Followers

Thursday, April 5, 2012

Mungkin Tidak Kesampaian

24 Mac 2012, jam 0930....Akhirnya saya bersua dengan wakil DBP untuk membincangkan tentang 'penambahbaikan' yang dimaksudkan di sini. Beliau telah memberi 'garis panduan' berikut sekiranya masih berminat DBP menerbitkan buku saya itu...


Beliau turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa terbabit mahukan tajuk buku ditukar kepada "CATATAN JURUTERBANG NURI". Secara spontan, saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan. Saya bertanya juga tentang 'royalty'. Menurut beliau, jika DBP bersetuju untuk menerbit sesebuah buku, cetakan pertama adalah sejumlah 2000 naskah. Pengarang diberi 13% royalty atas harga jualan jumlah tersebut, tidak kira sama ada buku itu laku dijual atau tidak. Walaubagaimana pun, harga buku ditentukan oleh pihak DBP. Penulis juga diberi diskaun 30% untuk membeli bukunya sendiri.

Apabila balik ke rumah dan berhadapan dengan komputer untuk memulakan proses penambahbaikan yang disyorkan, terfikir oleh saya tentang tajuk. Saya sudah sinonim dengan 'Xnuripilot' dan dah jadi nama pena saya. Dan saya bangga dengan blog 'Coretan Xnuripilot' yang sudah wujud semenjak 2009 lagi!! Jawabnya, saya keberatan dengan pertukaran tajuk dan melayanglah emel berikut yang antara lain....'SEKIRANYA INI SEMUA TIDAK MEMENUHI KRITERIA DBP, SAYA DENGAN BERAT HATI TERPAKSA MENARIK DIRI TERHADAP HARAPAN AGAR DBP MENERBITKAN BUKU SAYA:( sad'

Respons beliau pada hari yang saman '...Berhubung dengan tajuk buku, iaitu "Catatan Juruterbang Nuri", ia dicadangkan oleh panel Jawatankuasa Penerbitan (JKP) Dewan Bahasa.  Tajuk tersebut bukan cadangan saya secara peribadi.   Saya akan rujuk perkara ini terlebih dahulu dengan Pengarah Penerbitan sekiranya tuan agak keberatan untuk menukarkannya.  Cadangan tajuk baru tersebut saya peroleh daripada Pengarah sendiri yang menghadiri mesyuarat JKP.'

Tak apalah...Dah setakat itu rezeki saya.  Paling utama sekali, objektif saya telah terlaksana. Sesiapa yang berminat boleh membaca di semua Perpustakaan awam negeri-negeri. Apa pun, Alhamdulillah.

Kepada bakal penulis yang berhajat menerbitkan buku melalui DBP...Saya harap garis panduan di atas dapat membantu anda.

10 comments:

Iskandar aka DR Bubbles said...

Salam Sejahtera Mejar Nor,

Saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan tuan.

Saya bersetuju yang tajuk diberikan oleh DBP tidak catchy langsung. Solusi, cari tajuk yang lebih sesuai dan menarik!

Saya tidak bersetuju pula dengan tuan kerana amat merugikan apabila catatan tuan itu tidak dapat disebar luas kepada pembaca muda dan tua melalui kerjasama dengan pihak DBP.

Saya memikirkan alternatif ketiga. Ketiga-tiga pihak untung, tuan, DBP, dan para pembaca seperti saya.

Jangan tarik diri dahulu Mejar!

SENAPANG PATAH said...

salam tuan, alhamdulillah saya bertuah menjadi pemilik buku tuan,ada autograph lagi tu hehehe,walau apa pun jika DBP menerbitkan buku tuan ,saya pasti akan membeli lagi

Muhd Afnan said...

Salam Tuan!

Jika DBP masih terus mahu tajuk di ubah, cuba2 pula dgn MPH yang di punyai oleh Tan Sri Syed Al Bukhari...kot2 ada rezeki.Tk

Basri bin Hj Omar

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih. Tanpa galakan daripada anda semua, mungkin buku itu tidak diterbitkan langsung. Saya masih xplore lain2 avenues, insya-Allah.

Katon said...

sedih dan bangga

sedih sbb DBP tak dapat terbitkan buku tuan

bangga sbb tuan ada jati diri. Ingat, bukan DBP satu2nya solusi yg ada. Berusaha & Tawakal

mie said...

pasti akan membeli bila diterbitkan..heheee

Anonymous said...

Salam,

Naluri sy kuat mengatakan staf DBP tidak pernah membaca buku burjudul 7 Troop hasil tulisan Andy McNab (penulis buku Bravo Two Zero yg pernah jd bestseller). Mungkin juga mereka tidak pernah membaca buku Rich Dad Poor Dad hasil karya Robert Kiyosaki. Buku2 tersebut adalah buku yg bercorakkan memoir dan bukannya fiksyen tetapi digarap dgn cara "talking writing" yg amat menarik sekali. Sy juga percaya tuan mejar selaku penulis sepatutnya diberikan kebebasan utk menulis buku itu mengikut gaya tersendiri dan bukannya di "dictate" mengikut kehendak DBP.

Anonymous said...

siapa bos ?Tuan mejar atau Pengarah DBP?

PVR said...

Tuan cuba hubungi MPH pula. Saya tak dapat beli buku Tuan, alangkah bagusnya diterbitkan secara besar-besaran..

InsyAllah saya akan galakkan anak saya untuk cuba jadi pilot TUDM satu hari nanti.

Steady Tuan!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih. Memang saya mahukan agensi/organisasi tertentu menerbitkan semula buku saya. Tapi, ini tidak bermakna saya MESTI mengikuti telunjuk mereka. Saya ada menghubungi sebuah IPTA dan mereka menunjukkan minat. Saya jelaskan kepada mereka bahawa saya tidak boleh kompromi tentang Xnuripilot. Tunggu sajalah.

Tentang MPH, apa yang saya boleh katakan hanya bukannya mudah. Walaubagaimana pun, saya masih mencuba. Mejar pencen ni susah nak give up dan tak boleh duduk diam.