Baru-baru ni, saya menonton 'Berita Nasional' jam 1300. Berita yang kurang enak didengar ialah tentang seorang mantan (panggillah 'X') warga tentera yang terpaksa 'berhenti' daripada mendapat rawatan glaukoma yang dihadapinya kerana beliau lebih mementing pelajaran anak-anaknya. Ongkos untuk perubatan disalurkan kepada keperluan persekolahan anak-anaknya. Itulah satu pengorbanan seorang bapa terhadap anak-anak tercinta. Ketika ini beliau mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sepertimana yang sudah diduga, ada 'good samaritan' yang berjanji akan membantu beliau mengatasi masalah kesihatan.
Jujur saya katakan, saya memang bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh saudara X. Namun demikian, terfikir oleh saya, mengapa keadaan seperti ini berlaku? Di mana silapnya? Pada saya ada 2 isu di sini. Pertama, KESIHATAN. Setahu saya yang tidak begitu arif tentang polisi ATM sekarang ini, beliau layak mendapat rawatan percuma di mana-mana hospital kerajaan, tak kira sama ada beliau seorang pesara atau pun tidak. Saya telah menghubungi pihak JHEV untuk mendapat kepastian. Saya dimaklumkan bahawa semua para veteran layak mendapat rawatan percuma di mana-mana hospital kerajaan kecuali mereka yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab ada 'kes' mahkamah/disiplin. Sekiranya bukan pesara, beliau perlu membawa Kad Bekas Tentera (KBT). Kalau tiada kad tersebut, pergi ke JHEV berhampiran untuk mendapatkan Surat Jaminan. Jadi persoalan terpaksa berhenti daripada meneruskan rawatan, pada saya, kurang tepat.
Saya tak tahu tentang pandangan anda semua. Tetapi pada saya, laporan tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran negatif terhadap ATM. Mungkin persepsi rakyat ialah ATM mengabaikan mantan warga mereka.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ATMlah satu-satunya agensi kerajaan Malaysia yang mewujudkan 1 jabatan khusus untuk menjaga kepentingan bekas anggota mereka...Jabatan Hal Ehwal Veteran. Sebelum menamatkan perkhidmatan pula, anggota LLP boleh mengikuti Kursus Peralihan (Resettlement Training) yang dikelolakan oleh PERHEBAT sehingga 18 bulan. Dengan lain perkataan, mereka dilengkapkan dengan kemahiran bagi membantu mereka menghadapi kehidupan apabila bergelar 'orang awam' nanti. Malah, keprihatinan kerajaan terhadap mantan warga ATM turut diberi peruntukan dalam bajet 2012 pada 17 Oktober 2011.
Mungkin ramai akan mempertikaikan mengapa pihak JHEV tidak 'menjejak kasih' warga veteran. Untuk makluman, staf JHEV Cawangan Pulau Pinang, Kedah & Perlis hanya mempunyai 2 orang pegawai dan 4 staf pentadbiran. Rasanya 'berat' juga bagi Pengarah & Penolong Pengarah untuk menjejak kesemua warga ATM di 3 negeri berkenaan.
Isu ke2 - BANTUAN KEWANGAN. Tentang isu ini, apa yang saya mampu lakukan ialah meng'emel'kan coretan ini kepada JHEV untuk pertimbangan mereka....Wallahualam.
Para Veteran....Jadikanlah tanggungjawab kita sendiri untuk memaklumkan pihak JHEV sekiranya memerlukan bantuan. Sekiranya telah dimaklum tetapi tiada siapa yang datang menjengok bertanya khabar, itu lain cerita. Oh ya, saya tak dapat apa-apa pun daripada JHEV terhadap coretan ini. He....He...He.
8 ulasan:
salam,
Apa yg saya faham, sekiranya berita sebegini di laporkan oleh Buletin utama dan di akhir ceritanya ada seseorang atau organisasi nak membantunya ...ini cerita nak promosi sesuatu....faham faham sajalah.....prblem sudah diselasaikan .
ayat last sekali macam tak ikhlas jer ...
Saudara Anon (5:52AM),
Terima kasih. Maksud saya ialah saya tidak diperalatkan oleh JHEV. Itu saja.
Itulah JHEV,apabila nakkan jawatan macam2 justifikasi diberi, anggota terdiri sekian sudah cukup, maka bukalah pejabat,penyudahnya....... kerje tak buat macam2 alasan diberi, gaji dapat kalau kerje tak buat ape hukumnya,fikir lah sendiri.Kepada Mej(B)Nor weldone Sir.if you can do it without hasitation why others can't? its a matter of Iklas dan jujur sahaja.TQ
Salam Tuan,
Apa yang saya perhatikan trend sekarang ini jika terdapat ada di kalangan bekas anggota tentera yang mempunyai masalah terus anggota berkenaan menyalahkan pasukan asalnya. Lebih-lebih lagi anggota yang tidak menamatkan perkhidmatan dengan sempurna iaitu "BERPENCEN". Kita telah didedahkan 2 orang anggota GGK iaitu LKPL Che Kob (masalah mental) dan baru pulak seorang anggota GGK juga yang mengalami glokuma (pancaindera mata).Kedua-duanya juga merupakan dikalangan anggota LLP yang berhenti sebelum tempoh matang@Berpencen.Saya tidak berapa setuju dengan apabila ditemuduga oleh Pemberita atau orang perseorangan menyalahkan Pasukan asalnya memberhentikan nya akibat masalah fisikal dll. Dalam hal ini saya menyangkal keras. Sebagai seorang yang boleh dikatakan orang lama juga didalam kor GGK (tahun 1971- 1993)saya tidak bersetuju dan menimbulkan tandatanya kepada saya kenapa perkara sedemikian harus terjadi kepada nya yang punya badan yang menceritakan. Setahu saya disepanjang perkhidmatan saya ramai dikalangan anggota yang kurang upaya (OKU) yang disebabkan perkhidmatan diberhentikan begitu saja. Saya bagi cth ada dikalangan OKU tsb mengalami lumpuh, kehilangan pancaindera mata(buta), putus tangan,putus kaki dll ketika melakukan operasi, sukan, dijalanraya dll. Mereka ini dibenarkan menyambung perkhidmatan sehingga tempoh bersara.
Pada jangkaan saya ada kalangan anggota begitu tertarik dan mengharapkan dengan wang imbuhan yang diperolihi penuh (100%) ketika berhenti separuh jalan, manakala yang berpencen cuma menerima separuh (50%) sahaja dari wang imbuhan itu dan sebahagian lagi dimasukkan kedalam tabungan Pencen (50%).Akibat dari kehabisan wang yang diperolehi 100% itu maka timbullah masalah kronik seperti ini
Jadi kesimpulannya saya kurang berkeyakinan bahawa anggota -anggota tsb dibehentikan oleh pasukan seweang-wenangnya. Malah sebelum seorang itu samada berhenti atau bersara proses temuduga oleh Pegawai Memerintah sesebuah pasukan itu ada dilakukan. Didalam perkara ini rasa saya eloklah kita menerima berita atau fakta itu dari dua-dua pihak iaitu bekas majikannya bukan semata-mata bergantung cerita kepada siempunya badan sahaja. Waallahuwaalam.
Salam Tuan!
Tk paparan...Pandangan Abah tu saya juga setuju kerana saya juga punya pengalaman semasa menjadi Komandan IKEM(2001-2003)...beberapa orang PTTKanan yang menamatkan perkhidmatan 18 thn...Mereka ini di temuduga dan diberi nasihat agar terus sambung khidmat hingga 21 thn & berpencen. Jawapan senang nak dapat Cash nak berniaga...!dimklmkan kemudian ada di antara mereka GAGAL dlm perniagaan....hidup agak susah juga kerana tak Berpencen dan anak2 makin membesar...!Apa nak di kata...!Wallahu aqlam!
Assalamualaikum Tuan Mejar,
Saya berasa sedih dan hairan mengapa begitu buruk sekali nasib sesetengah bekas2 perajurit negara yang telah banyak berjasa mempertahankan negara melawan anggota Pengganas Komunis semasa darurat dahulu.
Adakalanya nasib anggota2 tentera kita itu lebih buruk daripada nasib anggota2 Komunis itu.
http://matamin02.blogspot.com/search/label/Kampung%20Perdamian
Kesimpulannya : Melayu tetap layu.
1) Belanda dan British berpakat, akhirnya Malaya dan indonesia berpecah, kuasa Melayu jadi lemah.
2) British dan Siam(Thailand) berpakat, Tanah Melayu jadi cagaran
3) British dan Jepun berperang, Melayu berpecah-belah - ada orang2 Melayu jadi UMNO, PAS dan ada jadi AWAS, SEDAR (PKM) - berpecah.
4) Kapitalis dan Komunis bergaduh, Melayu Islam juga jadi korban.
5) British dan Lee Kuan Yew berpakat, Singapura jadi korban.
6) British sentiasa lakukan tipu- helah - pecah & perintah (pemimpin / Raja2 Melayu) untuk menguasai Tanah Melayu.
6) UMNO dan PAS bertekak, Melayu berpecah belah - buang ukhuwah.
Apa nak jadi; Melayu Islam Tanah Melayu sentiasa dibuli jadi mangsa oleh kapitalis penjajah dan Komunis....
Saudara Anonymous
Memang betul kata anda,anda kene renung balik mengapa!......inilah akibatnya melayu mudah lupa, tapi yang cakap tu dulu bukan melayu tapi.....yang ikut melayu.Sejarah melaka jatuh kepada portugis,siapa yang sanggup berenang memberi maklumat? bukan melayukan tapi orang....kerabat dia jugak yang jadi mangsa melayu, so siapa yang ikut perangai dia melayu juga dan yang penting sekali siapa yang tolak hukum Allah dan persenda nabi? yang ikut melayu jugak dan ini lah dia akibat kalau melayu menolak hukum Allah tapi mengaku Islam.Yang anda cerita diatas adalah petunjuk nya .TK
Catat Ulasan