Followers

Wednesday, January 19, 2011

90Km/J Ke Sawah Padi

Saya telah menge-mel coretan ini kepada pihak PLUS. Terkejut juga bila menerima respons berikut....sungguh tak disangka konglomerat ini peka juga terhadap aduan pengguna perkhidmatan mereka...!! 

Thursday, 13 January 2011 9:10:33 
Re: 90Km/J Ke Sawah Padi
From: Customer Relationship
To: nibsny@yahoo.com
Cc: Husni Bin Mohd Yusof
Tuan,









Pihak kami dengan segala hormatnya merujuk kepada maklumbalas daripada tuan yang kami terima melalui e-mel pada 4/1/2011 berkenaan perkara di atas.

Untuk makluman tuan, pihak PLUS telahpun menjalankan siasatan dan lawatan tapak ke lokasi yang dilaporkan, didapati lokasi yang dimaksudkan terletak di dalam kawasan kerja-kerja menaiktaraf turapan jalan dari Km 40.8 hingga Km 38.6 Arah Utara. Kerja-kerja penurapan jalan tersebut telah mula dilaksanakan pada 21/9/2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada 20/1/2011.

Untuk pengetahuan tuan, apabila adanya kerja-kerja menaiktaraf di lebuhraya maka kawasan tersebut akan digazetkan sebagai kawasan pembinaan. Sehubungan dengan itu, had laju kawasan tersebut akan dikurangkan dan papan tanda had laju sementara diletakkan bagi tujuan keselamatan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lebuhraya, maka pihak PLUS telah menutup serta mengalihkan sementara papan tanda had laju yang sedia ada.

Pihak PLUS ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan berharap semoga pihak tuan berpuashati dengan penjelasan yang kami telah berikan seperti di atas. Maklumbalas yang pihak tuan berikan amatlah kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang benar,

Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Pemasaran
PLUS Expressways Berhad

...Sungguh jauh bezanya dengan sikap pihak berwajib tertentu yang tidak langsung prihatin terhadap aduan pelanggan walau pun aduan dibuat melalui media massa seperti ruangan Forum iniAgaknya, dalam pemikiran mereka...'asyik-asyik komplen saja...tak ada kerja lain ke. Peduli apa...tiap-tiap bulan gaji gerenti dikredit dalam akaun bank'. Memang betul tanggapan segelintir penjawat awam ini...janji gaji masuk.  


Ini gambar mutakhir yang saya 'tangkap' selepas membayar tol di Hutan Kampung menuju ke arah Bukit Kayu Hitam. Terdapat notis had laju yang baru dipacak...

Pihak berwajib tertentu...Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

Abah said...

Salam tuan,

"Terdapat notis had laju yang baru dipacak..."

Maksud disini adakah setelah isu saman dan pembayaran saman telah dilakukan, atau sebelum itu. Adakah sasaran saman yang dikeluar telah mencapai sasaran yang dikehendaki, maka simbol 60 itu dipamerkan?

Klaus diatas adalah sesuatu pelik dan aneh.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Abah,

Had laju selepas rumah tol Hutan Kampung menuju ke arah Bt Kayu Hitam ialah 90Km. Olehkerana permukaan jalan sedang diturap, maka had laju sementara ialah 60Km. Sebelum saya menulis kepada PLUS, notis 90Km telah dikalihkan. Ini bererti, tiada notis had laju.

Berkaitan dengan notis had laju 70Km di jalan Alor Setar/Kepala Batas, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berwajib. Sapa-sapa yang kena saman boleh 'challenge' kesahihan saman tersebut kerana tiada sebarang notis had laju sekiranya menuju ke Alor Setar/Kepala Batas dari arah Gunung Keriang.