Pengikut

Khamis, 29 Disember 2011

Biasa Le Tu!

Sehingga kini, tiada sebarang respons daripada penerima-penerima, termasuk yang di'cc'kan, e-mel/surat yang saya hantar sepertimana yang saya coretkan di sini dan di sini. Siapalah yang nak melayan kerenah mejar pencen ini...membuang masa sahaja!! Tak apalah. Saya cuba pula menghubungi seorang wartawan mencadangkan agar beliau menulis rencana berkaitan dengan rentetan saya ini.

Petikan e-mel saya '....Sungguh sedih apabila difikirkan bahawa wira-wira yang sedia berkorban nyawa dan raga dipinggirkan. Manakala 'wira-wira sukan' yang mengharumkan negara disanjung dengan pelbagai imbuhan.'

Ini respons beliau.... 
To: "nibsny@yahoo.com" 
Sent: Wednesday, 28 December 2011 12:13 PM
Subject: Syor pesara tentera diberi sumbangan


****salam mejar, bahan story ini saya telah hantar ke ibu pejabat kuala lumpur pada 23 Disember lepas***

 ALOR SETAR 23 Dis. _ Seorang aktivis veteran tentera mencadangkan agar semua kerajaan negeri memberi sejumlah sumbangan kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermastautin di negeri masing-masing.

 Bekas juruterbang helikopter Nuri, Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman, 62, berkata, ia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara.

 ''Golongan ini satu ketika dahulu sentiasa bersedia untuk berkorban mempertahankan negara tanpa mengenal erti penat lelah.

 ''Saya percaya kerajaan negeri di seluruh negara tidak menghadapi masalah memperuntukan sejumlah dana sebagai 'saguhati' kepada wira-wira ini sekali gus mencerminkan penghargaan terhadap mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Nor Ibrahim yang menghasilkan buku bertajuk Coretan X Nuripilot mengisahkan pengorbanan pasukan tentera mempertahankan negara ini daripada komunis, mencadangkan sumbangan berkenaan diberikan pada Hari Pahlawan iaitu tanggal 31 Julai.

 Katanya, veteran pasukan keselamatan negara khsususnya yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran di era insurgensi dan para penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) wajar diberikan sumbangan tersebut.

 ''Ini kerana penerima KPK terkecuali daripada menerima Elaun Kenangan seperti yang dinikmati penerima Seri Pahlawan (SP), Pingat Gagah Berani (PGB), Pingat Tentera Udara (PTU) dan pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) walaupun ia tergolong dalam kategori Anugerah Perkasa Persekutuan,'' ujarnya.

 Nor Ibrahim berkata, selain pengiktirafan, sumbangan itu akan sedikit sebanyak membantu golongan berkenaan terutama yang berdepan dengan masalah kesempitan wang dalam mengharungi kehidupan seharian.

 Menurutnya, tidak semua pesara tentera hidup senang di hari tua memadangkan ramai di kalangan mereka tidak berpencen di samping faktor kecatatan anggota dan tahap kesihatan menjadi punca mereka tidak mampu mencari nafkah.

 Katanya,  jika setiap kerajaan negeri bersetuju meluluskan cadangan sedemikian, ia dapat membantu dan membela nasib bekas tentera yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi menampung perbelanjaan isi rumah lebih-lebih lagi taraf hidup masa kini semakin tinggi.

 ''Apa jua jumlah sumbangan sudah pasti memberi makna kepada mereka,'' katanya.

Apakan daya, bahan cerita ini tidak disiarkan!! Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan  berkenaan kerana sudi melayan kerenah saya ini. Dan saya pula sudah mencuba....Allah yang menentukannya.  

Sekiranya ada di antara para pembaca yang sentiasa bergesel bahu dengan orang kenamaan, terutamanya MB/KM, Exco & ADUN, apa kata anda 'sound-sound' sikit pada mereka tentang isu ini. Manalah tahu...entah-entah terbuka hati mereka untuk melaksanakan saranan ini. 

Sebenarnya saya tak melepas peluang mengenengahkan perkara ini apabila bertemu dengan individu yang pada saya boleh mempengaruhi mereka yang membuat keputusan. Ada satu insiden, saya terserempak dengan seorang politikus di kedai dobi di Alor Setar. Apa lagi, saya pun meluahkan pandangan saya ini walaupun tidak mengenali beliau. Sepertimana yang sudah dijangkakan, jawapannya '.....Baiklah mejar. Faxkan butir-butir pada saya. Saya akan cuba'. Memang saya faxkan dokumen-dokumen terbabit tapi faham-fahamlah sajalah maksudnya. Biasa le tu!

8 ulasan:

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

...the gleaming ring of black granite walls and monuments stand in solemn tribute to the fallen souls. Hundreds of names are etched in stone, many of them long forgotten to history...This is Tugu Negara. Hari Pahlawan…yet another day…year in year out…

To those concern, a traumatic event/s, a tragic loss…The war left scars no one will ever see. There's no way to describe the pain ... it feels like someone's reached inside you and just pulled everything out. Many lives have been lost to keep Tanah Melayu/Malaysia safe. Many families have sacrificed their loved ones for the cause.

Yes, we don't decide if and when we go to war. But these are our families, our friends, someones children that are in harm's way. Come to think about it, it's a shame we ask people - the soldiers - to go out and put their lives on the line and when they come back, not only are there very limited job opportunities for the majority of them ... but the debt to pay for the war will fall on their shoulders as well. All I could say is…repay these families… Thus, we, Malaysians, should support them in any way we can. I’m all in with Tn Mejar Nor Ibrahim and all those comrades.

The saddest thing and worries now are about once Malaysians forget about the war, they forget about the people who fought the war. The question is …are we turning to be selfish ungrateful citizens? I wonder where do we went wrong…who to blame…Dear fellow Malaysians, just think and ponder about these...

**** let us all take a moment to reflect and express our deepest respect and gratitude to the courage, bravery and patriotism of all of our veterans…more so the fallen souls… Al Fatihah.

p/s ….The celebs and sportsmen, who had won so much of respect and honour; be them in sum and materials (which I, extremely very much disagree with), why not put them in the armed forces uniform then and take them alongside our commendable courageous armed forces to the ‘battlefield’ then. I’m sure they should perform… too… ;-p . Anyway, the world is also a STAGE/ a STADIUM, so is the battlefield… with spotlights too.

merci beaucoup...gracias

MOZA AQM berkata...

Tuan Nor,

Kita tunggu dan lihat bila sampainya nak pilihanraya nanti,kut kut ada yang teringat saranan tuan itu,as you said b4 biasa lah mereka ini sibuk dgn tugas2 mereka,may be 2 them its just a small fish.....just pray lah
TQ

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Betul kata tuan. BIASALE TU! setuju dengan blogger nur dan moza. Lupa sebab kita dh tak perang komunis. dh senang sekarang. lupa sebab sibuk sangat nak melayan kerenah yang bukan2 pihak2 tertentu. FAHAM2la tu ! big fish small fish dalam kuali jugak kita suma ada masuk kasi makan. ayoyo yama apek

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara/Saudari,

Terima kasih. Saya masih mencuba. Manalah tahu ada pihak berwajib yang sedia mendengar saranan saya ini. Saya telah menghubungi seorang rakan di Perlis menyarankan beliau turut memperjuangkan isu ini. Beliau akan cuba uruskan saya berjumpa dengan seorang politikus yang 'rub shoulder' dengan pemimpin negeri. Manalah tahu, kalau ada rezeki, ada...Insya-Allah.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
You are what they call, a pessiestant peddler once you get your foot in the door there is no stopping you. Keep up the good job and may Allah bless you.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Gengis Khan,

Thank you. May Allah bless you too.

budakboy berkata...

Salam tuan mejar nor. baru landed at your blog tahun 2012 ni. very informative blog. Kat Perlis tu Dato Zahidi Zainul Abidin (ex RMAF) pernah jadi exco Perlis (1999-2004). Pahang pulak ada exco khas menjaga kebajikan bekas tentera (2004-2008), Selepas 2008, potfolio tu dijumudkan.
So, susah le sikit kita (bekas tentera) nak perjuangkan sesuatu isu utk kebajikan semua.
Contoh paling nyata, penjawat awam/swasta ada Skim Bencana Pekerjaan yang melindungi mereka. Tentera, bila Bahagian Perkhidmatan Kesihatan buat ulasan """Tidak berkaitan perkhidmatan"". That's the end of the world. tak layak pencen hilang upaya walaupun seorang mantan pegawai TD di Felda Sertik, Pahang cacat di mukanya tapi TIADA sesen pun imbuhan atau pencen hilang upaya diperoleh beliau.
Saya pernah bersuara semasa di dalam perkhidmatan tapi sape nak dengar suara seorang Lt Kol yang berusia 47 tahun (2009).
Semoga tuan tabah berjuang kerana nak harapkan PBTM pun, mereka lebih dari politikus perangainya.

Salam.
razaksalim
lt kol tudm bersara

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Lt Kol Razak Salim,

Terima kasih kerana singgah di blog saya ini. Saya mengharapkan persatuan, seperti PBTM, sedia membawa isu ini ke pihak berwajib di negeri-negeri berkenaan. Kecewa sekali...sepi sesepinya.

Namun demikian, saya akan terus mencuba, insya-Allah.