Pengikut

Jumaat, 16 Oktober 2015

Ops Bamboo

Saya sedang memerah otak untuk menulis tentang Ops Bamboo. Dah masuk 2 bulan masih terkapai-kapai mencari bahan. Mungkin ramai juga yang tak pernah dengar operasi ini. Untuk makluman, Ops Bamboo adalah yang 'tertua' dan 'paling lama' yang dilancarkan oleh Pasukan Keselamatan (PK) dalam usaha gomen menghapus pengganas komunis (PGK). Ops Bamboo telah dilancarkan pada Oktober 1959 di Perak (Jackson, Robert, 1991, The Malayan Emergency & Indonesian Confrontation, hlm. 63) dan berakhir pada 2 Disember 1989 setelah Perjanjian Damai di tangani di Hotel Lee Garden, Hatyai. Lama...kan?

Antara pasukan Commonwealth yang terlibat ialah 1 Royal Australian Regiment (1RAR), Royal New Zealand Infantry Regiment (RNZIR) dan 1/7 Gurkha Rifles (Cross, J.P., 2003, A Face Like A Chicken's Backside, hlm. 51). Dan elemen Senoi Praaq yang ditubuhkan pada 1956 (Muzium Orang Asli, Gombak). Bila pasukan tentera British berundur dari timur Suez, operasi ini diambil sepenuhnya oleh PDRM. Elemen PDRM yang terlibat ialah batalion 19 & 20 PPH (Senoi Praaq), Cawangan Khas (CK), dan VAT69. Senoi Praaq dan anggota CK ditempatkan di pos2, seperti Fort Chabai, Gob, Keled, Pasik, dll. VAT69 pula diatur gerak untuk operasi khas. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) turut menempatkan staf mereka di pos2 tersebut.

Penglibatan ATM pula hanyalah memberi perkhidmatan mobiliti udara dan penyediaan bekalan untuk guguran udara. Sebelum ketibaan pesawat Twin Pioneer TUDM pada Feb 1960, tugasan guguran udara dilaksanakan oleh pesawat Valetta dan Twin Pioneer kepunyaan RAF. Pesawat Rajawali mengambil tugas ini pada Julai 1960. Seterusnya, peranan ini diambil alih oleh Caribou pada 1969. Sebelum ketibaan Alouette 111 pada 1963, Whirlwind RAF dan Iroquois RAAF membantu untuk membawa anggota PPH masuk/keluar kawasan Bamboo.

Dengan kehadiran Nuri pada 1968, burung ini pun dikenali sebagai Bamboo Express oleh para penghuni hutan belantara. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Alouette 111 menjadi platform untuk Flying Doctor Service yang dikendalikan oleh JHEOA. Tentera Darat pula membabitkan pasukan 16 Hantaran Udara (16 HU) yang berpangkalan di Taiping.

Sumber: Cross, J.P

Ini pula kawasan operasi apabila diambil alih oleh PPH...

Sumber: A. Navaratnam

Cukup le buat sementara waktu. Akan disambung apabila bahan mencukupi, insyaAllah.

Jumaat, 4 September 2015

Helicopter Heroes (Nuri)

Sesiapa yang terlepas menonton Helicopter Heroes di History Channel pada 30/31 Ogos tempoh hari, boleh le tonton di sini.

Zaini Zaid....Terima kasih.

Jumaat, 28 Ogos 2015

'Helicopter Heroes'

27/8/2015 jam ~1100...Akhirnya,....tercapai juga impian saya, yang bermula semenjak 2009, agar sumbang bakti The Old But Faithful Iron Birds - NURI - terhadap keselamatan dan pembangunan negara diabadikan dalam bentuk filem dokumentari. Filem ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertahanan di auditorium, KEMENTAN, syukur alhamdullah.




Veteran yang hadir ialah Brig Jen Dato' Goh S.T., Lt Kol Mior Zubir, Mej Oon L.H., Kapt Tien, PW1 Patrick Lee, PW1 Pak Singh, dan PW1 Mohsain. Sebelum perasmian, sempat berjumpa dengan rakan seperjuangan....

Dari kiri: PW1 Mohsain, Lt Kol Mior Zubir, NIBS, Mej Oon L.H.

Dalam auditorium

Perasmian oleh Mentah




Bersama Zaini Zaid (Redz Productions) selepas perasmian

Momento dari Redz Productions

Sapa2 yang berminat, tontonlah di History Channel 555 seperti yang dicatatkan oleh  Zaini Zaid melalui kumpulan WhatsApp 'Nuri Warriors'...

"Helicopter Heroes

...This one hour documentary tells the story of crews and pilots who flew the Sikorsky S61 during the 1969 Communist insurgency and the evolution of its strategic role in protecting and building the nation.

UPCOMING AIRINGS:


SUNDAY,30 AUG, 2015 - 22:00

MONDAY,31 AUG, 2015 - 06:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 11:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 15:00"


Redz Productions....Saya tidak mewakili sesiapa tapi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan diatas initiatif anda mengabadikan sumbang bakti "NURI" terhadap keselamatan dan pembangunan negara tercinta kita yang satu ini....MALAYSIA. Selepas ini para pengkaji boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang 'Talian Hayat' kepada anggota Pasukan Kesalamatan di suatu ketika dulu di Arkib Negara. Untuk itu....TERIMA KASIH.

MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA

Khamis, 20 Ogos 2015

Mak...Pergi Buat Selama-lamanya


20/8/2015...Genap 8 hari mak kembali ke rahmatullah.

Pada 12/8, saya terima panggilan daripada adik saya, Ahmad Kamarudin@Mek, memaklumkan mak, RAHAMAH BT MAT WAHI, sedang nazak di rumahnya di Taiping. Walau pun sepatutnya nak celebrate segelas nescafe ice kurang manis kerana mengalahkan members, saya bergegas balik ke Taiping. Adik saya, Wahinuddin, sudah tiba dari Ipoh manakala kak, Intan dan Cik Su tiba lewat petang.

13/8, jam 1039....mak pergi buat selama-lamanya. Saya telah membuat laporan kematian di balai polis Taiping. Jenazah selamat dikebumikan di Tekah pada jam lebih kurang 1730.


Laporan polis

Saya tabik spring kepada Mek. Pada 2/8/2015 isteri beliau, NOREHAN, telah pergi buat selama-lama. Arwah disemadikan di Tekah juga. Arwah mak juga tinggal bersama Mek. 2 kematian dalam tempoh 12 hari! Sungguh besar ujianNya.

Iman (anak kak)  mengadap pusara mak sementara Bukhari (belakang berbaju hitam) mengadap pusara ibunya, Norehan

SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN MAK DAN NORIHAN DIKALANGAN ORANG YANG SOLEH  



Ahad, 9 Ogos 2015

Gathering of Super Veterans

7 August 2015, 2000 hr; Loc: Wisma Pahlawan, MINDEF... I drove to KL to attend a gathering of the 'super veterans' of an instrument of modern warfare.....HELICOPTERS. Actually, I don't like to travel to KL with all those suffocating jams.  Worse still, I'm no longer familiar with the roads. Nevertheless, this was one gathering I wouldn't want to miss since it was to honour  Mej Benjamin Lee and his wife, Ailsa Lee. He was formerly an Alouette 111 and Nuri pilot. He has migrated to New Zealand a long time ago and they came over for a visit. 

Frankly, I had never served under him when I was in the service. I knew him during my flying days at SEA Helicopter in 1973-74. He was then the OC Examining Unit. Throughout the flying course, I was checked by him on 4 occasions. 

During the course of gathering information for my research, I had to get in touch with him to obtain information regarding the formation of No.7 and 10 Squadrons since he was the first OC of No. 10 Squadron.

Among my correspondences with him....

 ben_lee@xtra.co.nz
 5 Aug 2014

Rabu, 22 Julai 2015

Abstract

Memang dah lama tak menulis untuk blog. Al-maklum saje le, bukan apa hanya buat2  sibuk menulis untuk kajian. Salah satu keperluan ialah pelajar kena tulis 2 rencana untuk jurnel tertentu. Veteran ini mana le pernah tulis jurnel yang berbentuk 'akademik', tulis untuk blog boleh le. Gaya tulisan tu pula 'talking-writing'. Anyway, suka tak suka suka terpaksa le menulis. Cuba punya cuba, terhasil juga le walaupun tak ada lansung  bunyi akademik. Ini abstraknya...he...he...he


Siap saje hanto pada supervisor untuk disaring sebelum dipanjangkan kepada penerbit UUM. Depa suruh saya pendekkan daripada 20 halaman kepada 15. Saya kata tak boleh nanti tak ada kesinambungan. Mind you, ini bahan sejarah complete dengan rujukan. Lepas tu, tak pula dengar apa2 berita dari supervisor. Harap2 depa  terima seadanya le, wallahualam.  

Ahad, 14 Jun 2015

Ops Mekong

Masa kerja bawa Nuri dulu, saya sebenonya kan kisah sangat tentang operasi-operasi yang saya sendiri terlibat. Kena detail untuk terbang....terbang. Kalau tak kena detail....tunjuk muka welfare kat Flight Commander supaya nama saya  dipertimbangkan...he...he....he. Jadi, ingatkan bila Nuri FM1715 kena tembak pada 26/4/76 yang mengorbankan 11 anggota PK, kisah tu tamat sajalah.

Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.

Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.




Sumber: Muzium PDRM 

Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.

Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).

Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.