Followers

Thursday, January 27, 2011

Semua Dah Pudar!

Setiap kali hendak mengeluar wang simpanan  ASB atau simpanan Tabung Haji, saya akan menghadapi masalah... 'Scanner' cap jari tidak sama dengan cap jari dalam kad pengenalan (KP)! Staf institusi kewangan terpaksa membuat salinan KP sebelum pengeluaran dibenarkan. Itu masih OK lagi. Ada bank tertentu mahukan pasport atau sijil lahir sebagai pengesahan.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah pergi ke JPN pada 20 Januari 2011 untuk membuat aduan. Mula-mula staf berkenaan mengatakan cip pada KP dah rosak. Untuk buat baru, kena caj RM10. OK, no problem. Untuk buat baru, kena ambil cap jari dengan menggunakan scanner lagi. Seperti yang dah dijangka, cap jari tak sama dengan dalam KP. Dipendekkan cerita, JPN Kubang Pasu terpaksa menghantar ke JPN Alor Setar yang akan memajukannya ke Putrajaya untuk pengesahan. Saya dimaklum, Alor Setar akan menghubungi saya dalam masa 3 minggu. ITU KATA MEREKA...betul ke? Tak apalah, janji saya boleh guna 'Dokumen Pengenalan Sementara'.

Member kata '...entah-entah engkau ni alien dari outer space agaknya'...He...He...He. Dah senja ni, cap jari pun dah naik 'pudar', ingatkan ianya hanya melibatkan rambut saja. Tapi tak apa, ini hanya satu putaran hidup dan saya bersyukur kerana dapat mengalaminya. Bukan saya seorang saja yang menghadapi masalah ini...ramai lagi. Sekurang-kurang boleh juga menceritakannya.

Sesiapa ada masalah sama seperti saya? Jika ada, dicadangkan pergi buat KP baru.

8 comments:

Anonymous said...

Cip Mykad mmg tak tahan
saya pun mengalami kerosakan yang saya

Anonymous said...

saya pernah pg jpn ambik mykid anak.ada sorang apek minta tlg scan samada dia kristian atau tidak. dia risau kut jpn silap catat dia islam.

Anonymous said...

Ye ke...

Anonymous said...

kerosakan tu pada asasnya bukan kualiti saja tp pada kecanggihan aplikasi yg disediakan spt lesen, medical, bankcard, touch & go etc dlm satu kad.....ia perlu banyak layer..kita harap ianya akan lebih baik dan tahan lama. Tindakan sementara sampulkan dgn plastik atau asingkan dari kad lain untuk mengelakkan geseran.

Darth Trust said...

Mejar.

Tuan selalu membuat kerja keras menggunakan tangan ke? Kulit jari mengelupas jika selalu basah.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Darth Trust,

Memang benar saya kerja keras mengguna tangan...hayun golf clubs 3 jam sehari untuk 6 hari seminggu. He...He...He.

Anonymous said...

saya baru buat i/c tadi..sebab cip rosak jugak.ade masalah cap jari. tak compatible dgn cap jari dekat i/c lame..die kate mybe mase sy 12 tahun cap jari sy rosak. so saya nak tau, lame tak encik tunggu nak dapat i/c baru tu?sy risau jugak.sy nak kena pegi luar negara.takut ade masalah masa buat passport.orang tu kata pusar kat cap jari saya pecah2.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Kalau tak silap saya, kat Jitra ambil lebih kurang 1 bulan kerana semua hantar ke KL. Itu pun saya kerap menghubungi mereka bertanyakan status. Semasa membuat IC baru, mereka berjanji akan menghubungi saya dalam masa sebulan....jangan haraplah! Baik anda hubungi mereka.