Followers

Friday, July 17, 2009

Kad Kredit

Assalamuailaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini nak cakap sikit berkaitan kad kredit (KK). Topik ini telah banyak diperbincang diakhbar-akhbar aliran perdana dan tv. Mengikut cerita, ramai pengguna KK telah diistihar muflis. Ini satu malaputaka terutama sekali bagi golongan muda. Ada pihak mencadangkan agar bank-bank mengetatkan syarat-syarat untuk mendapatkan KK.

Sekiranya ditanya, saya tidak setuju dengan cadangan itu. Mengapa? Selain kemudahan berbelanja, penggunaannya MENGURANGKAN PERBELANJAAN saya. Bagaimana? Untuk menjawab soalan ini, saya ingin menekankan yang saya adalah seorang yang berdisplin (siapa lagi nak puji, masuk bakul angkat sendirilah).

Sebelum menjelaskan bagaimana, satu soalan kepada anda. Adakah anda percaya dan mempraktik peribahasa ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’? Sekiranya jawapan negatif dan anda bukan seorang yang berdisplin, jangan buang masa membaca coretan ini.

Bank-bank sekarang menawarkan KK mereka secara percuma, Visa dan MasterCard (MC). Saya melanggan KK CIMB Visa dan MC Petronas kerana akaun saya di CIMB. Saya menggunakan Visa dalam kebanyakan urusan, seperti membayar bil-bil elektrik, Celcom, telekom, Astro, kelab, dll. Objektif utama ialah untuk mengumpul ‘reward points (RP)’. Katakanlah, setahun jumlah RP melebihi 20,000 mata, saya akan tukarkan dengan baucer Petronas bernilai RM100. Ini bermakna dipenghujung tahun saya boleh mengisi petrol RM100=55 litre percuma. Siapa nak beri petrol percuma? Betul tak?

Untuk mengisi tangki petrol kereta pula, saya guna MC Petronas. Kad ini memberi rebat 2% keatas jumlah belian. Sebagai contoh, sekiranya bulan ini bil petrol berjumlah RM500, jumlah yang perlu dibayar ialah RM490, jimat RM10. Mungkin anda akan berkata, apalah sangat RM10.........tapi, cuba kira 1 tahun = RM120. Campur dengan RM100 baucer, anda dapat menjimat RM220! Siapa nak bagi...........!

Sepertimana yang saya katakan tadi, saya seorang yang berdisplin. Datang saja bil, semua jumlah beres diselesaikan tanpa satu sen pun berhutang. Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan kenaikan harga yang meroket, saya perlu berjimat.

Kemudahan sudah tersedia, mengapa tidak diekploitasikan demi untuk keselesaan saya. Anda macam mana?

2 comments:

zainal yan said...

NorIbrahim,
Saya sangat setuju dengan pendapat anda. Saya menggunakan 5 kad kredit tetapi diakhir bulan ini saya akan tutup kira kira dua kad kredit dan pakai tiga sahaja iaitu diners club, CIMB Master Card dan Standard Chartered Master Card. Kalau ada disiplin apa yang kita buat semuanya mnjadi, Insyallah.

nibs said...

Betul tu Zainal. Tepuk dada tanya selera.