Pengikut

Selasa, 4 Disember 2012

'Toy' Baru

Wow...Terliur bebeno melihat 'toy' baru yang gomen belikan untuk chopper pilots...EC725 Cougar.


Bertuah betul para pilot kini. Pesawat dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi tinggi sejajar dengan situasi semasa. Justeru, 'mark 2 eyeballs' tidak lagi relevan kepada mereka. Sekarang, ungkapan ini  menjadi hak milik 'vintage pilots' seperti si mejar pencen ini....He....He...He.

Tapi, saya percaya, bukan semua krew helikopter yang ada sekarang ini berpeluang menerbangkannya. Mungkin sampai TTP/ROD (Tamat Tempuh Perkhidmatan/Run Out Date), ramai yang akan kempunan. Tak apalah. Lihat dari sudut positif pula. Syarikat penerbangan swasta lebih mementing jumlah jam penerbangan sebagai faktor utama untuk ditawarkan jawatan pilot. Pilot Nuri boleh mengumpul lebih banyak jam penerbangan kerana chopper tersebut masih digunakan untuk pelbagai peranan, kecuali CSAR (Combat SAR), tugas utama si harimau.  Kenyataan ini hanyalah bagi menyedapkan diri....He...He....He. 

Difahamkan aset terbaru ini akan diletakkan dalam inventori No 10 Skuadron. Berlandas peranannya itu,  skuadron berkenaan akan 'balik kampung' kelahirannya skuadron itu sendiri....TUDM Kuantan. 

Apa pun....Happy flying.

Sabtu, 1 Disember 2012

Kembali KepadaNya

30/11/12 jam 2212, terima sms daripada PW2 (B) Saifuddin Choo 'Ibrahim meninggal smlm Innalillah (29/11)'. Saya terus menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan. Memang benar, beliau adalah KU bersama saya di Labuan di suatu ketika dulu. Arwah meninggal di Hospital Serdang akibat sakit jantung.

Barisan depan dari kiri: Mendiang Lt (U) James Tinggong, arwah Sjn Ibrahim, arwah Lt (U) Idris, Sjn Saifuddin Choo, Lt (U) Kamarulzaman
Berdiri dari kiri: F/Sjn Azizan, Lt (U) Meor Wahab, Kapt (U) Ismail, Lt (U) Ali, Lt (U) Ridzuan, saya, Lt (U) Kandiah, Sjn Jaafar, Sjn Andiappan, Lt (U) Shabre
Belakang sekali dari kiri: Kapt (U) MT Lau, Kapt (U) Ajir

Penerbangan terakhir saya dengan arwah ialah pada 4/10/1984.....

Catatan Buku Log. Secara kebetulan itulah penerbangan terakhir saya dengan arwah Lt (U) Idris. Pada 15/10 pula, dengan mendiang Lt (U) Tan Eng Huat. Dan bersama arwah Lt (U) Roslan pada 22/10 adalah penerbangan 'sayonara' saya dengan 'the old and faithful but forgotten workhorse of  the RMAF  once upon a time'

01/12/12 jam 0630, terbaca catatan dalam muka buku Mej Ramli Abdul Rahim...'KUALA LUMPUR, 30 Nov 12 – Mej Jen Datuk Ahmad Merican bin S.T Merican TUDM (B), Mantan Timbalan Panglima Tentera Udara telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.42 pagi tadi' (29/11). Saya pernah berkhidmat di bawah pemerintahan arwah ketika arwah bertugas sebagai Panglima Wilayah Udara 2, Kuching. Arwah adalah seorang Panglima yang 'jovial', mudah dibawa berbicara dan sedia meluangkan masa bagi mendengar rentetan anak buahnya setiap kali melawat Skuadron saya di Labuan.
Berdiri dari kiri: PW1 Arumugam, Sjn Jaafar, Kapt (U) Aziz, saya, Brig Jen Ahmad Merican, Kapt (U) Loh, Lt (U) Ali, Sjn Lim, Lt (U) Murugesan, Lt ?????, Sjn Sofian
Depan dari kiri: Sjn Yeap, Kpl ?????

Ucapan takziah saya dan isteri kepada kaum keluarga kedua-dua arwah. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang soleh....Amin.

Rabu, 28 November 2012

Serang Hendap Di Jalan Biawak-Lundu

Sekarang ni saya agak sibuk sikit disebabkan nak menerbitkan buku ke2. Sepertimana yang disaran oleh Cik nur_emyinda, saya telah pergi ke Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB) di Alor Setar. Mereka sedia mencetak apa jua jumlah yang saya mahukan. Dah tentulah, lagi banyak jumlah dicetak, kos pencetakan akan kurang. Buku yang mungkin akan diterbitkan hanyalah ~140 halaman saja. Ini kerana tak banyak bahan yang diterima. Jujur saya katakan, apa yang saya coretkan atau di'link' dalam blog ini, itulah yang terdapat dalam buku itu nanti, insyaAllah. Bila draf kandungan dah siap nanti, saya akan siarkan kandungannya bagi memudahkan pembaca merujuk kepada coretan terbabit. Kalau ia menjadi kenyataan, kemungkinan saya hanya cetak 500 naskah saja, wallahualam.

Berbalik pada bahan cerita yang nak dibukukan. Salah satu bab ialah kisah Mej Dato' Salehuddin (klik di sini). Beliau ada menyentuh kisah konvoi 7 Renjer diserang hendap di Jalan Biawak-Lundu, Sarawak, pada 26/3/72. Insiden ini telah mengorbankan 15 anggota unit tersebut dan 3 tercedera. Saya telah melayar blog di sini untuk mendapatkan cerita selanjutnya.  Pengganas komunis telah merampas peralatan dan senjata. Tindakan seorang koperal daripada satu trup pasukan Peninjau telah berjaya menyelamatkan mereka yang masih hidup daripada terus dibunuh. Apabila dimaklumkan kejadian tersebut, hero kita ni telah memecut 'Ferret Scout Car'nya ke lokasi kejadian dan menembak mesin-gunnya ke arah musuh. Apa lagi, depa pun lintang-pukang meninggalkan lokasi.

Pengganas komunis berlagak dengan senjata rampasan - SLR & SMG. Senjata terakhir berjaya ditemui semula pada 1986

Saya tak pasti sama ada insiden ini telah dibukukan. A real pity sekiranya tidak. Jika belum, saya sedia  mendokumentasikan, insyaAllah.

Mej D. Swami (B)....Terima kasih.

Ahad, 25 November 2012

Ops Selamat - Bhg 2

Sambungan daripada coretan di sini....

Pada 03 Dec 87, keempat-empat  kapal TLDM mula belayar ke destinasi bersama 4 buah helikopter. Helikopter Nuri saya di tempatkan di atas kapal KD Mahawangsa. Flotilla ini telah singgah di Pangkalan TLDM Labuan untuk menambah bekalan makanan dan lojistik lain.  Selain dari pesawat helikopter yang akan terlibat dalam Operasi ini, Pasukan Khas ATM yang terdiri dari Komando Tentera Darat, Komando Tentera Laut dan juga Komando Tentera Udara juga terlibat secara langsung dan mereka dilengkapi dengan peralatan khusus untuk menyelamat orang kenamaan. Pelayaran diteruskan ke destinasi yang mengambil masa beberapa hari dan semua anggota yang terlibat meneruskan latihan di atas kapal bagi menghadapi tugas yang mencabar ini.  Pihak TLDM juga mengadakan sesi sembahyang hajat di atas kapal memohon agar Operasi ini menempah kejayaan tanpa sebarang rintangan dan dijauhi dari pertumpahan darah atau kemalangan.
Nuri atas KD MAHAWANGSA (gambar hiasan)

Pada 10 Dec 87, flotilla telah tiba ke destinasi,  Teluk Manila, dan kapal TLDM hanya berada lebih kurang 3 batu dari Pelabuhan Manila. Pada 11 Dec 87, saya telah terbang dari KD Mahawangsa ke Pangkalan Udara Filipina di Manila untuk membuat perbincangan dengan pihak Tentera Udara Filipina tentang operasi yang akan dijalankan dan membuat taklimat keseluruhannya.  Satu latihan terbang malam telah dimohon dan pihak Tentera Udara Filipina memberi kelulusan. Pada malam 12 Dec 87, saya telah mulakan penerbangan tersebut menuju ke Clarke Air Base seperti yang dirancang tetapi terpaksa berpatah balik sejurus tiba di Clarke Air Base kerana dua buah pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat telah scramble kerana mereka tidak mendapat makluman pesawat saya dan menganggapkan saya sebagai penceroboh. Ini merupakan kegagalan pihak Tentera Udara Filipina tidak memaklumkan Flight Plan yang telah saya majukan.

Setibanya saya ke Teluk Manila, saya mendapati banyak kapal-kapal yang berlabuh dan amat sukar untuk mengenali KD Mahawangsa kerana Nuri tidak dilengkapi dengan peralatan navigasi yang canggih seperti yang ada sekarang ini. Dengan kecekapan pegawai Navigasi TLDM, mereka telah berjaya membuat 'talk down' saya terus ke KD Mahawangsa. Penerbangan ini merupakan satu pengalaman ngeri bagi saya kerana helikopter saya telah diancam dan jika saya lambat membuat keputusan, kemungkinan pesawat pejuang tersebut  melepaskan tembakan terhadap saya. Perasaan ketakutan ini tidak saya kongsi bersama anggota lain kerana ditakuti akan melemahkan semangat mereka. 

Pada hari-hari seterusnya, kami semua membuat persediaan ketibaan orang kenamaan di Bandaraya Manila. Adalah difahamkan juga Tentera Indonesia dan  Tentera Singapura  membuat Operasi yang sama. Pada awalnya, pihak Tentera Brunei ingin mendapat bantuan daripada Malaysia tetapi mengubah fikiran, kemungkinan mereka mempunyai alasan yang lain. Pada masa yang sama, sebuah pesawat C130 juga bersiap sedia di Labuan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pada malam 15 Dec 87, satu bom telah meletup berhampiran pejabat kedutaan Malaysia di Manila, maka semua krew helikopter  telah bersiap sedia untuk terbang tetapi pejabat kedutaan melaporkan keadaan terkawal dan tidak memerlukan bantuan.

Tiba hari sebenar, 16 Dec 87, pesawat VVIP membawa orang kenamaan telah memasuki ruang udara Manila dan pada ketika itu,  dua buah Nuri dan dua buah Alouette terbang dari kapal masing masing untuk mengiringi pesawat VVIP mendarat di Lapangan Terbang Manila.  Kami turut membuat pengawasan di udara dan seterusnya mengiringi konvoi kenderaan dari lapangan terbang ke pusat bandar Manila. Keadaan kawalan keselamatan amat ketat dimana sepanjang perjalanan kenderaan, laluan telah ditutup dan dikawal oleh Tentera Filipina.  Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar walaupun pihak perisikan Filipina meramalkan kekecohan mungkin akan berlaku kerana situasi politk yang amat genting pada ketika itu.
Kami juga telah mengenal pasti bangunan untuk mendarat jika perlu untuk menyelamat orang kenamaan yang diberi kata samaran “Hang Tuah”.  Setelah semua berjalan dengan baik, saya telah mengarahkan semua helikopter pulang ke kapal masing-masing dan berada dalam keadaan siap sedia.  Persidangan Ketua Ketua ASEAN telah berjaya diadakan tanpa kekacauan dan pada 17 Dec 87, semua orang kenamaan telah selamat meninggalkan Manila dan Operasi Selamat telah tamat dan bersiap sedia kembali ke Malaysia.


Dalam pelayaran balik ke Labuan, flotilla kami telah diancam oleh taufan dan keadaan laut amat bergelora. Kapal KD Lekir yang membawa helikopter Alouette telah menghadapi kecemasan dengan ombak besar dan pihak Operasi Tentera Laut di Kuala Lumpur telah memberi kelulusan untuk menolak keluar helikopter Alouette jika melibatkan keselamatan KD Lekir. Walau bagaimanapun, keadaan beransur pulih dan anak kapal KD Lekir cekap mengendalikan kapal dan dapat  menyelamatkan helikopter tersebut.  Pada 19 Dec 87, semua kapal kapal telah selamat tiba di Pangkalan TLDM Labuan.
Sebagai rumusan, Operasi Selamat telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa kekecohan walau pun pada awalnya kerajaan Filipina meramalkan ada pihak yang ingin membuat pemberontakan besar-besaran. Kemungkinan dengan kehadiran ramai tentera asing dan perancangan yang rapi, tidak memberi ruang untuk mereka melakukan keganasan. Kerjasama yang erat dikalangan ATM di semua peringkat memudahkan lagi perlaksanaan walaupun tugas yang diberikan ini amat berat. Keberanian pihak pengurusan TUDM membenarkan anak kapal melaksanakan tugas penerbangan diluar SOP menampilkan kepercayaan terhadap kebolehan krew helikopter.

Dato' Ibrahim....Terima kasih.

Jumaat, 23 November 2012

OPS SELAMAT - Bhg 1

Pada December 1987, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, telah terbang ke Manila untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke3 pada 14-15 Dis 87. Kehadiran beliau di Filipina telah menempah sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama menjejak kaki ke negara tersebut semenjak tertubuhnya negara Malaysia. Ketiadaan lawatan rasmi PM ke negara tersebut sebelum ini disebabkan tuntutan mereka terhadap Sabah yang masih belum menemui penghujungnya.

Ketika itu, keadaan politik di Filipina tidak stabil. Pergolakan ini boleh mengancam keselamatan para delegasi. Namun demikian, ketua-ketua negara ASEAN nekad menghadiri sidang tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan kepimpinan Presiden Corazon Aquino. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan 'Ops Selamat' dilancarkan yang misinya ialah untuk menyelamat PM & delegasi Malaysia sekiranya keadaan memaksa.
Salah seorang yang terlibat secara langsung ialah Brig Jen Dato' Ibrahim Bin Hashim TUDM (klik di sini), ketika itu berpangkat Mejar. Beliau telah sudi untuk kongsi bersama pengalamannya berikut....

 Pada 15 Nov 1987, Panglima MABANUD telah mengarah saya untuk berjumpa beliau dengan segera di pejabatnya. Pada ketika itu, saya adalah Ketua Flait Operasi No 3 Skn, TUDM Butterworth. Pada hari tersebut juga, sebuah pesawat Cessna telah dihantar dari Kuala Lumpur untuk mengambil saya di TUDM Butterworth.  Tepat pada jam 1430, saya telah berada di pejabat Panglima dan beliau memberi satu arahan yang belum pernah saya lakukan. Beliau mengarahkan saya membuat persediaan untuk mengendalikan OPERASI SELAMAT iaitu, satu Operasi menyelamat Perdana Menteri ketika Persidangan Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Manila, Filipina.  Beliau telah memberi kelulusan untuk saya membuat latihan penerbangan yang tidak mengikut SOP semasa, termasuk latihan terbang malam mendarat di atas bangunan dan navigasi malam aras rendah. Ini merupakan satu cabaran yang besar dan belum pernah dibuat sebelum ini dan pesawat helikopter Nuri tidak mempunyai kelengkapan secukupnya. Panglima turut mengarahkan supaya Operasi ini di rahsiakan dan tidak siapa patut mengetahuinya sehingga hari sebenar. Pada petang tersebut juga saya dihantar pulang ke Butterworth dengan pesawat Cessna.
Saya terus membuat perancangan rapi tanpa memaklumkan kepada anggota Skuadron kecuali kepada Kapt (U) Hoong yang juga pembantu saya dan kapten pesawat untuk operasi ini.  Pada 16 Nov 1987, satu latihan khas telah diatur dengan TLDM dimana helikopter Nuri menjalankan latihan mendarat waktu siang dan malam di atas KD Mustyari di Lumut.  Pada 19 Nov 87, latihan jarak jauh aras rendah diadakan dari Butterworth ke KL pada waktu siang dan kembali ke Butterworth pada waktu malam.  Pada 21 Nov  87, latihan penerbangan mendarat di atas bangunan KOMTAR Pulau Pinang di lakukan pada waktu siang dan malam. Anak kapal yang terlibat ialah Lt Kol Harun, saya sendiri, Kapt Sofian, F/Sgt Damanhuri dan Sgt Koey. Pengalaman mendarat di atas KOMTAR pada waktu malam amat mencabar sekali dan semua lampu di atas dek terpaksa ditutup bagi memudahkan pendaratan. Latihan ini amat perlu memandangkan situasi yang sama mungkin akan berlaku dalam Ops SELAMAT.
Selain dari latihan penerbangan khas, persiapan detasmen yang rapi juga dibuat bagi memastikan Operasi ini berjalan dengan lancar, termasuk alat-alat ganti pesawat yang mencukupi. Anggota Pasukan Khas TUDM juga diarah membuat persiapan rapi bagi tugas menyelamat orang kenamaan. Pada ketika ini, semua anak kapal tidak mengetahui mengapa latihan intensif dan persiapan rapi dibuat kerana tiada arahan bertulis dikeluarkan oleh pihak atasan. Saya hanya mengeluarkan arahan lisan untuk detasmen selama dua minggu.

Pada keseluruhannya, detasmen helikopter untuk Operasi SELAMAT melibatkan dua buah Nuri dan dua buah Allouette dari No 3 Skn dan No 10 Skn di atas empat buah kapal TLDM.  Fleet helikopter diletak dibawah perintah Lt Kol Mustapha, Ketua No 10 Skn, dan saya sebagai Komander kanan helikopter  Nuri. Krew Nuri yang lain ialah Kapt Sofian, Kapt Sabri, Kapt Rosdi dan Kapt Hoong, manakala helikopter Alouette ialah Mej Razak Othman dan Kapt Wan Baharuddin.  Saya juga dibantu oleh AQM PW Muthu, PW Charles, Sgt Koey dan Sgt Pong.  Setelah menjalani beberapa hari latihan intensif, semua helikopter telah terbang ke TLDM Lumut pada 28 Nov 87 dan terus membuat latihan bersama dengan kapal TLDM siang dan malam. Peralatan tambahan dan alat ganti pesawat juga telah dimuatkan ke dalam kapal TLDM untuk tugas selama dua minggu.


Bersambung....

Isnin, 19 November 2012

Green Endorsement

Saya ada menyarankan kepada Brig Jen Dato' Haji Ibrahim Hashim TUDM agar beliau menceritakan pengalamannya menyelamat pilot pesawat A4 Skyhawk. Bagi mengelak daripada terus di'buru' oleh xKetua Skuadronnya, justeru beliau telah menghantar sijil 'Green Endorsement' berikut....He...He...He..


Ini adalah satu penghormatan TUDM terhadap anggotanya yang telah mempamerkan kecermalangan dalam melaksanakan tugas. Tak ramai yang menerima sijil ini. 

Dato' Ibrahim...Syabas dan terima kasih.

Khamis, 15 November 2012

'Skyfall'

During my school days in Taiping, I was a 'filmaniac'. I didn't mind studying 'General Science' just to pass the weekly test by our 'Sir' aka 'Abang Kartun'. This was simply to avoid from attending the 'detention class' on Saturday morning should I failed the test. Reason? I didn't want to miss my weekly 'cheap matinee' with my classmates. 3rd class ticket then cost only 25 cents at Carlston cinema whilst  Odeon or Majestic 40 cents. Once the movie started, we  moved to whichever empty seats in first class....He...He....He.

However, my interest in movies slowly diminished once I joined RMC. Even now, I find it quite boring to watch movies shown on TV except the James Bond series. I don't know whether I can classify myself as a James Bond fanatic or not. One thing for sure, I've seen all this indestructible hero's movies. And most of the time at the theaters. Reasons? The sound system is simply awesome. My last trip to a cineplex in KL was at the Mall, Cheras, before moving to this ulu Jitraq in 2000 AD to watch my hero. My first visit to a cineplex in Kedah was on 1 Nov 2012 to enjoy 'Skyfall'.

It seems there are 2 categories of seats - RM12 & RM10. When asked why the different prices, the ticket seller told me that the view of the screen from the RM12 seats were 'better' compared to the cheaper seats. Well, of course I chose the expensive one. After all, what's that extra RM2 to see my favorite Commander Bond. When I entered the hall, I couldn't see any difference at all....Rugi RM2!!!

On a serious note. Well...Well...Well...I'm not alone about this greatest agent of MI6 of British Secret Service. I was surprised when Dato' Ahmad A. Talib of NST wrote about this 007 agent in his weekly column in the New Sunday Times. He was commenting on the human side of this super agent. Bond cried when his boss, M, died. Before this, he never shed a tear when someone close to him died, even his lovers. To Dato', James Bond is human, too.

Another surprise when this article appeared in the Mingguan Malaysia, 4 Nov, on the same subject matter.
The 'she-reporter' was looking at a different angle. She took pride that Bond's boss was a lady. He maybe  indestructible & superhuman or whatever you want describe him, but the person who remote-controlled him was a 'she'! Anyway, I don't think there's going to a new 'Mama Bond' in the next series.

My angle? The British wants the whole world to know their spirit of PATRIOTISM! Imagine, Bond was willing to report for duty whilst enjoying his 'demise' after being shot by an MI6 sharpshooter and drowned in the fast moving river and waterfalls....yet survived to enjoy the company of  a lovely damsel in a faraway land (Turkey). Reason? Because he saw the news on TV that MI6 HQ was bombed and the blast killed a few innocent staff by a traitor, an ex-agent who claimed that  he was betrayed by M. When Bond was apprehended by the rogue and offered to join him, he (Bond) declined simply because whatever being offered could not match his undivided loyalty to his beloved country...England!  Well....If this is not patriotism...then what?

One aspect of Bond's film is the fantastic and unbelievable gadgets. In this  film, however, the weapons used when he brought M to his home, Skyfall, in Scotland, in his attempt to entrap the renegade agent were the very basic...mere shotguns and a knife. He killed the betrayer by throwing the humble knife at the back of  the villain  However sophisticated one could be....back to the basics could change the ground rules! 

To all Muslim readers....

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H