Pengikut

Sabtu, 9 April 2011

"Humble Hut"

Dalam bukunya, 'A Doctor In The House', Tun Dr Mahathir menyatakan salah satu keputusan paling PENTING dibuatnya sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri ialah mengistihar Terumbu Layang Layang sebagai hak milik Malaysia (ms 343). Beliau kesal 'Amboyna Cay (AC)' telah terlepas kepada Vietnam. Sebelum ini, beliau telah mencadangkan agar Malaysia menuntut AC kerana ia paling hampir dengan Malaysia. Tetapi saranan beliau tidak diterima dengan alasan untuk mengelak 'perselisiham faham' dengan negara lain. Akhirnya, Vietnam telah menduduki terumbu tersebut.

Ikuti cerita beliau tentang Pulau Layang Layang berikut (klik untuk membaca)...

Inilah rupanya 'humble hut' yang dimaksudkan...

'Humble Hut' Diberi Penghormatan Sebagai Hotel Untuk Perdana Menteri

1983 saya adalah Ketua No 5 Skuadron dan saya tak terlibat dalam misi tersebut. Mungkin ketika itu saya sedang menunai fardhu haji. Yang pasti, pada 8/9 Februari 1984, saya telah membawa PTL dan PANGUD untuk bermalam di sana. Semasa itu kemudahan  penginapan   ini  telah siap untuk anggota PASKAL. 

Sementelah bercakap pasal Pulau Layang Layang, kalau diizinkan Allah, dalam buku ke2 nanti, salah satu bab ialah tentang Pulau tersebut & Kem Gubir. Saya bercadang untuk memuatkan gambar-gambar sahaja...macam buku 'coffee table' hanya ditukar kepada 'Bab' tea table (macam photo album)...He...He...He. Sebagai contoh, dari hanya sebuah atol di Laut China Selatan sehingga menjadi sebuah pulau. Sesiapa yang ada menyimpan gambar-gambar terbabit, seperti gambar 'humble hut', dan sudi berkongsi bersama, harap e-mel kepada saya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan... saya ada menerima beberapa keping gambar ketika operasi SAR nuri terhempas di genting sempah. sudi kiranya jika tuan dapat email kn kpd saya alamat email tuan. utk saya pos kan gambar2 tersebut.

email saya..

senapangpatah10@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Ohtidak.com ada siarkan..camna boleh terlepas?

VAPUTIN berkata...

Dear Mr. Nor Ibrahim
Thank you very much for interesting information about Spratly islands

Mej Dr Nor Ibrahim Bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear VAPUTIN,

A pleasure.