Halaman 345 buku "A DOCTOR IN THE HOUSE"
Saya hanya mengetahui kewujudan Pulau Perak hasil daripada menulis blog ini apabila seorang krew Nuri menceritakan penerbangan beliau ke pulau tersebut. Sebelum ini tak tahu pun kewujudan dan di mana terletaknya pulau berkenaan, malah tak pernah dengar namanya pun. Negeri Perak saya tahulah kerana saya anak Perak. Inilah rupa pulau yang diperkatakan...
Nuri menghampiri Pulau Perak untuk 'resup'
'Bare granite and marble outcrop in the Strait of Malacca'
Di atas kapal untuk 'underslung' generator ke Pulau Perak
Bot TLDM saiz ini boleh merapati jeti kecil di Pulau Perak
Kedudukan Pulau Perak ialah Latitude: 5° 42' 0 N, Longitude: 98° 55' 60 E, iaitu lebih kurang 45 minit penerbangan dengan Nuri dari TUDM Butterworth. Sebelum Nuri digunakan, resup dibuat oleh kapal TLDM. Bayangkan beban yang terpaksa ditanggung untuk memindah rangsum/bekalan, seperti air/bahan api dalam jerry cans, rangsum basah dan kering, dll, dari jeti ke tempat penginapan di atas bukit. penghuni pulau ini terpaksa mendaki lebih kurang 400 anak tangga ...Kesianlah soldadu-soldadu kita tu! Justeru, bagi mengurangkan kesengsaraan menanggung bebanan ini, Nuri ditugaskan untuk menghantar rangsum/bekalan terus ke atas puncak pulau....Lega!
Saya harap tiada rakyat Malaysia mempertikaikan keputusan kerajaan menghantar segelintir warganya bersantai ala 'Robinson Crusoe' di pulau berkenaan. Masih ingat mengapa kita di'lucut' hak milik Pulau Batu Putih (di sini) kepada Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Mei 2008? Salah satu sebabnya ialah negara tersebut telah meletakkan rakyatnya di pulau terbabit; mereka dilihat mentadbir pulau berkenaan. Kalau kita tak menempatkan wira-wira di belakang tabir di sana, kemungkinan negara lain yang ada kepentingan akan menceroboh hak kita dengan menempat rakyat mereka dan seterusnya mengistiharkan bahawa pulau tersebut kepunyaan mereka.
Kepada yang berkenaan....Terima kasih.
Mutakhir (jam 1417)....Lt Kol Basri (B) menghantar sms untuk saya membaca kolum surat dari pembaca dalam NST ini. Syukur Alhamdulillah...Pulau Perak dah 100% hak Malaysia.
9 ulasan:
Sudara Nor,
I am not a big fan of This 'Doctor in the House,' but I do appreciate his foresight when he was the PM, in occupying by putting boots on the ground on all strategically located islands around our country that may one day come handy in the defense of our country.Pity we lost Batu Puteh.Remember the saying occupation is 3/4 ownership.
terima kasih diatas maklumat ini tuan!
info ni berguna r! thanks yea.
saya pernah daki pulau ini untuk membuat pengukuran hidrografi...cukup bahaya...tapi,ada juga rakyat malaysia yang cakap tentera tidak ada kerja...
sya hrp kwn sya ok di pulau tu..
Pernah rescue diver kt sini very mencabar ... platform bawah tu kecil dan blade hampir nak touch batu
Kenapa tidak di bina 'helipad' di puncak Pulau Perak ni. Kincir angin juga berguna untuk bekalan elektrik.
baru tahu info mengenai pulau perak..boleh share?
tq
Mungkin kos terlalu t8nggi utk membuat helipad kot....
Catat Ulasan