Sudah tentu keadaan ini tidak menyenangkan pihak 'Polis Dunia'. Mereka sedia meronda di perairan tersebut bagi memastikan 'keamanan' di kawasan tersebut, jika perlu. Silap percaturan, masalah besar kepada negara-negara berkepentingan, termasuk Malaysia.
Pengikut
Ahad, 17 April 2011
Menjadi Rebutan
Masih lagi kisah atol di kepulauan Spratly ini. Rakyat yang berfikir 'apalah sangat yang diheboh-heboh pulau-pulau ini...after all, hanya batu karang sahaja'! Harap janganlah sesiapa berfikiran sedemikian. Mungkin ramai yang terlepas baca (mungkin tidak berminat topik sebegini) bahawa tentera laut negara China dan Vietnam pernah bertembung di Laut China Selatan mengakibatkan kehilangan nyawa kerana tuntutan bertindih terhadap salah sebuah terumbu yang diduduki oleh Vietnam. Mutakhir, Filipina telah menghantar protes ke PBB terhadap China yang 'merayau-rayau' di terumbu mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
Menjadi rebutan kerana Spratly di jangkakan mengandungi deposit minyak dan gaz yang mungkin merupa sumber yang amat bernilai di masa depan..
pertahankan kedaulatan negara!! jangan jadi macam isu pulau batu puteh lagi.
mmng tegang kawasan nie, PM dtg melawat pulau lyng2 pon negara lain yg terlibat mmbuat tuntutan da melenting, isu spratly sahaja boleh cetuskan perang
kita jangan mudah menyerahkan segala hak kita. kedaulatan mesti dipertahankan hingga titisan darah terakhir cumanya orang politik berkepentingan saja yang tidak minat untuk berjuang hingga titisan darah terakhir.
Bumi sudah jadi semakin kecil dan tidak mencukupi untuk manusia sehingga batu sekecil karang yang timbul ditengah lautan akan menjadi rebutan sesama jiran. Tidak semudah itu untuk kita mengaku sesuatu itu hak kita bila hak itu tidak mutlak untuk kita menuntutnya tanpa menyinggung jiran2 kita yang selama ini juga menuntut hak keatas titik yang sama, walau sekalipun kita melaungkan jihad untuk mempertahankan apa yang kita kata hak kita, jiran2 kita yang berebut itu juga akan melaungkan jeritan yang sama keatas kita. Kalau kita melaungkan perang maka mereka juga tidak kurang takut untuk melaungkan perang kalau itu yang terpaksa dilakukan oleh manusia bila bukan sahaja bangsa kita yang sanggup mati demi negara tapi mereka juga sanggup mati demi negara mereka. Dari dulu pun manusia memang sanggup berperang hanya untuk apa saja perkara yang mencabar kedaulatan negara masing2, bukan saja atas perkara tanah malah atas sebab seorang perempuan pun manusia sanggup berperang seperti kisah The Trojan Horse.
Dalam soal tuntutan hak, kita pernah menang dengan Indonesia dan Filipina dan pernah kalah dengan Singapura, namun tidak berlaku apa2 perang pun selain mungkin hanya perang saraf. Bila kita kata mempertahankan kedaulatan negara, kita hanya mudah berkata2. Bila orang baru menuntut hak kita tapi belum mendudukinya kita kata pertahankan kedaulatan negara, tapi bila Pulau Batu Putih (Pedra Blanca) yang telah "diduduki" oleh Singapura pun kita tak sanggup berperang, jadi kita ni apa?
Tuan
Hakikatnya, setiap negara menuntut hak ke atas sesuatu kawasan sekiranya boleh memberi keuntungan kepadanya samada dari segi ekonomi ataupun ketenteraan dll.
Sama jugak dgn pulau ni. Kedudukannya yg strategik ditambah pula kononnya ada deposit sumber alam, semestinya menjadi rebutan banyak negara di sekitarnya.
Sebagai respon cepat kepada persoalan FMzam, mudah saja saya menjawapnya.... Klu kita berperang dengan Singapura hari ini, kelmarin dah kita kalah.
Just look at slot Discovery Channel (klu tak silap) bertajuk Every Singaporean Son... Ingat saja-saja ker slot itu ditayang. Ianya merupakan salah satu perang saraf dah tuuu...
This is the real national service bukan macam PLKN kita ni....
Saudara Kamal Sanusi: Itulah masalah kita sebelum berbuat sesuatu dah mengaku kalah. Tgk senjata lebih kita dah 'angkat bendera putih'. Persepsi tu kita kena ubah. Sebagai contoh Afghanistan, semasa Soviet menceroboh, mujahidin tidak mempunyai senjata yang canggih tetapi mereka ada sesuatu yang sukar diperolehi iaitu semangat. Mengenai rencana tu, tidak semua singaporean suka NS.
Salam Tuan
Mmg benar jgn kita mengaku kalah sebelum mencuba. Tetapi kalau dah dok nampak kita akan kalah, mengapa harus dimusnahkan negara ini yg telah dibina dengan susahnya oleh rakyatnya terutama those unsung heroes yg telah membuka jalan ke arah kesenangan hidup generasi muda sekarang ni.
Zaman sekarang, tidak perlukan kekuatan persenjataan utk menjajah, cukup dengan perang saraf, dan ekonomi saja. Lihat mental rakyat sekarang, kuat sangatkah kalau nak berperang ni. Dijolok ngan hiburan berlebihan, pil khayal, pun dan lingkup satu Malaysia.
Contoh Pulau Batu Putih, mudah saja Singapura menang di ICJ, mudah saja Malaysia kalah kerana tak prepare atau buat homework, asyik cakap mulut saja, documents or black & white tiada. Hakim di Malaysia saja yg terima itu sebagai bukti.
Bukan setakat jauh api dari panggang malah tiada api tiada panggang kalau kita nak bandingkan rakyat Malaysia dengan Mujahiddin.
Siapa yg suka NS mcm Singaporean? Mau tak mau, mereka kena jugak selama 2 tahun yg mana cukup utk mereka mengetahui strategi, kemahiran dan disiplin ketenteraan yg amat berguna klu ada perang.
NS kita ni, kena extra kawad pun dah riuh 1Malaysia.
PLKN di negara kita ni tak lebih dr taraf summer camp ajer
Salam tn
Teringat kata CO saya dulu, kita kalau x diancam kita akan ambil mudah terutama masa latihan tapi bila nyawa dah hujung rambut kita akan berjuang habis-habisan. Jadi apa2 pun x semua org terlibat dengan gejala yg saudara sebutkan cuma kita kena percaya masih ada org yang akan mempertahankan Malaysia sama ada awam atau tentera. Jadi kita buatlah apa yang patut untuk negara setakat mana yang mampu.
Gentlemen,
We dont need another issue like Batu Putih. We should be like the indonesian, lost to other countries is ok but not to Malaysia. So we must never loose to Singapore again. Do whatever it takes.
Capt (Retired)
REME Corps
Army
Salam tuan,
Saya ni betul-betul dah ketinggalan kapal. Sebenarnya puas nak ingat apa namanya blog tuan tapi tak dapat2. So bila dah dapat saya search betul2.
Tentang Kepulauan Spartly ini ada satu artikel yang menarik dan agak terperinci ditulis dalam Dewan Masyarakat terbitan DBP sekitar tahun 1987-1988. Saya membaca dengan penuh minat dan saya gariskan fakta-faktanya. (sekarang majalah tu entah di mana?)
Tentang Pulau Batu Putih memang sedih sebab terlepas ke tangan Singapura. Kita kalah kerana ketiadaan dokumentasi secara bertulis. Itu memang kelemahan orang-orang Melayu laa kot. Suka buat pengkisahan tanpa penulisan yang terperinci.
-jln. ledang ke kampung gelam-
salam tuan. alhamdulillah saya baru mnjejak kaki ke pulau ini seminggu yg lepas.sptratlys mmg ada potensi cetuskan pertelingkahan dgn negara2 jiran sbb kaya dgn sumber minyak dan gas.
Catat Ulasan