1000 naskah
Kulit hadapan
Kulit belakang
Harga: RM40+RM5 (Pos Ekpres)=RM45 senaskah.
Pos Ekpres: 2 naskah=RM9.
Sesiapa yang berminat, sila kredit amoun dalam akaun CIMB 0210-0001938-20-2 di atas nama NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN. Kemudian, sila sms atau e-mel saya memaklumkan amoun telah dikredit dan alamat di mana buku hendak diposkan. Saya boleh dihubungi di 019-4744849.
26 April 2011...Saya telah menghantar sms kepada rakan-taulan memaklumkan berita ini. Syukur Alhamdulillah, ada yang telah mengkreditkan amoun dalam akaun tersebut. Saya akan 'Pos Ekpres'kan buku kepada mereka esok (28 April), Insya-Allah. Kalau mengikut jadual, mereka akan terima pada Jumaat. Kalau dialamatkan ke pejabat, sudah pasti mengambil masa kerana dari CRDO KEMENTAH (Collect, Receive & Despatch Office) mengambil masa untuk naik lift ke pejabat penerima.
Saya akan berada di Stadium Sultan Abdul Halim (Stadium Suka Menanti) pada 29/30 April 2011 sempena Ekspo Perdagangan Melayu. Pihak Penganjur telah bermurah hati memberi saya sebuah meja di Kiosk Pendaftaran untuk mempromosikan buku ini.
Ingin saya membuat pengakuan di sini bahawa buku ini adalah pengalaman pertama saya sebagai penulis. Jadi, faham-faham sajalah...bukan seperti "A Doctor In The House"...almost there but not quite...! He...He....He. Saya pasti akan menerima banyak kritikan tetapi saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan fakta, kekasaran bahasa atau apa-apa yang mungkin menyinggung perasaan individu-individu tertentu. Percayalah....Tidak terlintas di hati untuk berbuat demikian.
Dan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca di atas sokongan anda semua. Tanpa galakan dan sumbangan dalam berbagai bentuk, termasuk bahan cerita, gambar-gambar, dll, mungkin buku ini tidak diterbitkan.
23 ulasan:
Salam Tuan !
Syukur Alhamdullillah! hasrat MURNI yang terbit dari HATI yang SUCI pasti di makhbulkan Allah SWT....kita Hanya perlu berusaha BERSUNGGUH2 dan berdoa kpd ALLAH SWT.....akan di pemudahkan segalanya .....Tuan tak pernah PUTUS ASA....satu tabiat yang amat terpuji...Nah Allah capaikan HASRAT dan impian menjadi kenyataan....TAHNIAH!
Kekurangan dan ketidak sempurnaan ADA lah sifat Makhlok...usah berdukacita...yang penting SATU lagi DOKUMEN sebagai bahan RUJUKAN....kpd yang berminat dan PEKA...!
Akan saya bantu semampu mungkin utk Buku kedua,Insyaallah!
Selamat pagi Tuan,
Tuan, saya ingin membeli senaskah buku tersebut. Adakah fee charge penghantaran masih RM5 kerana saya tinggal di Sri Aman, Sarawak?
Luke
Salam Tuan,
Sy sangat berminat untuk mendapatkan se Naskah Coretan Xnuripilot ini.. saya cuma ingin bertanya..berapa helai muka surat yang terdapat dalam Coretan Xnuripilot...
Taniah Tuan, hasrat tuan berjaya juga. Saya akan hubungi tuan melalui sms untuk sesalinan selepas saya membuat bayarannya.
Apa kata kalau tuan buat kemunculan di Pesta Buku Malaysia yang sekaramg ini sedang berlangsung di PWTC KL. Mungkin lebih ramai orang akan berpeluan memiliki buku tuan, InsyaAllah...
Salam Tuan
Tahniah di mana akhirnya muncul juga buku yg dinanti-nantikan.
Tak sabar menanti ketibaan buku tersebut.
Kalau dah sampai nanti, saya akan maklumkan pada Tuan.
Congratulation SIR!!!...
salam tuan,
dgn pantas jap lagi,sebelum matahari terbenam sy akan bank in kan.tuan...boleh tuan tenyeh autograph sket x?
tahniah dan jangan risau bab kritikan orang...
Salam Tuan,
Tahniah diatas penerbitan buku. Keberanian, kegigihan dan usaha ini adalah satu usaha yang cemerlang. Moga berjaya.
http://perkasapetaling.blogspot.com
Saya menyenaraikan blog tuan didalam senarai blog menarik dilaman blog saya.
Saudara Semua,
Hanya terima kasih yang termampu saya ucapkan.
Saudara Luke,
Pos Ekpres mengenakan bayaran yang sama tetapi mengambil 3 hari berkerja untuk diteriman.
Saudara za_ahmad,
Terima kasih.
Saudara Anak Watan,
264 muka surat.
246 muka surat...sangat bebaloi dengan harga yang Tuan tawarkan. insyallah jika tiada aral melintang. berkat hari jumaat saya akan m'buat pembayaran seperti apa yg perlu dilakukan.Terima kasih tuan
Squad,
Congratulation! At last you got the book published. Sure, I'll be buying the book. Will get back to you soon.
Alamak!!!...
Dlm dok close monitor menggunakan pelbagai jenis radar canggih mengenai perkembangan penerbitan buku tersebut, boleh terlepas pandang jugak.
Sekarang jugak saya akan pastikan senaskah buku tersebut ditempah dan dihantar. Click here, click there, itulah perbankan internet. Mudah....
Campur hari bekerja dan cuti Hari Pekerja ni, nampaknya minggu dopan jer la saya bakal dapat. Bior lewat asalkan dapat, heheeheee....
Sebelum terlupa
Tuan
T A H N I A H ! ! ! . . .
Satu lagi Tuan...
Don't worry on the comments about the book. Some how or rather, you need to break the ice and make the ball rolling.
Barang baru musti ada defectnya yg mana improvement can always be done in your next publication, Insya-Allah. Model baru kereta pun ada kecacatanya tambah-tambah lagi kereta Proton. Heheeheee..... Jgn mareh!
Take all the comments as constructive.
Saudara Sanusi & Squad,
Terima kasih.
tahniah...bertambah lagi satu khazanah ilmu untuk anak cucu akan datang.
Salam tuan,
Tahniah dengan kelahiran koleksi yang boleh menjadi sumber khazanah sejarah ketenteraan negara kita. TAHNIAH tuan!!!
Saya akan berhubung dgn tuan nanti hajat dihati memang nak memiliki koleksi ini..
walau dengan apa cara sekalipun , saya akan berusaha mendapatkan paling tidak ..senaskah buku ini !
kepada rakan taulan , para pelajar , para anggota yg masih bertugas , anggota keselamatan negara walau dalam cawangan dan nama apa sekalipun ..seharusnya memiliki buku ini , tiada ruginya membeli senaskah buat ilmu generasi seterusnya !
saya akan memilikinya !!
Saudara Semua,
Terima kasih.
salam,tuan.
masih ada stok lagi ke buku ni???
kalau ada saya nak beli...
Waalaikumussalam,
Terima kasih kerana berminat membeli buku saya. Maaf, sekarang ini tiada lagi stok.
Catat Ulasan