikuti Maj Jen Mahmood Sulaiman, GOC, ke Alor Setar pada hari ke3 dengan helikopter Alouette. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti identiti seorang mangsa yang telah dihantar ke keluarga Mejar Harris Bin Rejab. Beliau mengesahkan mayat tersebut bukannya arwah Mejar Harris Bin Rejab sebaliknya seorang pilot bukan Islam. Mangsa yang tidak terbakar ialah arwah Sjn Kamis Bin Dolmat.
Berlandaskan kepada kisah di atas, saya terpaksa 'keluarkan' artikel 'The Star online' untuk mengelakkan kekeliruan.
15 ulasan:
Saya 'down load' comments dari posting terdahulu.
10 comments:
Abah said...
Tuan,
Sememangnya ada kecelaruan dalam mengenalpasti mayat kerana dikalangan mayat ada berbilang kaum dan agama. Lebih maklum mayat semuanya telah 100%terbakar. Kalau tidak silap saya ada sedikit kecelaruan didalam mengenalpasti mayat Mejar Harris, memandangkan salah seorang dari mereka ada 'denture' dengan cara itu sahaja dapat mengenalkan mayat tersebut dipunyai oleh mayat tertentu.
Seperti maklum sebelum ini, Komd Pasukan Penyelamat (Air Resq)diketuai oleh 14040 SSJN Yussop berada dilokasi insiden berlaku. Beliau bermalam disitu sehingga pasukan Penyiasat tiba untuk tindakan selanjutnya.
March 26, 2010 9:56 AM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Abah,
Alangkah eloknya sekira SSjn Yussop dapat menceritakan pengalaman beliau. Saya ingin mengetahui mengapa tim TUDM tidak diturun di lokasi kemalangan sebaliknya terpaksa meredah hutan 1km.
March 26, 2010 11:57 AM
Abah said...
Saya difahamkan beliau (SSJN Yussof) menetap di Ulu Langat Selangor area dekat-dekat dengan Dusun Tua. Kalau tuan berkesempatan, boleh lah berkunjung kesana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mulut beliau sendiri.
March 26, 2010 12:31 PM
宇軒 said...
nice job! waiting for your new artical. ........................................
March 26, 2010 5:48 PM
syafiq_flyhalf27 said...
Abah!
Mohon No HP Ssjn Yusoff saya ingin jumpa beliau kerana saya tinggal di Tmn Bukit Indah,Ampang...juga no kontek Abah.Tk
Basri X RAJD
March 27, 2010 4:57 PM
Abah said...
Tuan Basri PGB,
Terima kasih diatas respond tuan. Tuan sebagai Komander BCT sememang saya mengenali tuan. Sememangnya kita bersama-sama memasuki terowong dan hampir terperangkap ketika BT meletup. Siapa nama arwah tu? Semoga Roh allahyarham ditempat bersama-sama Para syuhadah. Alfatihah......Amin.
Nombor Tel Saya 013-6846612 (En Roslan T27705)
No Tel SSjn Yussof (T14040) akan saya ikhtiarkan dan bertanyakan kepada Presiden KVKM Kol Nik. Saya tiada Nombor Tel Beliau.
March 27, 2010 5:41 PM
Abah said...
Tn Nor Ibrahim, Tn Basri PGB:-
Saya sudah dapatkan nombor En Yussof T14040)) Confirmed dia sebagai Comd Air Resq ketempat NURI terbakar. Sila dapatkan maklumat sepenuhnya berkaitan tempat dan suasana ketika Kejadian NURI tsb terbakar.
No Tel En Yussof (T14040) Kediaman 03-90211802 HP 012-3552948
Terima kasih......
Roslan@Abah
March 27, 2010 6:22 PM
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Abah,
Terima kasih. Saya akan menghubungi beliau, InsyaAllah.
March 27, 2010 9:23 PM
syafiq_flyhalf27 said...
Salam Abah!
Tk atas segala maklumat...anak buah saya tu Almarhum L Kpl Abdullah bin Majid ,org Melaka.Memang hasrat nak jumpa Abah dan juga SSjn Yusoff tu,Insyaallah dlm masa terdekat ni.
Saya cuma ambilalih Ketua Detachment Jurutera Op Gubir 2 pada 23 Apr 1976..Lt M Mior Safian kini Brig Jen Dato Pahlawan..masuk dulu bersama Skn RGK dibawah Kapt Sudirman(Pak Sudir)pada 20 Apr 1976..beliau kini di Pemetaan Negara(Bhg Pertahanan)di Jalan Semarak, KL.Boleh di hubungi di talian 019-3379425.
Tempohari tengok gambar didalam Akhbar Perdana.. bekas Kpl Yaakob Hassan..org kampong saya juga rakan sekelas di Sekolah Kebangsaan Pendang,Kedah.
Pada 25 Apr 1976 ,Hari Sabtu tu..hari saya kena Jerangkap Samar tu,Almarhum Ayah saya p melawat Yaakob di Hosp Alor Star..disanalah beliau dapat berita ttg kemalangan tu..satu kenangan!
Salam Abah dan rakan2 lain..Basri X RAJD
March 27, 2010 9:58 PM
Anonymous said...
Tuan,
Terima kasih di atas usaha tuan mengumpul dan mendapatkan maklumat berkenaan peristiwa ini.
Ada sedikit pembetulan, jenazah Kapt. Mustaffa Kamal dibawa ke rumah mertuanya di Kuala Kangsar dan kemudian di semadikan di Taiping.
March 30, 2010 10:33 AM
Saudara Anonymous (March 30),
Terima kasih kerana telah membetulkan lokasi arwah Kapt Mustaffa Kamal disemadikan. Beliau 'squad' saya. Taiping..di mana? Mesjid Kota, Tekah, Kpg Jambu?
Tuan,
Jenazah Mustaffa Kamal dikebumikan di Masjid Kota.
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Saya mengenali abang beliau, arwah Abg Man (Othman) dengan 'Norton'nya ketika saya tinggal di Lumut.
SSjn Yusof b Abu (Bersara),
Saya juga terlibat dgn operasi di Gubir itu, malah seminggu sebelum trajedi 26 Apr itu, pesawat kami telah di tembak dan mengalami 49 kesan peluru (tapi ada yg kata 139 lubang!) dan saya masih ingat ada penumpang iaitu 3 anggota Komando yg tercedera dalam pesawat setelah terkena tembakan tsb. Satu hampir putus jari, yg kedua kena tembak dikaki dan yg ketiga ditembak dipunggung. Kami berjaya pulang ke Gubir dan ketiga2x mereka selamat. Jadi jika pihak SSjn Yusof tahu dimana mereka berada, dapat kiranya beritahu saya no tel mereka. Saya teringin sangat hendak berjumpa mereka. No tel saya adalah 019-3558808 - Kol Rosli Mohd Yusof TUDM. Salam dan terima kasih
Tuan Rosli,
Pada peringkat awal Operasi itu melibatkan anggota dari Skn Z. Setelah peristiwa NURI tuan ditembak, maka 'reinforcemet' dari Skn X diperlukan. Besar kemungkinan 3 anggota yang mengalami kecederaan itu adalah anggota dari Skn tsb.
Cuma anggota Air Resque Team (ART) adalah terdiri dari anggota X Skn kerana mengikut 'rotation' tugas ART ketika itu.
Mengikut cerita dari salah seorang anggota ART iaitu ketika tali Abseiling di campak keluar dari NURI, ketika itulah PGK telah melepaskan tembakan bertubi-tubi. Dalam keadaan sedemikian, Tuan telah berjaya mengeluarkan NURI dari Zon Tembakan musuh dengan keadaan Tali Abseiling yang masih berada diluar AC. Dalam keadaan sedemikian, walaupun dalam keadaan bahaya, kecekapan tuan dalam memgemudikan pesawat dalam keadaan yang amat genting, tuan berjaya membawa keluar pesawat dari Zon Tembakan seterusnya. Tahniah dan syabas.
Saya akan dapatkan cerita dari anggota Skn Z yang tahu cerita tersebut. Insyaallah sekiranya saya dapati nanti saya akan hubungi tuan atau coretkan disini kisah tersebut.
Berbalik kepada kisah diatas, sekiranya anggota pertama telah diturunkan, mungkin cerita dan senarionya lebih menyayat hati ketika itu. Alhamdullilah dan nasib masih menyebelahi anggota tersebut.
Untuk makluman tuan juga SSJN Yussof adalah sama satu Skn dengan saya, jadi pergerakan dia ke Gubir adalah pergerakan yang sama dengan saya. Dia dan saya tidak terlibat ketika NURI tuan ditembak, sehinggalah Skn kami diaturgerakkan selepas kejadian tsb.
Waallahuwaallam
Abah
Tuan,
Selepas kehilangan suami, Pn. Rothiyah (isteri Mustaffa Kamal)tidak pernah berkahwin lagi.
Beliau telah pun bersara dari mengajar dan kini menetap di Kuala Kangsar (sebaik sahaja Mustaffa Kamal meninggal)
Isteri Arwah Osman juga menetap di Kuala Kangsar.
Saudara Anonymous (Apr 20),
Terima kasih. Dari apa yang dikatakan, anda mengenali keluarga arwah Mustaffa dan Abg Man.
Oh ya! Sebentar tadi saya menerima panggilan telefon yang memberitahu ada IPTA yang berminat dengan cerita 'Gubir' ini dan mungkin bersedia untuk menaja penerbitannya. Saya 'mungkin' mengambil cabaran ini walaupun bukannya seorang penulis. Sekiranya jadi, saya akan memasukkan komen-komen anda. Justeru, saya memohon kebenaran dari anda semua.
Apa kata anda?
Tuan,
Bagi saya no problem...silakan
Abah,
Terima kasih.
Tuan,
Maaf, saya ada takde simpan sebarang gambar Kem tsb. Cuba tuan semak-semak kat Arkib negara atau berpandukan keratan akhbar Utama Malaysia (BH/Utusan/ST/Star) dsbnya.
Atau mungkin tuan boleh aturkan buat lawatan ke Kem tsb dengan kerjasama TUDM.
Salam Tuan,
I fully support your intention to write a book on Gubir Incident be on hardcopy or/and softcopy.
This is something interesting for next generation to really understand the difficulty faced to ensure they could live as what they are now.
When they do not know the root, they tend to be remp-it with semp-it including matp-it.
Pls enroll me in your reservation list for the said book.
Allahyarham Mejor Harris Bin Rejab adalah abang kepada Kakak Ipar saya Haziana Binti Rejab yang berkahwin dengan abang kandung saya... Kehilangan Mejor Harris telah memberikan kesan trauma yang amat mendalam dan berkekalan kepada Allahyarhamah Ibu nya...
Saudara H Al-Qadah,
Terima kasih. Bagaimana keadaan kaum keluarga allahyarham Mej Harris sekarang ini?
Assalamualaikum Tuan Nor,
Untuk makluman tuan, bapa kepada arwah Mej. Haris 'Cikgu Jab Scout' telah kembali ke rahmatullah pada 1990. Hasaniah, iaitu adik arwah Mej. Haris telah kembali ke rahmatullah pada 1993 sementara ibu kepada arwah telah kembali ke rahmatullah pada 2003. Yang tinggal kini hanyalah Haziana, isteri saya iaitu adik arwah Mej. Haris yang bongsu.
Catat Ulasan