Followers

Sunday, April 8, 2012

Tragedi 26 April 1976...Maklumat Tambahan

05 April 2012, jam lebih kurang 1130, saya dikunjungi oleh Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) dari Perlis. Sementelah dalam perjalanan ke Alor Setar, beliau mengambil kesempatan menziarah saya. Beliau turut membawa album gambar dan memberi kebenaran untuk saya 'scan' dan seterusnya poskan dalam blog ini.

Sebagai kapten Nuri. Gambar kanan: 'Flying Helmet' era 70'an - 2 lapis: 'Inner' daripada kain lengkap dengan 'ear pads'. 'Outer shell' dengan 'mike & visor'

Gambar kanan: 3 dari kiri~ mendiang Lt (U) Wee Kong Beng. 3 dari kanan~mendiang Sjn Hua Tee Boon (Episode 3 - 15 December 1976 di sini

Beliau turut menceritakan ketika berada di Bilik Gerakan, Kem Gubir, dengan pegawai atasan untuk mendengar taklimat sebelum membuat tinjauan ke kewasan kem pengganas komunis tersebut yang diceritakan di sini. Selain Lt (U) Darby, penumpang beliau ialah SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang akan menunjukkan kem tersebut.

Juga, Lt Kol Harun menceritakan pengalaman terperangkap dalam awan tebal di Lembah Dakoh yang terkenal dengan cuaca tak menentu, berhampiran Pos Chabai ketika terbang berseorangan. Dan bagaimana beliau terpaksa membuat 'u-turn' ke Pos Kemar untuk bermalam di sana. Kawasan ini jugalah yang meragut nyawa arwah Lt (U) Shaharuddin (di sini). Alouette hanya mempunyai 'basic instruments' sahaja (gambar ihsan PW2 Ismail (B)) dan kalau nak tahu perasaan semasa terbang IMC...Tanyalah 'Cepung' pilots!
Saya cuba 'memprovokasi' beliau agar menulis pelbagai pengalamannya untuk bacaan para peminat cerita 'combat'. Tak tahulah saya sama ada beliau termakan umpan saya itu. Tunggulah apabila beliau kembali dari Acheh Ahad ini, insya-Allah. Beliau dan isteri berlepas ke sana pada 6/4/2012.

Saya menyuarakan alangkah eloknya sekira Ops Gubir dan Ops Selamat Sawadee didokumentasikan - dari peringkat perancangan sehingga akhir. Ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat masih hidup - daripada perancang di peringkat tertinggi sehingga pelaksana terbawah  TDM & TUDM - masih hidup. Apa yang perlu, ATM hendaklah menklasifikasikan semula dokumen-documen tertentu, seperti INTSUM, 3011, laporan BOI, dll. Itu pun sekiranya masih disimpan. Sepatutnya  semua dokumen gomen disimpan di ANM!

Bergambar sebagai kenangan

Kalau diberi peluang dan kemudahan, mungkin saya sendiri berminat menulisnya, insya-Allah.
   
Sebelum terlupa, Sjn Honorius Muhd, AQM, yang tidak menaiki pesawat malang  dalam Tragedi 26 April 1976, memaklumkan kepada saya, kalau tak silap beliau, pendaftaran pesawat terbabit ialah FM1715. Bagi mempastikannya, saya telah menyemak Log Book dan didapati tiada lagi saya terbang pesawat tersebut selepas kejadian itu...Sahlah. Ini petikan e-mel beliau tentang tragedi tersebut....
'...  As this ill fated Nuri took off, I went to the ops center and there met kapt(U) Mustaffa(Air forward Traffic Controller) who was manning the air traffic using HF frequency. For the Aircraft call sign I couldn't recalled and Aircraft registered No. was FM 1715 I presumed. As I was about to sit down at the ops room there I heard a call coming out of the HF set, calling "Mayday Mayday we are being shot at the main Gear Box.." and with immediate reaction Kapt(U) Mustaffa respond to the distressed call by calling back but it was no joy as there were no respond after that. We two was stunt as clearly know it must be the Aircraft that was flown by Lt(U) Chang and Lt Munsif. Without hesitating I run out to look for allouette aircraft captain who was on standby at gubir. There I found Kapt(U) Sim and crewmen late Sgt Ismail (Cannon as his colleagues call him who was kill in kuching crashed while doing aircraft test flight with late Lt(U) Tengku Mahazir) and relates the incident to them. They immediately airborne to locate the crashed site after awhile they radio back confirming spotted the crashed aircraft with tail rotor hanging on the tree top while main body the aircraft was down with thick smoke. They were unable the ascertained any survivors as they were flying at 5 to 6000ft and what made worse was the bad weather encroaching this area and bringing heavy rain. At this moment all units have been alerted of the crashed and panic staged came in on the HF frequencies most of it for enquiries whose were crew on board. Initially the message was distorted that both kuching and kuantan crew were on board after the search and rescue aircraft from b'worth arrived at Gubir they were surprised to see me on the ground, especially Pw Rahman my crewmen chief with Mej(U) Munusamy. This incident I will never forget as it was part of me involved and here I am still  alive and ALLAH is great...dia yang menentukan semua... it's me now Muhammad Honorius bin Abdullah.'

Saya akan cuba mempastikan sama ada BASO adalah Kapt (U) Mustaffa atau Kapt (U) Wahab. Berdasarkan kepada cerita beliau, bermakna 3 buah Alouette telah terbang ke lokasi kemalangan: sebuah yang sedia ada di Gubir, sebuah Gunship yang dipandu oleh Lt (U) Khalid Ali bersama Sjn Patrick Lee (gunner) dan sebuah lagi dipandu oleh Kapt (U) Harun yang membawa Lt Kol (U) Fauzi dari TUDM Butterworth apabila berita nahas tersebut diterima oleh Bilik Gerakan TUDM Butterworth.  

Kalau nak tahu pula masalah yang dihadapi oleh gunship pula ketika Ops Selamat Sawadee, klik di sini

Lt Kol Harun Ayob TUDM (B), En Ismail & F/Sjn Honorius Muhd...Terima kasih.

5 comments:

Muhd Afnan said...

Salam Tuan!

Tk paparan...teringat kat Skuad Mendiang Lt(U)Wee Kong Beng(TJP 20)...pernah menaiki Alouette di pandu beliau dari Kem Gubir ke Kem Lapang Terbang Sg Petani tapi Masyaallah beliau acah dgn terbang Tinggi Rendah....jadi GAYAT tak tentu arah...terus berniat TAK akan nak sorang2 dgn Skuad...apapun satu Pengalaman ...!
Di bulan April begini ..kenangan terus melayang ke Peritiwa pada 25 Apr dan 26 Apr 1976...hanya mampu berdoa kpd AGAR semua nya di BERKATI Allah SWT. Alfatihah buat teman2 yg dipggl Allah mengadapNya dulu.AMIN! .....Lt Kol Basri bin Hj Omar(B)

Anonymous said...

Salam,

Kisah nuri terhempas akibat ditembak oleh musuh ni boleh dijadikan sbg filem spt mana kisah Lt Adnan. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kpd kemahuan TUDM selaku yg empunya cerita. Barulah org lain tahu suka duka kehidupan warga TUDM.

Anonymous said...

Selamat Malam Tuan,

Harap agar lebih banyak gambar 2 lama anggota2 perkhidmatan TUDM disiarkan di dalam blog ni. Seronok bila melihat gambar2 tersebut.

Luke

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan

Dari post terbaru tuan ini membuat sy teringat akan cerita rakan sy.rakan nya merupakan seorang crew pesawat nuri skrg ni.(x pasti sama ada aqm atau pilot.)
cerita nya bahawa kalau terbang d gubir skrg ni masih boleh nampak bangkai pesawat nuri d sana.kata nya sponsen(sy x tau ejaannya betul @ tak dan sy pun x tau yg mana satu sponsen)

soalan pada tuan:

jika benar cerita nya itu, ada kah bangkai nuri tersebut ada lah dari fm1715 atau ada pesawat nuri lain yg turut kecundang di gubir

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih. Semuanya kini hanya tinggal kenangan.

Setahu saya hanya FM1715 sahaja yang ditimpa kemalangan di Gubir. Sponson adalah tempat 'undercarriage' kiri & kanan yang rupanya macam bot.