Pengikut

Jumaat, 15 April 2011

Lt M Abdul Hamid SP

Pembaca....Saya telah memohon agar Lt Kol Basri Omar (B) scan dan e-mel cerita tentang squad-mate beliau, arwah Lt M Abdul Hamid SP, yang terdapat dalam buku Lt Kol Dr Syed Othman (B) - "Pahlawan Tanahair". Apa yang tertulis di pusara ini terlalu ringkas untuk dihayati. 


Sesiapa yang tidak mengetahui tentang keperwiraan salah seorang wira negara, inilah kisah Lt M Abdul Hamid (klik untuk membaca)....







Lt Kol Basri Omar (B) dan Lt Kol Dr Syed Othman...Terima kasih.

Nota: Maaf kerana susah untuk dibaca walaupun setelah diperbesarkan.

12 ulasan:

DEN COMANDO berkata...

Tuan terimo kasih kerano menghebahkan maklumat-maklumat yang macam nie..

mangchikla berkata...

tekan 'ctrl' dan '+' serentak utk membesar dan 'ctrl' dan '-' serentak utk mengecil.

Tanpa Nama berkata...

Sir,
Kedua-dua buku Pahlawan ATM tersebut masih ada bersama saya walaupun telah meninggalkan perkhidmatan selama 11 tahun. Dari blog tuan juga saya dapat tahu waris Arwah Lt M Abd Hamid yang masih tinggal adalah ibunya yang sekarang ini mencecah umur 95 tahun. Bapa dan kedua-dua adiknya juga telah pergi kerana ibunya sekarang ini tinggal bersama cucunya. Saya tidak dapat membayangkan kesedihan ibunya setelah kesemuanya orang yang disayanginya telah pergi. Harus juga ibunya mendapat award Ibu Mithali kerana melahirkan seorang pahlawan negara yang terbilang. Anyway masa service dulu saya pernah served dengan skotmate Arwah Lt M Abdul Hamid back in the 90's. Masa pangkat mereka Mej and Lt Kol and his name was mentioned in the conversation. One of them was Mej Mohamad Sultan (RRD) who was the SO2 of 11 Div Strategic HQ. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan pahlawan-pahlawan islam zaman silam.

Capt (Retired)
REME Corps
Army

Tanpa Nama berkata...

Sir,
Sblm terlupa, cerita yang agak kurang dalam blog tuan ni, regarding Arwah Lt M Abd Razak Hussain and Mendiang Kapt Mohandas Chandran. Cerita dari buku Pahlawan ATM tu memang saya dah baca. What about other things such where they were buried, photo of their grave, waris mereka yang masih ada. Maybe ada orang yang boleh memnberikan maklumat. Perkembangan terkini telah pun diperolehi melalui blog tuan Arwah Mej Zainal Abidin Abd Rashid and Arwah Lt M Abd Hamid Ismail. Even through link blog tuan ni, I was informed that the family of the Late Kapt Shanmuganathan AL Arampoo PGB, had the photo of him hang on the wall accompanied by Rjr (sorry I forgot the name - a chinese converted) who was his batman and also killed trying to save him. Acording to the writer that was how the family pay their respect to the fallen heroes regardless of their races and religion.

Capt (Retired)
REME Corps
Army

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya sedia mengeposkan cerita tentang wira-wira sekiranya ada sesiapa yang sedia kongsi bersama. Saya sendiri ingin mengetahui cerita arwah Lt M Razak Hussain yang terbunuh di Sarawak (kalau tak silap arwah dari 8RAMD). Arwah adalah squad-mate saya.

trooper_knife berkata...

Tuan,

kedua-dua buku PAHLAWAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA JILID 1 DAN 2 telah berada didalam simpanan saya hampir 10 tahun. kedua-dua buku ini adalah antara buku-buku yang saya sayang. sebab rare dan yang lebih mahal lagi nilainya apabila tahun lepas saya telah berjaya mendapatkan tandatangan penulis buku ini iaitu Lt. Kol. (B) Syed Othman Syed Omar.

saya percaya, ada banyak lagi kisah-kisah pahlawan dan perwira negara yang tidak diketahui umum dan masih belum dibukukan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Sir,
You are correct, Arwah Lt M Abd Razak bin Hussain was commissioned into the 8th RAMD Bn. Was KIA in 1970. Correct me if I am wrong, he was the first recipient for the battle against CPM in the 2nd phase of darurat. Before 70's or in the 60's most of the recipient were for contact with the Indonesian army. His medal was received by his elder sister and that was the last remark for him in the book. A heroic young man died for his country. By now if he were still alive, should be in the 60's.

Capt (Retired)
REME Corps
Army

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Capt (R),

My intake mates are well over 62+ by now. If I'm not mistaken, CPM activities were confined in Peninsular Malaysia only. PKS (Parti Komunis Sarawak) was totally a separate entity under Bong Kee Chok. On 21 Oct 1973, he signed a Memorandum of Understanding with the state government ending his struggle to make Sarawak a communist country. The signing ceremony took place at Simanggang, now known as Sri Aman.

I'm not sure whether arwah 2Lt Razak was the first army officer being killed by PKS or the first recipient of SP in Sarawak.

zulfatah berkata...

salam tuan,
Parti komunis sarawak same ke dgn Parti Komunis Kalimantan Utara?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Zulfatah,

Saya ni bukannya tahu sangat tentang parti komunis yang beroperasi di Sarawak. Apa yang saya tahu ialah PKKU adalah gabongan beberapa parti komunis yang wujud di Borneo. Missi PKKU yang ditubuhkan pada 30 Mac 1970 ialah untuk mewujudkan suatu revolusi komunis di seluruh Kalimantan Utara (Sabah, Sarawak & Brunei).

Namun demikian, perjuangan mereka tidak mendapat 'sambutan' rakyat dan juga Pasukan Keselamatan terus menggempur mereka. Akhirnya, perjanjian perletakan senjata termeterai di antara Kerajaan dengan PKKU pada 17 Okt 1990 di Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya, Kuching, Sarawak. Sila rujuk "PEMBERONTAKAN BERSEJATA KOMUNIS DI MALAYSIA" oleh Mohd. Reduan Haji Asli.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas usaha sebesar ini , menulis dan menghebahkan para perwira negara kepada umum yg semakin lupa dan melupak jasa serta diri manusia2 yg bergadai nyawa untuk mewujudkan keamanan yg ada kini !

dalam ribuan pesara tentera yg ada , berapa orang yg mampu membuat kerja2 sebegini ? dimana yg lain ?

teruskan usaha Tuan , semoga allah mengurniakan kesihatan yg baik kepada tuan , semoga usaha Tuan ini menjadi pedoman dan panduan kepada generasi muda seperti saya , buat kenangan dan peringatan bahawa kemerdekaan dan kemanan yg ada kini bukan datang secara percuma tapi dibayar dengan harga yg mahal , dengan nyawa orang yg tersayang , dengan keringat yang tidak pernah kering !

Semoga Allah memberkati Tuan dimana saja berada ..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Sayang sekali banyak pengalaman yang tidak ternilai harganya akan lenyap sama sekali apabila mereka yang terlibat pergi menyahut panggilan Ilahi nanti.