Pengikut

Sabtu, 1 Disember 2012

Kembali KepadaNya

30/11/12 jam 2212, terima sms daripada PW2 (B) Saifuddin Choo 'Ibrahim meninggal smlm Innalillah (29/11)'. Saya terus menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan. Memang benar, beliau adalah KU bersama saya di Labuan di suatu ketika dulu. Arwah meninggal di Hospital Serdang akibat sakit jantung.

Barisan depan dari kiri: Mendiang Lt (U) James Tinggong, arwah Sjn Ibrahim, arwah Lt (U) Idris, Sjn Saifuddin Choo, Lt (U) Kamarulzaman
Berdiri dari kiri: F/Sjn Azizan, Lt (U) Meor Wahab, Kapt (U) Ismail, Lt (U) Ali, Lt (U) Ridzuan, saya, Lt (U) Kandiah, Sjn Jaafar, Sjn Andiappan, Lt (U) Shabre
Belakang sekali dari kiri: Kapt (U) MT Lau, Kapt (U) Ajir

Penerbangan terakhir saya dengan arwah ialah pada 4/10/1984.....

Catatan Buku Log. Secara kebetulan itulah penerbangan terakhir saya dengan arwah Lt (U) Idris. Pada 15/10 pula, dengan mendiang Lt (U) Tan Eng Huat. Dan bersama arwah Lt (U) Roslan pada 22/10 adalah penerbangan 'sayonara' saya dengan 'the old and faithful but forgotten workhorse of  the RMAF  once upon a time'

01/12/12 jam 0630, terbaca catatan dalam muka buku Mej Ramli Abdul Rahim...'KUALA LUMPUR, 30 Nov 12 – Mej Jen Datuk Ahmad Merican bin S.T Merican TUDM (B), Mantan Timbalan Panglima Tentera Udara telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.42 pagi tadi' (29/11). Saya pernah berkhidmat di bawah pemerintahan arwah ketika arwah bertugas sebagai Panglima Wilayah Udara 2, Kuching. Arwah adalah seorang Panglima yang 'jovial', mudah dibawa berbicara dan sedia meluangkan masa bagi mendengar rentetan anak buahnya setiap kali melawat Skuadron saya di Labuan.
Berdiri dari kiri: PW1 Arumugam, Sjn Jaafar, Kapt (U) Aziz, saya, Brig Jen Ahmad Merican, Kapt (U) Loh, Lt (U) Ali, Sjn Lim, Lt (U) Murugesan, Lt ?????, Sjn Sofian
Depan dari kiri: Sjn Yeap, Kpl ?????

Ucapan takziah saya dan isteri kepada kaum keluarga kedua-dua arwah. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang soleh....Amin.

1 ulasan:

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

AlFatihah kepada para perwira beragama Islam yang telah kembali ke rahmatullah. Kematian itu adalah pasti dan itu janji Allah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan hambaNya yang soleh...Segala pengorbanan dan jasabudi mereka pasti dikenang dan kehilangan mereka dirindui tersayang dan rakan taulan. AlFatihah...

p/s i was amazed by your very good safekeepings of your service documents records. A treasure indeed to be kept! Something a managerial skill everyone of us should have,learn and practise...Bravo Tuan.