Pengikut

Ahad, 9 Januari 2011

Ke mana Selepas SPM?

Ha...Sekarang nak jadi 'Kaunselor Pelajar' pula. Bukannya apa, baru-baru ni berjumpa dengan seorang mantan warga Tentera Darat. Sembang punya sembang, beliau bertanya pendapat saya tentang apakah pilihan untuk melanjutkan pengajian anak perempuan beliau apabila keputusan SPM diumumkan nanti. Menurut beliau, ramalan keputusan peperiksaan anaknya oleh guru tidaklah sampai 10A; adalah 2-3 A dan yang lain-lain B.

Sebelum itu, biarlah saya 'qualify'kan diri saya sendiri...Saya bukannya tahu sangat tentang perkara ini semua tetapi pandangan ini hanya berlandaskan kepada apa yang saya perhatikan. Saya mengandaikan pelajar tersebut TIDAK...
  • berjaya memasuki Kolej Matrikulasi.
  • bercita-cita untuk menjadi seorang 'profesional' seperti doktor, peguam, ahli farmasi, doktor haiwan. 
  • mampu untuk melanjutkan pengajian di IPTS.
Apakah pandangan saya sekiranya pelajar berkenaan ditawarkan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 dan mengikuti pengajian Diploma di Politeknik? Pada saya, eloklah meneruskan pengajian di politeknik. Lihat aliran carta berikut...
Sebabnya? Selepas 3 tahun, pelajar mendapat segulung 'Diploma'. Katakanlah beliau mengambil Diploma Mekatronik. Peluang mendapat perkerjaan lebih cerah kerana beliau mempunyai KEMAHIRAN. Apa  kemahiran yang ada pada pemegang Sijil STPM? Sekiranya  berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke tahap ijazah,  beliau berpeluang mendapat pengecualian Tahun Pertama...ini bermakna beliau memulakan pengajian di Tahun Kedua. Tapi, ingat, mesti dapat sekurang-kurangnya CGPA 3 untuk mendapat keistimewaan ini. Justeru, tiada sebarang 'kerugian' diantara beliau dengan rakan yang mengambil STPM, malah beliau mempunyai 2 kelayakan - Diploma & Ijazah.

Dan yang paling asas sekali...STPM adalah 'external examination'. Cikgu yang mengajar bukannya yang menentukan soalan yang akan keluar dalam peperiksaan nanti. Sebaliknya, di politeknik, sekiranya pelajar tersebut memberi fokus sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh pensyarah, rasanya susah untuk gagal bagi melayakkan mendapat diploma itu nanti. Kalau asyik nak merempit saja...jangan buang masa, lebih baik beri tempat itu kepada mereka yang betul-betul mahu melanjutkan pengajian.

Polimas Jitra pada 8 Jan 2011 jam 0747

Jangan katakan apa yang saya tulis ini semua orang sudah sedia maklum. Ibu-bapa mengandaikan 'Kaunselor Pelajar' sudah pasti memberitahu anak-anak mereka pilihan yang ada. Betulkah andaian tersebut? Saya diberitahu oleh seorang guru satu cerita tentang seorang murid yang mendapat tawaran seperti yang dibincangkan di atas. Guru Kaunseling menasihatkan pelajar tersebut untuk belajar di Tingkatan 6. Tak sampai beberapa bulan, beliau menghadapi masalah untuk mengikuti pengajian. Nasib menyebelahinya kerana pengajian di politeknik belum bermula. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari Tingkatan 6 dan memasuki pengajian diploma di Polimas. Apa yang merugikan ialah dari segi kewangan. Kesilapan memilih aliran ini melibatkan kos di Tingkatan 6 dan kemasukan ke politeknik. Bagi orang berada, OKlah, tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan...bagaimana?

Ada cerita lagi. Seorang pelajar memberitahu beliau berhasrat untuk mengambil 'Aeronautical Engineering (AE)'. Memang membanggakan. Mengapa minat bidang ini? Kerana nak jadi jurutera menyenglegara kapal terbang! Terdiam saya dibuatnya. Dengan pengetahuan saya yang cetek ini, saya memberitahu beliau untuk menjadi Licensed Aircraft Maintenance Engineer (LAME) tidak perlu jurutera berijazah (degreed-engineer); AE bukannya secara automatik menjadi seorang LAME.  Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Civil Engineering. Diantara AE dan LAME, yang paling laris dalam pasaran ialah LAME...macam pisang goreng! Ramai LAME warga Malaysia berkhidmat di Dubai; seorang kariah surau di taman perumahan saya berkhidmat dengan SIA, Singapura.

Para Pelajar...Fikir-fikirkanlah. Nak tahu apa pula pandangan 'Consultant' serba tahu ini jalan yang terbuka untuk mereka yang kurang berminat dalam pelajaran dan apa peluang yang ada untuk mereka ini? Tanyalah...saya akan cuba menjawabnya dengan sedaya upaya, InsyaAllah. FOC...He...He...He.

Saudara Katon Tin-Ton...Terima kasih kerana sudi melayan kerenah mejar pencen yang meminta pertolongan membuat carta di atas.

7 ulasan:

Katon Tin Ton berkata...

sama2 tuan

dari pengalaman saya pula, ibubapa kena memainkan peranan se maksima yg mungkin. Sejak awal lagi anak2 harus di perhatikan apakah minat mereka sebenarnya. Kalau mcm saya dulu, bila dah kerja, baru tau sebenarnya ELETRONIK bukanlah sebati dgn jiwa tapi mungkin CIVIL atau MECHA....

Bila dah tau, apa bidang anak tersebut, baru lah boleh berbincang dgn beliau dan seterusnya mengkaji apa WHAT IS THE NEXT STEP.

Mcm mejar kata, nak jadi AE tak perlu ada ijazah. Sama cam nak jadi PILOT (betul ke?).

Nak jadi Engineer pun especially IR / CE just ambik exam dgn Eng Council pas tu bla bla bla dapat la title IR.

Even, kalau anak cenderung ke arah keagamaan, lagi bagus. Hantar ke sek tahfiz etc. Tapi yg berlaku sebaliknya pula. Sek agam, tahfiz, pondok etc dijadikan alternatif terakhir kalau nampak anak dah tak ada hala tuju ...

Ni yg ramai org melayu tak tau. Yang depa tau anak kena masuk U, keluar U kerja besar, pas tu huloq kat mak bapak tiap2 bulan boleh canang keliling kg lagi. Tetapi, sengsara anak, sapa yg tau?

Ingat, memberi pendidikan (dunia/akhirat) kpd anak adalah tanggugjawap ibu-bapa. Bukan sekadar memberi pendidikan untuk mendapat 'keuntungan' di kemudian hari. Ramai ibubapa yang menjadikan anak sebagai 'modal' jangka pendek (dunia) tapi bukan modal jangka panjang (akhirat).

Wallahualam tepuk dada tanya selera

Tanpa Nama berkata...

salam tuan..

saya bersetuju dgn pendapat tuan ttg buat diploma jika dibandingkan dgn STPM..at least dh ada kemahiran utk kerja sekiranya tak minat nak study lg..well i am a father to 2 small girls and intent to let them decide what they want to be..i will guide them to achieve their ambitions..my eldest girl have showed some tendency of becoming a pilot..

Tanpa Nama berkata...

salam untuk semua,
Bidang kemahiran sangat sesuai untuk mereka yg tak begitu cenderung kpd akedemik...boleh coba www.unikl.edu.my.

abu muaz berkata...

setuju dengan katon ...
saya ada pengalaman itu semua kerana anak saya ramai... dan terlibat dengan pelbagai bidang pengajian.
boleh untuk berkongsi pengalaman.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Katon Tin Ton,

Benar, nak jadi pilot tidak semesti ada segulung ijazah. MAS, Air Asia, dll syarikat penerbangan tidak meletakkan ijazah untuk membiayai kadet mereka bagi mengikuti kursus penerbangan. Sama juga mereka yang berminat untuk menjadi pelaut. Kelayakan untuk menyertai kursus di ALAM hanyalah SPM sahaja. Tetapi, mulai 2011, TUDM menetap kadet mereka MESTI mempunyai ijazah untuk pegawai TUDM, termasuk pilot.

Memang betul apa yang anda katakan. Saya mengetahui seorang pelajar yang minatnya adalah bidang agama tetapi ibu-bapa mahukan anak mengambil bidang lain. Sianak mendapat biasiswa JPA untuk mengambil A level di UK. Lulus saja, ambil pengajian Perakaunan. Kerana tiada minat...balik kampung!

Saudara Anonymous 9:30am,

Berikan galakan kepada anak anda. Nasihat saya, asahkan subjek-subjek terutama English, Matematik, Sains (Physic)dan yang paling penting...KESIHATAN. Di era saya, mereka yang memakai cermin mata boleh lupakan saja untuk menjadi pilot. Selepas berjaya mengikuti kursus, OK kalau terpaksa pakai cermin mata. Itu dulu, sekarang Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

pengalaman sy sebagai seorang lepasan diploma dari politeknik di selatan tanah air..

kalau agak2 result SPM tu suam2 kuku je.. better trus ke politeknik.. modul pembelajaran di politeknik sekarang agak komprehensif berbanding zaman saya dulu... kemahiran + akademik.. kalau tak silap saya, tahun ni dah start Advance Diploma di peringkat politeknik..

di pihak industri pula, contohnya sy lebih menekankan aspek inter-personal pelajar.. Attitude, communication skills, ect..ect.. kemairan kerja kita boleh ajar... tp attitude sendiri punya habit... sy pernah interview seorang lepasan student dari luar negara (CGPA malatop..).. sgt mendukacitakan sb apa yg di present tak menggambarkan beliau seorang degree holder.. dan jawatan tersebut diisi oleh seorang lepasan ILP...

apa2 pun, pelajar tersebut dan ibu bapa perlu peka dengan minat atau kelebihan diri sendiri... jangan jd lalang.. ikut apa yg orang cakap.. "KERJE TU BAGUS, DAPAT GAJI RIBU2..." akhirnya... ditakuti setengah jalan saja.. Wallahualam....

Are-Nep

Tanpa Nama berkata...

Admin, ,cmNe nk jdi tentera lauT? Tlg jelaskan start dri PmR smpai lah bleh jdi tentera lauT.. Sy nk sgt jdi tentera lauT,so ape yg pRlu sy cApai? N ape bidang yg pRlu sy ambil slepas sPm?