Followers

Sunday, April 29, 2012

Alang-Alang Seluk Pekasam...

Saya terpanggil mencoretkan tulisan ini setelah membaca pertanyaan dalam ruangan komen di sini . Petikan '....Adakah saya berhak menerima Pingat Tentera Udara (PTU) Kerana telah menyelamatkan nyawa seorang menteri. Jika ya ,apakah prosedur yang perlu saya buat?' Saya tabik spring kepada juruterbang tersebut kerana, pertama, beliau telah mengendalikan pesawat dengan cemerlang ketika berhadapan dengan satu 'emergency' yang begitu kritikal. Kecekapan beliau telah menyelamatkan semua POB (Persons On Board) termasuk YB Dato' NajibKedua, keikhlasan beliau bertanyakan soalan di atas tanpa berselindung. 

Saya percaya insiden yang beliau maksudkan ialah sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar berikut....
 Insiden 8 Mac 1987 - Ihsan Kapten Dr Ahmad Damanhuri

Menurut juruterbang berkenaan, beliau telah membuat tugasan VIP pada hari tersebut dari Kuala Lumpur - Pekan - Kuala Lumpur. Ketika penerbangan balik ke Kuala Lumpur, pesawat Alouette beliau telah menghadapi masalah teknikal yang memaksa beliau membuat pendaratan kecemasan berhampiran jalan raya Bentong-KL. Masalahnya ialah, petikan daripada emel beliau '... freewheel unit failure which required an autorotation (power off landing)'Untuk makluman, fungsi 'Input Freewheel Unit (IFWU)' adalah '...The IFWU is designed to allow the helicopter to enter autorotation in case of engine power loss or loss of drive to the main transmission.'  Jadi, bila IFWU gagal, putaran rotor blades akan menurun (rotor rpm will decay) dan pesawat akan jatuh seperti buah nangka jika tindakan sewajar tidak diambil. Keseriusan kegagalan IFWU boleh dibaca di sini di mana juruterbang helikopter Lama SA315B, adik kepada 'cepung' yang berbinkan Aerospatiale, telah terkorban.

Saya difahamkan oleh seorang juruterbang  Alouette yang masih 'current on type' (QHI), kegagalan IFWU tidak tercatat dalam senarai 'emergencies' dalam Flight Manual pesawat berkenaan. Ini bererti 'emergency' ini tiada dalam 'emergencies check list (ECL)' sebagai'drill' yang mesti dipatuhi ketika berhadapan masalah ini; hanya pengalaman sahaja membantu beliau. Aircrew hanya memeriksa sistemnya sahaja ketika membuat 'pre-flight checks' Selepas insiden ini, barulah emergency tersebut dimuatkan dalam ECL di bawah kategori 'Engine Failure' (enjin tak 'fail' pun); drill untuk kegagalan  IFWU per se masih tiada. QHI tersebut juga tabik terhadap kecekapan juruterbang terbabit apabila saya memaklumkan kepada beliau. (Saya tak arif tentang 'mini cooper' kerana tak pernah menjadi 'operational Alouette pilot'). 

Berbalik kepada soalan sijuruterbang terbabit. Asas pencalonan untuk PTU ialah '...The Pingat Tentera Udara (P.T.U.) is a gallantry decoration which is conferred on members of the Royal Malaysian Air Force for acts of gallantry and devotion to duty as pilots in or outside their line of duty.'.....Subjektif! Persoalan status 'paxs' bukanlah faktor utama bagi pencalonan kerana adalah menjadi tanggungjawab juruterbang  menentukan keselamatan penumpangnya, tidak kira pangkat dan darjat. 

Mengapa beliau tidak dicalonkan untuk dianugerah PTU atau KPK atau sebarang pingat/bintang selepas kejadian berkenaan ketika  masih dalam Perkhidmatan? Jawapannya kenalah tanya 'pencalon-pencalon'. Dalam kes ini mereka adalah  bos-bosnya di pangkalan. Jika pada pandangan mereka anak buah berkenaan layak dicalonkan untuk apa jua pingat/bintang, saya yakin nama beliau dah lama tercatat dalam akhbar padaSabtu, 6 Jun 1987 sempena Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong dan tidak timbullah isu ini. Lazimnya, pihak atasan jarang sekali membantah pencalanon daripada pangkalan. Malah, beliau tidak dianugerah 'Green Endorsement' pun! Pengiktirafan yang diterima oleh beliau hanyalah 'Surat Penghargaan' daripada Tun Abdullah yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan. 

Kalau tak silap, saya ada terbaca beberapa tahun lalu yang melaporkan ada seorang pegawai tentera telah menulis surat kepada KEMENTAH memohon agar beliau dianugerah PGB berlandaskan kepada pengalaman beliau menentang pengganas komunis. Agensi kerajaan berkenaan telah menjawab bahawa permohonan beliau tidak memenuhi kriteria untuk penganugerahan yang dipinta. Berlandaskan kepada respons tersebut, saya terpaksa pessimistik sikit, mungkin susah bagi juruterbang ini dipertimbangkan untuk dicalonkan anugerah PTU atau KPK sepertimana yang diharapkan. Alasan utamanya ialah kerana beliau tidak lagi berkhidmat dalam TUDM! 

Tapi...Jangan cepat mengaku kalah. Tiada siapa yang melarang sekiranya beliau menulis terus kepada YAB PM sendiri. Saya percaya tidak mungkin PM dah lupa insiden berkenaan. Manalah tahu surat itu  terbolos daripada saringan'gate-keepers' sehingga  beliau terbaca surat rayuan itu. Kalau tak cuba, mana nak tahu....Nothing to lose but more to gainAlang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (tapi biarlah kena pada tempatnya). 

Saya sebenarnya tidak layak dan berkedudukan untuk memberi sebarang pandangan terhadap soalan yang diajukan oleh juruterbang berkenaan. Ini kerana apa jua pandangan saya tidak relevan kepada pihak berwajib. Nukilan ini hanyalah sekadar mengajak para pembaca yang dihormati memikir soalan yang ditimbulkan. Itu sahaja...Wallahualam 

5 comments:

Anonymous said...

salam Tuan,
harap tuan tidak mencadangkan kpd sahabat kita ini KPK. Tak prestige, low class.
cadangkan PTU or PGB.

Arunzab said...

Saudara Nor,
I am actually surprised that this person hiding behind Anonymous has the audacity to insult one of five federal gallantry awards for valour given by the our Agong.He has called the KPK of which the majority are army personell " tak prestige, low class."
I am even more surprised that you as the owner of this blog of which I have been a big supporter and a fan has not immidiately removed this very offensive words.
Thank you
Salam

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Anonymous,

Pertama sekali, saya tiada kuasa untuk mencalonkan sesiapa untuk sebarang anugerah. Kedua, kenyataan anda telah menyinggung perasaan penerima KPK. Mungkin anda sudah sedia maklum, KPK adalah salah 1 daripada 5 Anugerah Perkasa Persekutuan. Oleh itu tidak timbul persoalan tentang status KPK. Itu sebabnya KEMENTAH turut mencadangkan agar ia diberi Elaun Kenangan.

Saudara Arunzab,

I think by now most of my readers are fully aware of my stand on the five gallantry awards. I agree with you that Anonymous should not have degraded the status of KPK. However, let us give him the benefit of the doubt. He might not be so well-informed on the medals. You'll be surprised there are still many out there who are completely ignorant, not only of KPK but JPP and PTU as well. To most people, only SP and PGB are the only two bravery medals until yours truly started making a lot of noise.

Arunzab said...

Saudara Nor,
Saudara Nor,
Not being so well informed (ignorant) and being insulting are two different things.Being ignorant is being in a state of mind of being unaware and not knowing the consequence of what one is doing like not being aware of what these awards represent.This can of course  be forgiven. Insulting is a deliberate act to humiliate others as in this case calling an award bestowed by the Agong "Tak prestige low class"
Still this is your blog and I respect your views 

Anonymous said...

assalamualaikum tuan tuan yg dihormati.

saya kururviunng pasti sama ada KPK itu satu anugerah yg berprestige atau sebaliknya harap tuan tuan fahami apa yg saya dapat dari pembacaan saya..KPK is conferred on members of AF and RMPF for acts of gallantry deserving recognition BUT not to the extent of meriting a DECORATION.