Followers

Friday, October 7, 2011

Seketika Di Wisma Perwira 6 RAMD

3 Oktober 2011....Saya sempat main golf 8 lubang  saja kerana ada temu janji dengan pegawai 6 RAMD.

6 RAMD - Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Mejar Adnan Shafie, pegawai yang kerap saya hubungi, menjemput saya ke Wisma Perwira pada jam lebih kurang 1030 untuk bertemu dengan Pegawai Memerintah (PM) dan lain-lain pegawai. Beliau telah mengatur pertemuan ini berlandaskan kepada surat yang telah saya faks kepada PM. Dalam surat tersebut, saya telah menyatakan bahawa saya telah mengabadikan kisah arwah 22297 Lans Koperal Saidi Bin Ismail, warga 6 RAMD,  yang terkorban ditembak pengganas komunis. Ketika saya mengambil beliau di LP pada waktu malam dengan kaedah 'winching', beliau hanya satu 'casevac' tapi bertukar status kepada 'bodevac' dalam pesawat.

Saya turut mendokumentasikan bagaimana Kapt (U) Chong Keng Lay yang telah ditembak oleh musuh ketika cuba mengambil seorang casevac 6 RAMD, Prebet Majeni.  Misi 'Combat Air Rescue' telah mengorbankan seorang anggota  Air Rescue Team, Lans Koperal Ismail PGB.   

Saya sangat terharu kerana PM menghargai sumbangan saya dengan menggalakkan pegawai beliau memperolehi buku tersebut. Sambutan sungguh menggalakkan.

Dari kiri: Mej Adnan (PMC), Lt Kol Robia'ai (PM)

Saya sungguh kagum dengan infrastruktur kem dan kemudahan di Wisma Perwira...Sungguh jauh bezanya dengan apa yang pernah saya alami! Dan, inilah kali pertama saya menjejak kaki ke mes pegawai Tentera Darat, khususnya unit infantri (menumpang di mes pegawai di barisan depan seperti Kroh semasa berkhidmat dulu, dah jadi kebiasaan) sejak beberapa dekad. Kali terakhir saya 'menumpang' atau singgah di mes pegawai 'proper' ialah pada awal 70'an - Mes Pegawai 1 Renjer di Kem Tambun, Ipoh; Pegawai Memerintah ialah Lt Kol 'Mike' Nasir. Kami membuat detasmen ketika terlibat dalam satu operasi - Ops Setia? - yang dilancarkan oleh 2 Briged di bawah panglimanya, Brig Jen Dato' Jaafar Onn. Kami diberi sebuah rumah kelamin berhampiran dengan mes pegawai. Melepaklah kami setiap malam di mes.

Bila dikenangkan semula kisah-kisah ini, nampak sangat saya ini seorang veteran!!

Pegawai Memerintah, Mejar Adnan & Semua Pegawai 6 RAMD....Terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

I view military service as a wonderful avenue for the Malays especially to use as a launching pad to many opportunities. The government should consciously use it to churn out good and reliable managers, entrepreneurs, technocrats etc.

During our days, the same opportunities were available but not many really saw the openings or really interested in self-improvement perhaps due to many other distractions. There were bad military cultures left by the British that we inherited. Drinking liquor, unfettered entertainment, gambling were the way of life for many.

Now, in peace time, the philosophy of soldiering ought to be revamped. We should be adopting the "thinking army" philosophy like the ones adopted by US, Singapore and Israel. I don't think absolute & blind loyalty will work any longer.Soldiers no matter what rank they hold must be first be convinced and persuaded as to the goal and direction set in order to them to be expected to give their heart and soul. We should also remove all uncertainties in respect of their post-military future. All military in-service skills must be given a certification from certificate level up to PhD with government recognition. Post-military careers should be charted to each individuals so that no ex-servicemen are unemployed or to be allowed to drift and fall below the poverty line. All ex-servicemen must be groomed to be employable.

Can you imagine how rich and capable the Malay's work force would be for Malaysia if such philosophy is implemented consciously. It can be a DEB expressway. I still feel our race still need the "conscious" effort to mold them into what we want them to be. Of course by and large many are ready motivated enough now to strive for success. The hard facts is that the Malays still need guidance, opportunities, motivation and lots of assistance. The Armed forces services can be converted into a vocational, educational and motivational power-house to socially engineer the Malays for generations to come. Of course we do not wish to produce dogmatic or robotic Malays via the military service. That is why the "thinking army" philosophy is the way forward.

I'm already seeing some progress made to the Armed Forces services taking place right now. But what I am urging is for the government to use the military services to eradicate poverty among Malays, a scheme which I envisaged above. Military ex-servicemen future ought to be guaranteed to a certain extend. Otherwise bad hats will be creeping into the service in future and the country will certainly confront a major social problems and collateral damage will usually goes to the Malay race. If that happens, forever the Malays will be economically marginalised. What a sad thing!

That's my spontaneous view in this blissful Friday morning. Wassalam,

Anonymous said...

Kita dah merdeka lebih drp 50 tahun,kesemua Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan adalah dikalangan orang melayu dan 99% tentera (armforces personnel) adalah anak melayu (correct me if i'm wrong)tapi menagapa warga tentera terabai? siapa yang patut dipersalahkan,kita tak payah pergi jauhlah,tengok pusara anggota ATM ada yang tak terurus ada yang dok di tepi jalan,baru baru nilah diambil perhatian itupun hasil nukilan siapa???.... cuba kita lihat US,British, AUS mereka merhargai veteran2 mereka, kita?...macam2 persatuan bekas perajurit naik apa fungsi mereka,yang penting kat atas tu tempolok aku penuh.TQ

adnan said...

Thank You Sir

Anonymous said...

Where is this camp?

Anonymous said...

Where is this camp please I'm trying to write a report on this camp. i need an approximate location or exact please