Bila saya membaca lapuran berikut dalam NST, terfikir jugalah yang negeri teman ini 'not bad' sehingga sedia memperuntukkan RM34K hanya untuk menjayakan Mesyuarat Tahunan Perwakilan PBTM yang diadakan di Lumut.
Minda pun mulalah memikirkan macam-macam. Kalau majlis tersebut pun gomen negeri Yop boleh 'taja', kemungkinan besar depa akan mempertimbangkan cadangan saya seperti yang saya ajukan kepada kerajaan Negeri Jelapang Padi di sini. (Sehingga kini tiada sebarang respons daripada gomen negeri Kedah. Biasalah tu!!!) Jawabnya, pindalah sedikit isi kandungan e-mel tersebut kepada bentuk surat. Dan melayanglah surat berikut ke Ipoh....
Sebentar tadi saya dah hubungi Pejabat MB dan juga PBTM Cawangan Negeri Perak. Mereka mengesahkan penerimaan surat tersebut.
Pembaca....Saya sudah pun memulakan langkah pertama. Sekarang terpulang kepada organisasi terbabit melobi kerajaan negeri agar pengiktirafan sewajarnya diberi kepada wira-wira yang tak didendang.
Terlupa pula. Wartawan NST yang menulis laporan di atas, PETER NUNIS, adalah mantan PW2, seorang 'Gunner Alouette Gunship' yang saya coretkan di sini dan penerima KPK.
4 ulasan:
Salam Tn Mejar Nor ibrahim,
Tahniah atas usaha murni Tuan bagi pihak comrades Tuan. Mudah2an ianya mendapat perhatian sewajarnya dari pihak2 berkenaan. Sudah tiba masanya kerajaan negeri juga khususnya menghargai jasa2 anggota ATM; terutamanya anak2 negeri masing2; yang telah lama berkorban masa dan tenaga, malah jiwa raga mereka menjaga keamanan dan kedaulatan negara ini.Satu tugas dan tanggungjawab yang tidak semua dan calang2 orang yang sanggup menggalasnya...These men are ordinary men with extra ordinary courage who had risks their lives to save their friends.It does not matter whether the men who suffered on the battlefield, and the dependants of those who died, were heroes or time-servers; nor whether they fought in wars that posterity admires, or those that it does not. When soldiers, sailors and airmen don the King’s uniform, they become our representatives in arms, fulfilling duties and purposes that most of us have been mercifully spared. They may be at so many times and in so many alien places: patrolling the borders of the north, east and west coast in heavy drizzle; wrapped in misty fog in the jungle terrains; or thick with dust on a village street deep in the provinces. Today's veterans and their families neither want nor deserve that kind of pity, but they profoundly deserve our respect.
Hari Pahlawan offers us a precious opportunity to display a gratitude which is as important as donations of our mere money, in token of their blood.
Hopefully, the hopes and idea forwarded to the state government is a new beginning for the unsung heroes...they deserved the best of treatment and compliments from our supposedly grateful citizens cum nation.
p/s Tersangat wajarlah pengorbanan setiap anggota perajurit dihargai dan dijulang...tanpa prejudis dan tolak ansur.....Nyawa dan pengorbanan mereka/kalian tiada yang dapat menyetarakannya dengan apa sekalipun, waimahpun dengan timbunan wang ringgit dan emas menggunung.
BANGSA YANG BESAR IALAH BANGSA YANG MENGINGATI JASA PAHLAWANNYA.
May God bless the fallen souls...
Wellsaid Nur, but its already to late to talk about this matters,the person who involved in the organization are all opportunist they are no sincierity,they are more thinking of their own agenda, sorry to say that,tengok saja sambutan hari pahlawan,ATM,TUDM etc....adakah veteren ini dijemput? yang ada pun veteren itu ada kepentingan dgn organizer,ini terbukti apabila veteren ini datang berjumpa utk meminjam beberapa pingat drp saya.....hanya orang tertentu sahaja.Untuk pengetahuan Nur saya pernah ditumpangkan disalah sabuah pengkalan udara (Komenwel Country)apabila sampai Hari Anzac,dan dll upacara yang melibatkan hari tentera mereka mengutamakan veteren,veteren ini dijemput diberi tempat duduk bersama2 VVIP termasuklah saya sendiri,bertapa mengahnya mereka,tapi di malaysia?....hanya utk orang tertetu sahaja.TQ
As-salam Mejar
Semoga sihat berpanjangan. Kagum dengan semangat berjuang Mej. Dulu dengan Nuri, kini dengan coretan-coretan kepada pihak-pihak tertentu, untuk kebajikan rakan seperjuangan. Semoga sukses sentiasa!
nur_emyinda12,
Terima kasih. Alangkah gembiranya saya sekira rakyat Malaysia berfikiran seperti saudari. Apakan daya, 'wira' yang mengharumkan negara lebih dihargai daripada 'wira' yang berkorban untuk mempertahankan negara.
Veteran ATM,
Terima kasih. Saya percaya masih belum terlambat. Kalau terus diasak, saya yakin satu-satu hari nanti akan berjaya, InsyaAllah.
Waalaikumussalam Cikgu,
Terima kasih.
Catat Ulasan