Pengikut

Sabtu, 23 April 2011

Nahas 13 Julai 2007

Sementelah bercoret tentang nahas pesawat sebelum ini, seorang pembaca, 'senapang patah', telah meng'emel'kan 15 gambar berkenaan sebuah Nuri yang ditimpa kemalangan pada 13 Julai 2007 dekat dengan Genting Highland di sini. Inilah kali pertama saya melihat gambar yang sungguh memilu lagi mengerikan.

Saya rasa memadailah disiarkan sebahagian sahaja gambar-gambar berkenaan untuk ditonton oleh mereka yang tidak berkesempatan melihatnya sebelum ini. Sesiapa yang berminat nak melihat lebih banyak gambar nahas tersebut, boleh klik di di sini.

Saudara senapang patah....Terima kasih.

Mutakhir (25 Apr 2022 jam 1317): Terserentak juga saya dibuatnya dengan komen 'Anonymous' yang mengatakan gambar-gambar nahas adalah 'rahsia' dan mesti meminta kebenaran pihak TUDM. Saya menulis blog kerana ingin berkongsi pengalaman yang mana mungkin boleh dijadikan satu pengajaran; tidak terlintas untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa tah lagi 'to get into unnecessary trouble'. 

Sebagai seorang yang bukan arif dalam ilmu perundangan, saya berpendapat gambar-gambar tersebut bukannya rahsia melainkan ianya adalah sebagaian daripada 'KEMBARAN'  kepada laporan Board Of Inquiry. Adakah anggota yang membuat operasi menyelamat diarah oleh pihak atasan supaya tidak mengambil gambar ketika melaksanakan tugas? Jika mereka engkar arahan ini, mereka boleh diambil tindakan sewajarnya.

Seterusnya, saya telah bertanya kepada seorang rakan. Beliau menasihatkan agar tidak menyiarkan gambar-gambar tersebut kerana ia mungkin 'sensitif' kepada pihak-pihak tertentu. Alasan ini saya boleh terima. Justeru, saya menarik balik gambar-gambar tersebut.

Kepada mereka yang terbabit....Saya minta maaf sekiranya saya menyinggung perasaan anda semua!!

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah buat semua mangsa2 Nuri..buat Tuan Nor Ibrahim bin Sulaiman....korang lah sebenar nya PEJUANG yg Tidak didendang...Syabas !

Tanpa Nama berkata...

It took a bit of time to locate and rescue or rather to extract the body out.
WHY? One thing for sure the big boss was maximum kelabu!!!

Kensi Ell Byle berkata...

al fatihah untuk mereka yang terlibat..

mangchikla berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

MOHAMED berkata...

Al Fatihah.Anon this is not the place to gave negative upsurd remarks.Tuan Nor should be in well placed position to explain why it took so long to locate and rescue the victims based on his experience.Only Allah knows how the big boss would feel to have his men/women coming back in bodybags!

Tanpa Nama berkata...

It took time because there are no ELT installed on the Nuri. The terrain was nasty & the wx less than cooperative. Granted that there was a lot of mixed communications with the air force ops room in sempang, the army in genting and the guys jungle bashing in Genting Sempah. Basically people on the ground are getting orders from 2 or more commands. Politicians and civillian know-it-alls aren't making it easier with their pressuring mindef which translates to the menhan + jusa graders pressuring the generals to speed things up as if locating a downed heli in thick jungle on steep terrain in unforgiving wx was as easy as making political statements on a blog. Extracting was another thing nobody considered.

There is nothing wrong with the Nuri... it is still as capable as it was 50 years ago when it was first designed. Trouble is, the kind of operations it does now is not exactly the kind envisioned by the Nuri's designers some 50 years ago. And of course you can't compare it with a heli of current design. Thats like comparing a datsun 120y with the latest honda civic! That would be totally absurd!

plan berkata...

rmai yg suka mmpersoalkan knapa lambat? knapa x bertindak serta-merta? tetapi bila tnya mereka, adakah anda pernah terlibat dgn sbrng urusan begini? kbnykan x pernah, jgn suka mmpersoal sedangkan kita sendiri x berada dlm situasi tersebut, bagi saya pula helikopter nuri masih relevan, cuma perlu di tingkat upaya, amerika sudah tingkat upaya pesawat S-61 mereka dlm projek triton/titan saya x pasti, dan mereka merancang utk terus mnggunakan helikopter tersebut....

FMZam berkata...

Sebaiknya tuan2 semua sepatutnya arif bahawa cerita yang sudah lama berlaku tapi dipaparkan disini sudah tidak penting untuk dibangkitkan apa2 persoalan selain dari memberikan doa dan sedekahkan fatihah serta ucapan takziah kepada semua mangsa, itu lebih berfaedah dari bercakaran sesama sendiri yang tidak akan dapat menghidupkan mereka kembali.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih di atas komen-komen anda. Persoalan 'lambat-cepat' menemui pesawat yang ditimpa kemalangan tidak timbul langsung dalam operasi Mencari & Menyelamat (M&M). Pesawat digerakkan setelah semua fasa M&M diikuti - INCERFA, ALERFA & DETRESFA. Anda bayangkan activities dalam Bilik Gerakan Pangkalan bila pesawat tidak menghubungi mereka pada ETA!

Percayalah...Menemui bangkai pesawat dalam hutan Malaysia adalah seperti 'it's like searching a needle in the haystack'. Dalam insiden 15 Ogos 2004, pesawat mudah dikesan kerana seorang survivor the mengaktifkan SARBE dan berkomunikasi dengan pesawat yang mencari walaupun ia hanya 'one-way communication'. Itu pun, 'pencari' susah hendak mengenalpasti kedudukan survivors keesokan hari kerana canopy hutan yang tebal.

Saya difahamkan sekarang ini aircrew dibekalkan dengan SARBE 'terkini'. Ia bertindak lebihkurang seperti GPS. Activate sahaja, terpapar coordinate lokasi kemalangan dalam instruments semua pesawat 'within the frequency range' (itu pun kalau ada orang yang 'pull the pin').

Kalau ada mereka dari ATC yang arif dalam SAR, mengapa tidak kongsi bersama tentang activities di Bilik Gerakan. Saya pasti telefon tak berhenti berdering.

Berbalik kepada insiden Genting, pihak berwajib harus mengambil iktibar sekiranya mereka percaya terdapat sebarang kelemahan dalam prosidur SAR, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Ini pandangan saya yang tidak lagi 'current' dalam aviation world.

Tanpa Nama berkata...

FMZam, tq for your reminder and Alfatihah to the crew!
It is not a negative upsurd as someone wrote but to remind the people of the lesson learned out of the 'kemalangan"
Just to remind you guys the truth hurts and if you know it really hurts.
Been there, done that.

Granny Hani berkata...

Alfatihah..and thanks for the info.never imagine it could be like this...nauzubillah..ngeri sungguh

Tanpa Nama berkata...

Salam. Gambar ni rahsia. Tak boleh publish melainkan kalau tuan Nor dah minta kebenaran daripada TUDM.

Terima kasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Saya tak tahu pula gambar ini rahsia dan kena minta kebenaran TUDM. Bagaimana rahsia kalau sumbernya daripada orang ramai dan juga blog?

FMZam berkata...

Senapang Patah yang memberikan gambar2 tersebut pasti tau bagaimana rasanya melihat kengerian yang dipaparkan oleh keadaan mayat2 mangsa kemalangan yang menimbulkan satu macam perasaan kepada kita untuk menatap gambar2 yang mengerikan sebegitu atau yang lebih teruk dari itu.

Ada waktunya kita perlu tahu yang sesuatu perkara itu tidak perlu untuk kita perkatakan, lebih baik kita diamkan. Kalau orang kata ianya didedahkan kononya supaya kita dapat pelajari pengajaran darinya, ingatlah kita ni memang suka nak belajar sebanyak mungkin namun kita juga selalu lupa sebanyak mungkin.

We learn a lot but we tend to forget a lot! Kata jurulatih saya dulu2.

Tanpa Nama berkata...

Memang rahsia tuan. Kalau tak rahsia dah lama publish kat surat khabar. Ni ada la mana2 pihak yang bocorkan kat kawan2. Maybe saja nak menunjuk2 atau apa2 sebab lain. Pastu kawan2 pulak bocorkan lagi kat org lain. Sampai akhirnya semua pun ada copy gambar2 tu. As the saying goes, "Loose lips sinks ships".

Kalau sedara mara atau anak isteri krew tu nampak gambar2 mayat tu rasanya memang trauma sungguh. Pasal tu pihak TUDM tidak pernah secara rasminya mengeluarkan gambar2 kemalangan pesawat.

Dalam semua orang nak sangat ambil tahu hal ni kena la beringat sensitiviti kepada ahli keluarga mangsa. Semua boleh cakap kena ambil tahu supaya lesson learned etc etc. Tapi rasanya pihak yang perlu tahu, perlu belajar & perlu ambil tindakan (i.e. TUDM dan kerajaan Malaysia) dah mengambil pengajaran dah. Tu yang pembelian EC725 dipercepatkan walaupun sebenarnya budget tak berapa nak cukup. Yang tak dapat pengajaran tu kompeni Mentari Services, ahli2 politik & rakyat jelata yang membesar2kan isu pembelian EC725 dengan mengaitkannya dgn teori konspirasi yg mengarut. Paling menyedihkan bila rakyat termakan kata2 mereka untuk mempersoalkan professionalisme dan kredibiliti tim penilai walhal yang mempersoalkan tu pun bukannya pakar atau mahir dalam bidang aeroangkasa kini.

Rasanya hanya rakyat Malaysia jer yang komplen bila kerajaan mengupgrade kemampuan persenjataan kita. Tak pernah lagi dengar rakyat negara lain komplen pembelian senjata oleh kerajaan mereka tu tiada faedah dan membazir. Rakyat Indon yang tak cukup makan tu siap komplen kenapa persenjataan tak cukup berkemampuan bila TNI tak mampu menandingi kemampuan ATM di blok Ambalat. Rakyat kita yang rata2 mati sebab terlebih makan ni pulak komplen sebab kita nak upgrade senjata kepada yang lebih relevan. Bukannya ATM nak tambah, nak ganti jer!! Tu pun nak komplen.

Ni la jadinya bila pakar komplen nak ngaku jadi pakar teknologi dan logistik ketenteraan. Saya pun bukannya pandai sangat tapi takde la saya bagi justifikasi sebodoh yang selalu baca kat akhbar, blog atau didengar di Parlimen untuk komplen rancangan pembangunan aset ATM tu. Bila aset dah terlalu tua, spare part makin susah nak cari, silap2 kilang pun dah tutup. Kalau ada spare part pun harganya mahal sebab dah takde sumber lain dia tekan la harga. Pengguna lain dah upgrade atau modify guna komponen & parts yang lebih available di pasaran. Kita je masih guna komponen dan parts yang asal sebab nak belanja duit kena justify macam nak giler. Dah justify pun masih kena komplen & kena tuduh buat projek UMNO lah, tolong kroni lah, macam la yang komplen tu berkemampuan nak buat dgn kos lebih rendah & pulangan kepada negara yang lebih bernilai (bukan RM shj, peluang kerja, perpindahan kepakaran dll juga termasuk). Maka bila tak upgrade, serviceability makin rendah, kos makin naik.

Apa2 hal pun pengajarannya telah dipelajari, cuma kadang kala kita lupa pengajaran tu dan langgar prosedur. Walhal prosedur tu wujud hasil pengajaran insiden2 malang seperti ini.

Alfatihah kepada mangsa2 insiden malang ini.

Tanpa Nama berkata...

SARBE (Search & Rescue Beacon) tu jenis yang sangkut kat Mae West. Activated secara manual. So kalau crew masih hidup & buleh guna tangan boleh la activate. ELT (Electronic Location Transmitter) jenis yang installed kat pesawat. Kalau impak melebihi bacaan G-Meter yang telah ditetapkan dia akan activate sendiri. So kalau semua crew incapacitated atau terkorban sekali pun signal masih boleh dipancarkan.

Masalahnya itu semua radio signal. Kalau dah duduk celah lembah tu hanya bila terbang almost overhead jer boleh terima jelas. Kalau ATC/Ops Room nak kenalpasti last known location pun hanya berdasarkan radio comm terakhir. Laluan kat Genting Sempah menuju Bentong Gap tu pulak bila cakap pakai HF bunyi macam org tgh kumur listerine jer. Kalau in between tu ada somebody tolong relaykan isyarat ok la... jelas sikit HF tu. Kalau takde memang bunyi org kumur listerine jer la yg dengar.

Tanpa Nama berkata...

Gambar tersebut sebenarnya rahsia. Disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan masuk ke blog atau pun internet. Kita kena jaga sensitiviti ahli keluarga mangsa. Apa perasaan kita kalau gambar mayat mangsa sedemikian adalah ahli keluarga terdekat kita? Sudah tentu kita trauma dan berasa sedih bukan? Sebab tu TUDM tidak membenarkan gambar tersebut diedarkan. Gambar tersebut sebenarnya digunakan untuk siasatan BOI TUDM. Cuma perbuatan manusia yang tak bertanggungjawab sahaja yang menyebarkan gambar tersebut untuk mendapatkan populariti di blog masing-masing.

Saya harap tuan Nor jelas dengan penjelasan ini. Terima kasih.

Old and fauthful Nuri Pilot.

Tanpa Nama berkata...

Gambar Kembaran Board Of Inquiry adalah RAHSIA. So, memang tak boleh publish di mana2 pun melainkan mendapat kebenaran pihak berwajib terlebih dahulu.

Sekian

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Itu sebabnya saya tidak paparkan gambar yang menunjukkan jenazah, memadai saja apa yang ada dalam kabin dan plastik bag. Anyway, macam saya katakan, saya minta maaf kerana terlepas pandang.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,

Saya setuju dengan Palan, Nuri aka Sikorsky S61A-4 masih relevan dan boleh terus berkhidmat hingga 25 - 30 tahun lagi dengan upgrade teknologi terkini.

Seperti di Amerika Syarikat, pihak CARSON HELICOPTER telah mendapat mandat dari kerajaan untuk menaik taraf 101 buah pesawat S61 / SH3 Seaking milik US Navy dan US Marines dalam projek S61 Triton (S61T). Malah 05 pesawat S61T telah beroperasi di afghanistan, kebanyakan krew penerbangan amat berpuas hati dengan prestasi baru S61T. Kalau tak silap saya, Presiden Barrack Obama telah mengarahkan pihak MARINES 1 menaik taraf pesawat VH-3D menggunakan teknologi S61T.

P/S: Maaf terlampau excited la plak saya bagi comment.

***** Al-Fatihah buat Wira Angkasa yang terkorban dalam nahas nuri pada Julai 2007 *****

JeffNSP@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:13 good try and good spin too.
People out there are not fools just to remind you and don't ever justify with such spin!

Tanpa Nama berkata...

Bila cakap pasal upgrade pesawat ni memang sepatutnya dilaksanakan tetapi at a reasonable interval supaya technological jump kepada upgraded version tak terlalu jauh. Lebih jauh technological jump itu maka lebih tinggi kosnya kerana lebih banyak yg perlu diupgrade. Di sini kita perlu menilai kos, kemampuan yg bakal diperolehi dgn upgrade dan juga jangkamasa kegunaan pesawat dalam konfigurasi upgrade tsb. Memang benar USA menjalankan project Titan tetapi perlu dilihat penggunaan S61 mereka dan current configuration S61 milik USA. S61 mereka digunakan utk specific role. Mereka memiliki pelbagai lagi jenis heli yg digunakan utk role yg berlainan. Nuri kita digunakan utk semua role. Tuan sbg bekas pilot Nuri tentunya faham pilot workload melakukan winching medevac di puncak gunung pada waktu malam tanpa sistem autohover, enjin yg mampu beroperasi pada altitud tinggi dan NVG. Kekangan membawa muatan bila melalui kawasan pergunungan pada waktu malam dalam cuaca tak menentu atau keperluan utk berlegar selepas setiap winching utk menyejukkan MGB juga menghadkan kemampuan Nuri kita. Jika kesemua ini perlu diatasi maka enjin, MGB, instrument, flight control computer, engine control dan electrical system yg menampung keperluan tenaga tambahan ini semuanya perlu diupgrade. Proses upgrade sedemikian memakan masa beberapa tahun utk menyesuaikan jadual senggaraan dan keperluan operasi. Masa utk memperolehi alatan upgrade dan kos pelupusan juga perlu diambil kira. Sekiranya upgrade utk Nuri fleet selesai hanya kurang 5 tahun dari jangkaan tarikh pelupusan Nuri tidakkah itu menjadikan proses upgrade tersebut tidak lagi relevan?

Semolek2nya upgrade dilaksanakan selang 10-15 tahun. Bukannya selang 35 tahun atau lebih. Dalam hal ini saya setuju Nuri perlu upgrade tetapi perolehan heli baru utk tugasan khas spt CSAR juga perlu dilaksanakan. Keutamaan kepada perolehan baru kerana Nuri masih beroperasi seperti yg dikehendaki oleh perekanya 40-50 tahun dahulu. Cukup masa kerajaan perlu tamatkan khidmatnya bila skop operasi heli TUDM menyebabkan Nuri menjadi obsolete.

Itu shj dahulu pandangan yg boleh saya berikan utk difikirkan bersama. Moga kita mengambilkira faktor di atas sebelum membuat kesimpulan. Banyak blog dan perbincangan berkenaan perolehan EC725 dan nasib Nuri berbaur politik tanpa memberikan hujah, logik dan penjelasan yg kukuh. Harapan saya, memandangkan tuan bekas pilot TUDM, tuan dan pengikut blog tuan dapat menilai pandangan saya tanpa mengaitkannya dengan pendapat popular politik semasa. Mungkin pendapat saya salah kerana saya bukan perancang ketenteraan ATM dan ini hanyalah pandangan saya sbg org luar. Sesiapa yg lebih berpengetahuan boleh menyangkal pendapat saya dan saya juga dapat tumpang belajar dari penjelasan dan logik yg diberikan. Terima kasih.

zulfatah berkata...

salam tuan,
Nuri upgrades n new procurement? topik menarik tu.harap akan dibahas n dibincang dlm suasana ilmiah agar semua pembaca dpt manafaat.sedih rasanya dn kehilangan besar pada keluarga mangsa,ATM dan negara amnya jika ramai pilots n krew cedera dan terkorban semasa bertugas.ramai rakyat prihatin masih x tau punca sebenar nahas2 tersebut.jadi jika tiada sumber yg credible,maka terbukalah ruang utk spekulasi dn teori yg pelbagai sekaligus mengguris hati ramai pihak.sy, secara peribadi,ingin tahu apa punca nahas yg telah mencederaparahkan rakan baik sy iaitu Kapten Nurul amir tuh....mungkin tuan2 dan rakan2 pembaca can shed some lights on not only this particular Long Seridan crash..tp nahas yg lain jgak.nk harap suratkhabar? mane ade berita lagi...

sy juga dh rujuk buku2 yg sy ade..Tan Sri Ibrahim Ismail; Pahlawan Melayu (TSII;PM) n Nation Before Self: Tan Sri Yuen Yuet Leng...these 2 books relates more on Commmad level.pendapat sy...lebih byk penulisan berkisahkan small unit actions,Kolonel grade n below perlu diperbykkan...pendek kata the grunts that did the real fighting seperti Kanang n Gerakan Hentam Indera (to name a few).Gubir incidents attracts me,tp xde lg rasenye dokumentasi yg komprehensif. Operasi Daoyai Musnah 1 dan 2...cuma di'mention' sekilas lalu je dlm buku (TSII;PM)iaitu tiada big killings in terms of CT by SF tp objektif umum tercapai iaitu menghalang CT dr bebas kluar msk sempadan utk RnR selepas buat onar di hutan semenanjung Malaysia...jadi persoalannya tuan2..where do we go for more readings on this? buku XNURI PILOT might b a good starts..lagi?bagi sy Gubir incident lebih dekat dihati jika nk banding dgn battle of Al Alamien.Operasi Daoyai Musnah lebih bermakna berbanding dgn Operasi Barbarossa....cuma rujukan berkenaannya susah diketemu.
sekadar pendapat saya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous (27/4 12:19),

Terima kasih di atas pandangan anda. Saya anggap ia bukan ditujukan kepada saya kerana anda boleh baca dalam blog saya yang saya tak pernah menyentuh keputusan kerajaan membeli EC725. Saya bukan lagi current dalam 'helicopter world' dan sudah jauh ketinggalan dalam bidang ini. Malah, saya 'envy' pilot helikopter akan menerbangkan pesawat baru tidak lama lagi. How I wish I've the opportunity to fly Blackhawk & EC725!!

Pembaca...Saya tidak boleh terima apabila ada yang menyamakan Nuri sebagai 'Kerenda Terbang'. Bukan semua nahas Nuri disebabkan 'technical errors'...banyak lagi faktor yang perlu diambil kira. 'Umur' sesebuah pesawat bukannya 'barometer' tentang 'airworthiness' pesawat. Selepas menjalani Cx5 (overhaul), sesebuah pesawat itu boleh dikatakan 'O' life...as good as brand new.

Pada saya, apalah salahnya pilot helicopter diberi 'new toys to play with'. Pesawat pejuang sudah bertukar ganti, namun Alouette 111 (anak sulung) & Nuri masih beroperasi. Lagi pula, era saya dengan era sekarang hanya sedikit sahaja persamaannya. Kami tidak menghadapi ancaman EW. Janganlah Nuri diganti dengan alasan kerana ia sudah 'lapok' dan tidak lagi relevan. TANGGAPAN INI PERLU DIKIKIS.

Saudara Zulfatah,

Terima kasih di atas kepekaan anda. Masalah utama yang dihadapi untuk menulis kisah operasi ketenteraan ialah mendapatkan maklumat. Ambil kemalangan pesawat. Semua laporan BOI adalah 'SULIT' dan setahu saya tidak pernah di'declassified'. Saya pasti ada penulis dari kalangan veteran yang sedia menulis tentang Tragedi Gubir atau mana-mana operasi, tetapi bukan mudah nak dapatkan maklumat...RAHSIA.

Pagi tadi saya terima e-mel daripada anak kepada salah seorang mangsa Tragedi Gubir. Beliau telah menulis kepada PTU di awal 90'an bertanyakan penyebab Nuri terjatuh sehingga mengorbankan arwah bapanya. Kecewa sekali, sehingga sekarang tiada sebarang respons. Beliau hanya mengetahui butir-butir insiden tersebut melalui blog ini. Saya hanya tukang karut sahaja...Terima kasih kepada mereka yang sudi menceritakan pengalaman mereka.

Tanpa Nama berkata...

"Anon 4:13 good try and good spin too.
People out there are not fools just to remind you and don't ever justify with such spin!"

????

Tanpa Nama berkata...

Saya takde pun kata Nuri patut ditukar sebab dah tua & tak relevan. Saya kata kena kaji adakah upgrade itu relevan. Sori la tuan, maybe tuan confuse maksud sebenar saya sebab banyak anonymous yg komen. Tuan tersilap anonymous kot. Dan tuan betul, saya tal tujukan kat sesapa pun komen tsb. Saja nak bagi pendapat & dapat feedback dari org ramai sini yg mungkin tahu something yg saya tak tahu. Anyway, saya ni cuma military enthusiast yg minat perkara ketenteraan. Dulu nak masuk askar tp doktor kata tapak kaki saya rata. Saya pun tak tau apa kaitan kaki saya dgn kelayakan masuk askar. Sekarang ni paling hampir dgn kerjaya tentera yg saya boleh buat cuma lawan paintball hujung minggu je. Saya komen sebelum ni pun sebab saya rasa terlalu ramai yg membuat kesimpulan tanpa mengambil kira semua faktor. Lagi2 kalau ada antara kita terpengaruh dgn blog org yg menggunakan subjek pertahanan negara untuk tujuan politik. Saya jumpa blog tuan pun sebab saya search melalui yahoo keyword "helikopter nuri tudm". Tentera ni apolitical. Tak minat pun pasal politik. Saya memang tak suka bila org memutar belitkan pembangunan pertahanan kita & jadikannya teori konspirasi tanpa membuat kajian. Jadi saya lontarkan satu faktor utk kita fikirkan bersama. Itu je niat saya. Maaf la kalau cara saya sampaikan pendapat saya buat tuan fikir niat saya lain.

Anonymous (27/4 12:19),

zulfatah berkata...

salam tuan'
sy terpanggil nk komen pasal KERAHSIAAN... mmg lah ada keperluan uutk kerahsiaan tu wujud.akan tetapi ia telah mengundang kesan sampingan yg pd sy sedikit negatif.Rakyat golongan terbanyak TIDAK SEDAR/TAHU ttg pengorbanan perajurit kita.tambah lagi golongan muda skrg.keamanan dinikmati sejak celik mata lahir kedunia ini.kisah kepahlawanan yg RAHSIA ini bkn kita nk dedah n tonjolkan kerana nk tunjuk hero or berlagak.tetapi perlu untuk INSPIRASI....generasi yg akan datang.pengalaman sy sendiri ditempelak oleh rakan sekerja kerana signed up sbg reservist.buat ape nk susah badan join wataniah sedangkan regular pn x buat ape...sekadar berlatih,sertai perbarisan hari kebangsaan,Program jiwa Murni n jadi alat politik.tmbah pedas lagi..'ko join sbb dpt ration free eh? awek askar lawa2 n dpt cilok dari ofis eh..cuti tanpa rekod?'itu sj yg masyarakat nampak tuan2.persepsi golongan masyarakat terbanyak.askar skrg rehat sbb xde perang.latihan pn buang duit.pasukan simpanan x perlu sbb regular pn xde keje.semua ni sbb the real work n effort by ATM tergolong dlm RAHSIA.kisah operasi,heroism under fire etc semuanya RAHSIA.xkan semua diblanket rahsia? why ATM x open up or bersikap keterbukaan secara logik atau rasional? (maaf,choice of words)...knape 1 dunia boleh tau kisah heroism P/O Marcus Luttrell dlm Lone Survivor yg kisahkan mcmane SEAL-team of 5 members kene ambush by taliban.hanya dia sj yg survived.sgala detail pertempuran,comm n tactics dipaparkan tp pengarang telah bekerjasama dgn pentagon utk amalkan active n self sensorship agar x compromise current SOP of navy SEALs dn dlm mase yg sama,kebenaran kisah x terjejas.dlm erti kata lain,RAHSIA boleh di declassified at some extend.hanya tuhan sj yg tahu definisi RAHSIA yg pihak berwajib amalkan.disebabkan KERAHSIAAN ini mejadi penghalang untuk ATM release or bg kebenaran pada veteran utk tulis kisah kepahlawanan sbg inspirasi utk generasi muda...so depa skrg ambil inspirasi dari ahli sukan dan artis saje la gamaknye....
Prof dr Khoo kay Kim pernah bg statement....there was ONCE Malaysia,but no 1Malaysia.sbb org skrg x tau macamane nk praktikkan konsep tuh.tu yg byk timbul pseudo-patriotism n pseudo-1 malaysia.kibar bendera n melayu pukul gendang cina,cina main serunai india n india pakat2 tepuk kompang.Iban pki bj melayu,cina pakai sari,melayu pki bj punjabi.adusss...ni sbb hakikat ONCE malaysia tu x ditonjolkan.Apa yg ONCE Malaysia nih?...tuan2 la.amek Insiden Gubir...Chinese pilot,co pilot melayu,dgn anggota RAMD n GGK yg sy rase bkn semua melayu terkorban bila nuri ditembak jatuh.Kapten bangsa sikh sama terbunuh dgn anggota melayu platun dia bila kene ambush dgn CT.macamane tim komando yg ada india dn melayu sama2 buat sweep follow up buru bandit2 durjana tuh..these were the real 1 Malaysia or ONCE Malaysia.no pomp n pagentry.you guys simply did it.tapi RAHSIA punya pasal.the detail about it,we never know.there goes a genuine inspirational story about brothers from all races fought n died or wounded fighting a common enemy.they shouldn't died in vain.let their death n others bravery inspire us the younger generation.but no...RAHSIA....x dapek den nk nolong la.jom pakat2 ramai2 tgk AF ka,or diskas pasal artis tu pki seksi tp comel..yg lain..KITA BAKOORR JE!!!!
sekadar pendapat sy.maaf dipinta jika menyinggung hati mana pihak.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Zulfatah,

Terima kasih di atas pandangan anda. Sekiranya 'rahsia' di'declassified'kan, saya percaya banyak cerita yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme rakyat akan diterbitkan. Apalah yang nak di'rahsia'kan lagi...Chin Peng pun dah tulis buku dia. Pembaca yang hanya membaca buku dia akan mengatakan beliau dan geng-geng adalah wira negara. Bukannya veteran-veteran seperti kami.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan Mejar Nor Ibrahim dan semua pembaca blog, saya ada terjumpa gambar2 sulit kemalangan helikopter Nuri di Genting Sempah pada 13hb. Julai 2007 yang dianggap 'top-secret' yang mengorbankan 6 perwira termasuk seorang darinya adalah juruterbang wanita.
Saya berasa amat sedih melihatkan keadaan mayat2 mereka yang saling bertindihan, terkulai dan dihurungi langau dihempap oleh peralatan2. Apa yang menghairankan saya diantara peralatan2 tersebut, terdapat 2 buah motosikal awam turut menghempap mayat2 mereka. Apakah mengangkut motosikal2 itu menjadi salah satu tugasan buat juruterbang kepada helikopter Nuri yang dianggap pesawat yang kurang selamat (uzur) itu? Jika benarlah begitu, ia umpama membunuh perwira negara yang 'terpaksa' berkorban nyawa untuk tugasan2 yang aneh.