Pengikut

Selasa, 4 Disember 2012

'Toy' Baru

Wow...Terliur bebeno melihat 'toy' baru yang gomen belikan untuk chopper pilots...EC725 Cougar.


Bertuah betul para pilot kini. Pesawat dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi tinggi sejajar dengan situasi semasa. Justeru, 'mark 2 eyeballs' tidak lagi relevan kepada mereka. Sekarang, ungkapan ini  menjadi hak milik 'vintage pilots' seperti si mejar pencen ini....He....He...He.

Tapi, saya percaya, bukan semua krew helikopter yang ada sekarang ini berpeluang menerbangkannya. Mungkin sampai TTP/ROD (Tamat Tempuh Perkhidmatan/Run Out Date), ramai yang akan kempunan. Tak apalah. Lihat dari sudut positif pula. Syarikat penerbangan swasta lebih mementing jumlah jam penerbangan sebagai faktor utama untuk ditawarkan jawatan pilot. Pilot Nuri boleh mengumpul lebih banyak jam penerbangan kerana chopper tersebut masih digunakan untuk pelbagai peranan, kecuali CSAR (Combat SAR), tugas utama si harimau.  Kenyataan ini hanyalah bagi menyedapkan diri....He...He....He. 

Difahamkan aset terbaru ini akan diletakkan dalam inventori No 10 Skuadron. Berlandas peranannya itu,  skuadron berkenaan akan 'balik kampung' kelahirannya skuadron itu sendiri....TUDM Kuantan. 

Apa pun....Happy flying.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan, secara kebetulan salah seorang drp pioneer crew pesawat ini adalah rakan baik sy, Mejar Armanizam Mat Tahir yg dikenali dr zaman sek rendah dlu. Beliau baru sebulan balik dr france utk latihan pengendalian pesawat ini. Mengikut katanya TUDM kekurangan pilot utk menerbangkan pesawat jenis ini. Tetapi mmg teknologi pesawat terbaru ini amat canggih kalau nak dibandingkan dgn Nuri. Pesawat EC725 akan complement armada Nuri yg masih dlm serviceable condition.

RELUCTANT MODELLER berkata...

Kalau ada pesawat Nuri yang unserviceable, boleh la didermakan kepada Muzium-Muzium termasuk di Taiping.