Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

Sungguh Meletihkan

Sungguh meletihkan....2 hari - 29/30 April 2011 - saya berada di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, untuk mempromosikan "Coretan Xnuripilot" sempena 'Ekspo Pedagangan Melayu' yang dianjurkan oleh PERKASA. Pihak penganjur telah bermurah hati memberi sebuah meja di kiosk Pendaftaran untuk mempamerkan produk saya secara 'FOC'. Jadi, berkhemahlah saya di sana.

Saya sungguh terharu apabila mantan PW2 Ismail (B), tuan punya blog ini yang datang dari Sg Petani pada 29 April hanya untuk berjumpa saya dan membeli 2 naskah. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada awal 1980 sebelum bertukar dari No 3 Skuadron, TUDM Butterworth ke No 10 Skuadron, TUDM Kuantan (Gambar di bawah ihsan beliau). Kebetulan pula, seorang ahli forum 'Panggilan Pertiwi', saudara Faisal Tajudin  ada bersama...jawabnya, bersembang panjanglah kami.


Bersama PW2 Ismail (B)

Nak tahu hasil jualan sepanjang 2 hari? 12 buku = RM480!! Apa-apa pun....Syukur Alhamdulillah. Buku Tun Dr Mahathir pun hanya laku sejumlah 1000 naskah sahaja semasa pelancaran...He...He...He. Dalam beberapa hari tu baru saja habis 10k; sekarang dah mencecah hampir 60K saja....Wow! Sementelah Tun turut memberi ucapan hari ini, saya telah menghadiahkan buku saya kepada beliau melalui penganjur. Jangan harap boleh memberinya sendiri...Dekat pun tak boleh!

En Ismail dan pembaca-pembaca yang mengunjung saya...Terima kasih.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maj, Ahli PERKASA ke?

Tanpa Nama berkata...

Akum...tuan,
saya peminat blok dan catatan tuan, so saya ada kirim satu pandangan ke email tuan,ok..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous (10:43),

Terima kasih. Saya bukannya ahli PERKASA atau mana-mana parti politik/NGO. Mereka memberi kemudahan ini kerana usaha saya cuba menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara Malaysia tercinta ini.

Saudara Anonymous (11:34),

Waalaikumussalam. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Lt Kol Dr Syed Othman (B) bina tugu!adakah perlu dia merujuk dari KEMENTAH.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Saya rasa tak perlu merujuk kepada sesiapa pun. Malah Pak Jeneral sepatutnya berterima kasih kepada beliau. Bukan nak semadikan nama mereka yang terkorban pun nak kena rujuk kepada KEMENTAH!!

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah Mejar, mula-mula memang macam tu, sebab orang belum tahu lagi. Lama-lama esok pasti orang akan mencari...Insyaallah. Saya syorkan letak (pamer) dalam kedai buku atau Mejar 'masuk daun' ketika pameran buku atau semasa Hari Sambutan ATM, pasti ramai orang tahu kewujudannya dan akan membeli buku Mejar tersebut.
Itu memang adat berniaga - lagipun menjual buku bukan semudah menjual goreng pisang yang lebih murah dan terus dinikmati(dimakan).