Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Penerimaan PJM

17 April 2011...Saya menerima surat daripada JHEV Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menghadiri majlis 'PENERIMAAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)' bertempat di La Fiesta@The Carnival Water Theme Park, Cinta Sayang Golf & Country Resort Sg Petani, Kedah. Pagi itu, saya pun bawalah isteri bersama ke majlis tersebut.


PINGAT JASA
MALAYSIA

PINGAT INI DIKURNIAKAN
KEPADA ANGGOTA-
ANGGOTA TENTERA
MALAYSIA DI ATAS SIFAT
KEPERWIRAAN,
KEBERANIAN, 
PENGORBANAN DAN
KESETIAN DALAM 
MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN NEGARA
SEMASA TEMPOH DARURAT

Pingat telah disampaikan oleh KP JHEV, Mej Jen Dato' Zulkifle Bin Mazlan.

So...you're the famous xnuripilot

Kenangan bersama KP JHEV

Dalam begitu ramai para hadirin, yang saya kenal hanyalah Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) yang turut menerima JPM; sekarang menetap di Kangar, Perlis. Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah pada awal 1980 ketika menghadiri kursus SOS (Squadron Officers School) di ITU, TUDM Kinrara, yang pertama kali dikendalikan oleh TUDM. Beliau adalah salah seorang daripada 3 Juruarah kursus tersebut.

Lt Kol Harun Ayob TUDM (B)

Apa lagi...saya pun bersembang pasal buku saya (mungkin siap penghujung April ini, Insya-Allah) dan bertanya di mana beliau berada ketika Tragedi 26 April 1976. Menurutnya, semasa itu beliau adalah Ketua Flait No 3 Skuadron, TUDM Butterworth. Beliaulah yang membawa 'SEP' (Surrendered Enemy Personnel) dengan Alouette 111 untuk membuat tinjauan udara terhadap kem komunis sebelum kemasukan komando menawan kem tersebut. Beliau masih ingat ternampak khemah-khemah musuh. Tentang Nuri yang ditembak jatuh pula, beliau telah membawa Kol (U) Fauzi Hussein, Pegawai Memerintah TUDM Butterworth, ke lokasi tersebut. Ketika tiba di kawasan nahas, pesawat masih terbakar. 

Tatkala Ops Selamat Sawadee, Lt Kol Harun adalah salah seorang BASO di Kroh. Ketika saya diminta untuk mengambil seorang casevac di waktu malam, beliaulah BASO yang meluluskan permohonan 6 RAMD dengan syarat terpulang kepada saya sama ada sedia melaksanakan penerbangan tersebut; saya telah membuat penerbangan casevac tapi 22297 Lans Koperal Saidi Bin Ismail telah meninggal dunia di dalam pesawat. 

Asyik mendengar cerita saya adalah seorang mejar dari RGK, Mej Bakar. Beliau menyatakan beliau adalah dari Skuadron 'Z'. Skuadron beliau  diarah untuk menawan kem tersebut pada 17 April 1976 tetapi terpaksa dibatalkan kerana tentangan hebat dari pihak musuh. Seorang lagi mejar (terlupa namanya) pula memberitahu pengalaman beliau semasa Ops Selamat Sawadee. Beliau ketika itu seorang pegawai muda 6 RAMD. Sayang sekali....semua cerita ini hanya diketahui selepas buku sedang dicetak!

Dalam ucapan KP, beliau telah menyentuh dengan panjang lebar berkenaan pembacaan pertama Akta Veteran Malaysia di Parlimen baru-baru ini. Menurutnya, yang paling mustahak ialah Akta induk diluluskan.  Apabila ini terlaksana, sebarang peruntukan berkaitan dengan isu veteran tidak perlu lagi mendapat kelulusan Parlimen: memadai dengan kelulusan Menteri Pertahanan. 

Anda ingat saya hendak duduk diam saja apabila mendengar berita ini? Sudah pasti tidak. Di waktu makan tengah hari, saya telah berjumpa beliau dan mencadangkan untuk menggunakan Akta ini nanti bagi memberi elaun kepada penerima JPP, PTU & KPK. Beliau menjawab susah sikit kerana apa-apa isu berkaitan dengan pingat adalah di bawah bidang kuasa JPM. Saya percaya tiada satu pun Akta yang 100% perfect...mesti ada 'loop-holes' dan bagaimana ia diterjemahkan. Saya katakan kepada beliau '...something to think about and food for thought'. Beliau berjanji untuk memikirkan cadangan saya ini. Kalau tak cuba, mana nak tahu...Rezeki ditentukan Allah tapi kenalah berusaha!

18 ulasan:

abu muaz berkata...

Walaupun susah sikit tapi kena cuba. Jasa dan pengorbanan para pahlawan negara kita jangan dilupakan.
Tahniah tuan.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Short & sharp... TAHNIAH!!!...

basri bin omar berkata...

Salam Tahniah!

Moga2 ia memberikan satu ransangan BARU untuk Tuan terus beristiqamah memperjuangkan Hak.Amin!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan.....


Tahniah di atas PENERIMAAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

Xxx Xxxxxx

Tanpa Nama berkata...

tahniah tuan, at last he he

zulfatah berkata...

salam tuan,
tahniah pada tuan khususnya dan lain2 penerima secara amnya pada majlis tersebut.harap2 pengisian atau material untuk buku tuan kedua nanti akan mencukupi hendaknya.penagalaman tuan dan rakan seperjuangan yang lain xkn dpt diperolehi dimana2 universiti di dunia nih.tahniah sekali lagi tuan!

Abah berkata...

Salam Tuan,

Segak!! Macam pengantin Baru lak!!!! Apa-apa hal sekali lagi ucapan tahniah dan syabas dari saya.

MOHAMED berkata...

Betul tu Abah...cam pengantin baru!
Apa2 pun tahniah Tuan,saya tumpang bangga.
W'salam

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
Shabas! and well done. I agree with Abah you do look very smart in your Baju Melayu.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih.

Tak adakah sesiapa yang berminat untuk menulis tentang Ops Sedar 11 (Ops Gubir) sementara perancang-perancang dan mereka yang terlibat, baik TDM dan TUDM, masih hidup? Saya percaya sesetengah maklumat terbabit boleh di'declassified'kan. Jadikan ini satu bahan sejarah.

Kalau ada bahan dan penaja, mungkin saya boleh membantu sekiranya perkhidmatan saya diperlukan. Malah saya percaya ramai yang berpengalaman dalam bidang penulisan sedia menyumbang bakti.

plan berkata...

tahniah tuan,

X-PALAPES berkata...

tahniah...

Wan berkata...

Congrats Sir!

xpara87 berkata...

Tahniah.

rommel berkata...

Salam Tuan

Tahniah dari kami warga Malaya Historical Group...

Shaharom

zulfatah berkata...

salam tuan,
mohon celah sket...sy xtau pn ade Malaya Historical Group..err how to become a member?

taming berkata...

Saudara Mej Nor Ibrahim,

Tahniah kerana telah diberi penghormatan oleh Mindef untuk menerima pingat PJM.

Saya rasa JHEV telah mempolitikkan pingat ini.... bila ada yang buat bising dan Menteri Pertahanan melawat kawasan, baru diberi pingat!
Kawan saya yang berkhidmat hampir
40 tahun dan pangkat terakhirnya
General Officer, telah bersara berpuluh tahun tapi belum diberi pingat PJM yang beliau berhak menerima. Apa dah jadi dengan Ketua Pengarah JHEV?
Saya harap KP JHEV baca blog ini.

tamingsari

rommel berkata...

sdr zulfatah.. takperlu jadi ahli..kalau minat dan sanggup mcm kami, boleh join bila2 masa...