Klik untuk membaca
Tak terniat langsung nak mempersendakan sesiapa. Nawaitu saya hanyalah dengan harapan agar pandangan saya itu dapat 'menyedarkan' mereka yang 'terlupa' bahawa mereka akan berhijrah ke alam nyata satu-satu hari nanti. Itu pun jika diizinkan Allah, InsyaAllah.
Kalau laporan akhbar berikut semuanya beno dan tak ada yang tak beno...memang menakutkan....
Utusan Malaysia 12/10/2011
Semuanya terpulanglah kepada individu untuk mencorakkan masa hadapannya. Memang senang nak jadi susah... memang susah nak jadi senang. Wallahualam.
6 ulasan:
pengaruh kebendaan ketika ini amat dasyhat, ...."bior pape asal bergaye...." beringat sebelum terlambat dan kuat fikiran dan tingkatkan kesabaran disertai iman kepada ALLAH ketika berhdapan dengan manusia materialistic yang sentiasa tak puas dengan duniawi dan penuh dengan penyakit hati....insALLAH kita selamat dunia dan akhirat.
Salam tuan,
Seingat saya dulu saya tidak didedahkan ada perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga 25 tahun 3 bulan untuk membolehkan saya berhak menerima pencen sejumlah 60%. Saya cuma dimaklumkan iaitu perkhidmatan 21 tahun layak berpencen dan lanjutan setahun untuk perkhidmatan Agong, itu sahaja. Saya menamatkkan perkhidmatana saya 22++ tahun. Kalau saya tahu tahun berkhidmat dibolehkan sehingga 25tahun 3 bulan untuk mendapatkan jumlah pencen yang dinyatakan pasti saya berbuat sedemikian. Bagi saya perkhidmatan 22 tahun ketika itu, baru rasa nak bermesra atau langkah pertama dengan tugas-tugas yang diberikan ketika itu. Lagi pun dikirakan kalau saya berkhidmat lagi pun selepas menjangkau 22 tahun saya dikirakan cuma bergaji separuh sahaja 50%, kerana ketika itu saya sudah pun dikira tempoh berkhidmat berpencen. Yang saya hairannya bagaimana sikap segelintir anggota itu untuk tidak menghabiskan tempoh berpencen, dan cuma mengharapkan caruman 100% yang sedia ada. Pada hal untuk melalui masa tidak lah begitu lama sangat tambahan pulak yang berhenti 18tahun.Untuk pengetahuan juga saya pernah ditawarkan Pegawai Bertauliah iaitu sebagai KM satu ketika dulu, tetapi oleh kerana faktor usia ketika itu tidak membolehkan saya mencapai pangkat maksima sebagai KM maka saya tolak atas dasar masa berusia 47/48 tahun agak lewat dan berpeluang agak tipis bagi saya untuk menceburkan diri di sektor awam/Swasta. Syukor Alhamdullillah saya sudah melalui dua aliran itu dan dikira sudah melalui dua kali usia persaraan iaitu Tentera dan Awam/Swasta.Dengan wang pencen dan juga wang simpanan KWSP itu sahaja lah menampung kehidupan sehari-harian dipenghujung usia ini. Waallahuwaallam
Tuan, saya bersetuju peringatan tuan bahawa kita merancang kewangan dari hari pertama kerja. Saya mempunyai pengalaman anak sendiri yang belajar salah satu di Institut ATM . Betapa bangganya saya bila anak diasuh membuat potongan gaji ke Tabung Haji dan potongan Ke Ibu sendiri .
Tapi masalah timbul bila ada yang mengalakkan anak -anak tersebut untuk membeli rumah pada usia muda. Saya tak tahu samaada yang mengalakkan ini ada niat untuk dapat komisen atau niat ikhlas. Saya mengetahui anak saya membeli rumah semasa sebulan lagi untuk serahan kunci (itupun terjumpa surat dari Pinjaman Perumahan Kerajaan) . Saya memang salahkan anak saya kerana tidak berbincang dengan saya atas pembelian ini .
Saya selalu terfikir adakah staf yang mengalakan itu memberi kata nasihat kepada anak tersebut yang rata-rata umur 18-21 tahun supaya berbincang dengan keluarga walaupun mereka dah ada gaji sendiri. Saya beranggapan anak-anak ini masih tidak matang lagi ,perlu mendapat nasihat dari ibu bapa mereka.
Bayangkan mereka perlu membuat potongan perumahan 25-30 tahun. Saya rasa biar lah mereka membeli rumah selepas mereka ‘posting’ dan anak ini sudah berakal sikit . Bila mereka ditempatkan di kem-kem seluruh Malaysia , rumah terbiar , disewa pun murah (bukan kawasan strategik spt KL),gaji pun dah tinggal sikit. Bagi ibu bapa yang ada pendapatan lebih boleh lah bantu anak-anak tersebut. Ini akan timbul gejala yg tidak sihat kpd anak anak yang baru nak mula hidup. Umur baru 21 tahun , hutang keliling pinggang.Biar lah mereka mantap dulu dengan gaji dan pandai menguruskan kewangan.
Cadangan tuan untuk beri ceramah atas urusan kewangan elok sangat terutama di Institut tersebut ..
Saudara my view,
Terima kasih. Kalau 'bio pape ase begaye' jadi pegangan hidup, jadilah angka statistik...golongan muflis.
Saudara Abah,
Kalau masih ingat, umur bersara penjawat awam ketika dulu ialah 55 tahun. Kemudian dinaikkan ke 56. Pada 2008, + 2 tahun lagi=58 & sekarang 60 tahun. Sesiapa yang berkhidmat melebihi 30 tahun & lebih mendapat 60% gaji pokok apabila bersara. Untuk menyesuaikan dasar ini agar anggota ATM turut dapat menikmati pencen 60%, maka kerajaan telah menyelaraskan skim pencen ini. 25 tahun 3 bulan=30 tahun=60%. Lebih kurang begitulah.
Saya percaya, had tempuh perkhidmatan untuk ersaraan bagi LLP pangkat mungkin ditambah sekarang...Wallahualam.
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Seelok-eloknya, dapatkan pandangan ibu-bapa. Beli rumah itu memang elok, tetapi lokasi sangat penting. Lembah Klang OKlah kerana harga rumah melambung naik. Tapi di kawasan lain, rasanya agak perlahan. Kalau baru berkerja dah beli rumah, kereta, dll, silap haribulan semuanya disita..Wallahulam.
Tulisan tuan itu hanya patut ditujukan kepada bekas tentera atau bekas pegawai tentera yang memasuki perkhidmatan ATM pada 1 Jan 1990 atau ke atas kerana gaji mereka sangat baik berbanding mereka yang menamatkan perkhidmatan ATM pada 31 Dis 1989 ke bawah (1988 atau 1985 atau 1980 atau 1970 atau 1965 ke bawah) sama ada berkhidmat selama 21 tahun atau ke atas (berpencen), atau 18 tahun, atau 15 tahun, atau, 13 tahun. atau 12 tahun, atau 10 tahun yang tidak berpencen. Skim gaji tentera sebelum Najib PM menjadi Menteri Pertahanan sangat rendah, nak makan seorang pun tak cukup, apa tah lagi untuk sara keluarga atau untuk menyimpan, itu belum lagi diambilkira untuk menanggung ibu bapa yang susah di kampung. Walau bagaimana pun, sebagai manusia yang ada berpegang kepada ajaran Islam, kita tidak boleh salahkan mana-mana pihak. Semua itu adalah ketentuan Allah yang menjadikan kita di zaman itu.Maknanya, kita tidak boleh salahkan Kerajaan kerana Kerajaan tidak pernah pun memaksa kita supaya kita masuk ATM, dan yang sebenarnya kita yang memohon menjadi tentera. Namun, Kerajaan ada banyak berjanji untuk membela Bekas Tentera yang tidak berpencen, dan sewajarnyalah Kerajaan menunaikan janji-janji tersebut. Jika tidak, Kerajaan akan dianggap "tidak betul". Bekas Tentera sama ada yang berpencen atau tidak berpencen tidak berhak menuntut sesuatu supaya ditunaikan oleh Kerajaan, tetapi boleh memohon sesuatu permintaan untuk meringan kehidupan mereka yang susah. Saya sendiri pun tidak berpencen, namun saya tetap berdoa semoga Allah sentiasa memberi pembelaan kepada saya di dunia NYA dan di Akhirat NYA. Hari ini, keluhan bekas tentera atas bekas pegawai tentera seolah-olah tidak didengari oleh Kerajaan. Kerajaan juga hendaklah melayani mereka itu seperti manusia. Jika sesuatu masalah timbul, saya harap bekas tentera dan bekas pegawai tentera dapat berunding dengan Kerajaan secara baik, dan begitulah sebaliknya. Jika tidak, berjuanglah dalam politik secara baik. Saya ada dengar cerita-cerita tidak rasmi bahawa ada pakatan untuk menubuhkan parti politik, bernama Parti Bekas Tentera atau panggilan ringkas parti BETA dan akan bertanding di Kerusi Parlimen dan DUN yang ada kem tentera, dan dengar khabar parti BETA akan bekerjasama dengan PAS. Sekian.
Siapa presiden Persatuan Bekas Perajurit? ape yang dia buat? dapat jadi Senator ape yang dia buat? untuk dia adalah dapat AP masuk kereta dari luar, Show Room pun tak ada, yang penting aku kaya.Buat rapat raksaksa bekas perajurit di stadium Bukit Jalil,apa bekas perajurit dapat? ex gratia,khairat kematian.....dah mati nak buat apa lagi, yang penting nak tutup kelemahan dia sebagai presiden yang dia telah buat.
Catat Ulasan