From: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
To: "nor ibrahim sulaiman (nibsny@yahoo.com)"
Cc: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim ; Hasnah Binti Haji Salleh
Sent: Wednesday, 1 February 2012 10:29 PM
Subject: ELAUN KENANGAN
To: "nor ibrahim sulaiman (nibsny@yahoo.com)"
Cc: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan
Sent: Wednesday, 1 February 2012 10:29 PM
Subject: ELAUN KENANGAN
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh,
Tuan Mejar Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B),
Dengan hormatnya, saya mohon merujuk kepada pertanyaan tuan berhubung pemberian Elaun Kenangan kepada penerima Jasa Perkasa Persekutuan dan Pingat Tentera Udara dan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, elaun kenangan kepada penerima pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) dan Pingat Tentera Udara (PTU) telah diluluskan oleh Kerajaan pada bulan Julai 2011 dan tarikh penguatkuasaan pembayaran elaun tersebut ialah pada 1 Julai 2011.
2. Bagi membolehkan bayaran itu dibuat dan dilaksanakan suatu akta perlu digubal dan dalam hubungan ini, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara dalam proses akhir gubalan dan perincian ke atas rang undang-undang bagi mewujudkan Akta Elaun Kenangan Jasa Perkasa Persekutuan dan Akta Elaun Kenangan Pingat Tentera Udara.
3. Kedua-dua rang undang-undang ini dijadual untuk dibentangkan bagi mendapat kelulusan Parlimen pada bulan Mac 2012, iaitu tarikh terhampir Parlimen bersidang (Pembukaan Sidang Parlimen ialah pada 12 Mac 2012). Pembayaran elaun kenangan ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Parlimen meluluskan Rang Undang-undang tersebut dengan tunggakan mengikut tarikh kuatkuasa Akta ini (1 Julai 2011).
4. Pihak kerajaan amat perihatian dengan masalah yang dihadapi oleh pihak tuan dan anggota yang terlibat dan dalam hal ini saya akan memantau dan memastikan supaya bayaran ini dibuat sebaik sahaja akta ini di luluskan serta persediaan bagi keperluan dokumentasi akan dibuat lebih awal. Pihak tuan akan dihubungi sekiranya terdapat maklumat terbaharu mengenai pekara ini dan tuan juga boleh menghubungi saya ditalian 019 3563635 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenainya.
5. Saya berharap tuan berpuas hati dengan penjelasan ini dan sekali lagi saya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Terima kasih.
"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
1 Februari 2012
Kalau tak silap saya, YAB PM mengumumkan pemberian Elaun Kenangan tersebut berkuatkuasa awal 2009. MST juga menyebut 2009 dalam surat beliau. Untuk mendapat pengesahan, melayanglah e-mel ini....
From: nor ibrahim sulaiman [mailto:nibsny@yahoo.com]
Sent: Thursday, 2 February, 2012 10:03 AM
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Cc: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim; Hasnah Binti Haji Salleh; Tan Sri PAT; Dato Latt Shariman
Subject: Re: ELAUN KENANGAN
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Cc: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim; Hasnah Binti Haji Salleh; Tan Sri PAT; Dato Latt Shariman
Subject: Re: ELAUN KENANGAN
Waalaikumussalam Datuk,
Saya sungguh menghargai kesedian Datuk memberi respons walaupun di waktu cuti umum sempena Hari Wilayah. Untuk itu, TERIMA KASIH. Juga, terima kasih di atas penjelasan terperinci terhadap perkembangan isu yang dibangkitkan oleh saya dan juga 'MENUNGGU SAMPAI TUA (MST)'. Saya terharu dengan jaminan Datuk '....saya akan memantau dan memastikan supaya bayaran ini dibuat sebaik sahaja akta ini di luluskan serta persediaan bagi keperluan dokumentasi akan dibuat lebih awal.'
Namun demikian, saya perhatikan terdapat percanggahan terhadap BILA elaun tersebut dikuatkuasakan. Apa yang saya difahamkan, YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa mulai 2009. Saya dan juga MST pasti tidak memetik angka tersebut dari 'thin air' begitu sahaja! Kami berlandaskan apa yang diumum oleh beliau (YAB PM) pada 30 Julai 2011 di Port Dickson.
Saya harap pihak Datuk dapat mempastikan BILA sebenarnya tarikh/bulan/tahun yang dimaksudkan. Tanpa sebarang penjelasan, saya mempunyai persepsi negatif bahawa pihak pelaksana tidak menepati apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai yang akan kecewa. Mungkin insiden SBPA boleh dijadikan iktibar yang perlaksanaannya terpaksa ditangguh.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Datuk selanjutnya. Saya harap e-mel ini akan mennoktahkan perjuangan saya selama 3 tahun. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Respons Datuk Othman pada hari yang yang sama, 2 Feb 2012...
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh,
Tuan,
Sukacita saya merujuk kepada pertanyaan tuan seperti email dibawah dan setelah semakan terperinci dibuat oleh pihak JPM , pemberian Elaun Kenangan yang telah diputuskan oleh Kerajaan adalah mulai 1 Julai 2011.
Untuk makluman tuan jua dan terima kasih.
"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
2 Februari 2012
1 Julai 2011...Tak apalah. Rezeki dah ditetapkan begitu. Terima sajalah dan, apa pun, Syukur Alhamdulillah.
Sementelah ternoktahnya topik ini, saya siarkan semula sajak yang terdapat dalam'Coretan Xnuripilot'....
4 ulasan:
bekas askar dah dapat macam2 bayaran...begitu juga pesara2 kerajaan.
Kami bekas pekerja swasta ,yang dulu bayar income tax nak menuntut juga la elaun2 'KASIHAN' dari kerajaan....mana aci macam ni, kami pun berkorban juga...
Pekerja swasta ada hilang anak suami bapa saudara mara ketika bertugas? Kalau operasi keluar 2-3 malam/minggu/bulan/tahun?
Tinggal dalam hutan ke dok kat hotel?
Makan kat kedai ke masak sendiri?
Ada pernah putus makan pasal heli tak dapat hantar supply?Occupational hazzard boleh hilang kaki tangan nyawa?
Kalau sama situasi cubalah pohon....
"Saya tabik spring kepada Datuk Othman yang sedia melayan kerenah mejar pencen ini. Siapalah saya ini dibandingkan dengan status beliau!! Untuk itu, sekali lagi....TERIMA KASIH, DATUK."
Kalau tak orang macam Tuan Mejar dan rakan-rakan Mejar, Datuk ni jadi kuli komunis aje......
Saya rasa saudara 'wirajack' telah menjawab rentetan saudara 'korban duit'. Apa pun, terima kasih kepada anda berdua.
wirajack, youn are right.
Hasil Tuan mejar dan rakan rakan sepejuangan membolehkan kita rakyat Malaysia hidup aman makmor ,kaya raya dan bebas merdeka tanpa gangguan kominis. Tak kan minta sikit elaun KPK pun tak boleh bagi. tak patut.
Catat Ulasan