Followers

Wednesday, August 3, 2011

Pelancaran Buku

Tunggu punya tunggu, akhirnya pada 2 Ogos 2011, "Coretan Xnuripilot" dan juga "OPERASI PIRAMID" karya Lt Kol Dr Mohd Yunos TUDM,  dilancarkan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, di KEMENTAH. Sebelum bertolak dari Jitraq, saya telah menghubungi rakan yang pernah menulis, bertanya berapa jumlah saya patut bawa bersama. Saya mana ada pengalaman begini. Menurutnya, beliau telah membawa lebih kurang 300 naskah kerana ramai yang membeli. Jadi, pada 1 Ogos (hari pertama berpuasa) bertolaklah ke KL dengan lebih kurang 170 naskah buku. 

Peristiwa bersejarah dalam kehidupan saya ni didokumentasi dalam gambar-gambar berikut....
Semenjak bersara, kot pun tak boleh pakai kerana badan dah mengecut...dulu 'kus semangat'

 Bersama Lt Kol Dr Mohd Yunos

Lawatan Menteri & PTU ke kiosk

Menteri menandatangani poster 'Coretan Xnuripilot'

Lebih kurang jam 1300, bertolak balik ke Jitraq.

3 Ogos....Apa yang tersiar dalam Utusan Malaysia hanyalah....

Tak apalah, sekurang-kurangnya nampak juga buku saya tu!!!

Jualan pula? Jangan terkejut....22 naskah saja! Lagi sekali tak pulang modal....Kesian saya!! Dari aspek wang ringgit...memang tak berbaloi. Yang 'intangible'nya pula...pertambahan kepada pengalaman yang tidak boleh dinilai dengan RM. Apa pun, saya bersyukur kepada Allah kerana Pak Menteri masih sedia melayan kerenah mejar veteran ini.

Oh ya....Ramai yang 'berbintang' di bahu mengucapkan tahniah kepada saya di atas kegigihan saya yang tidak mudah mengaku kalah sehingga akhirnya gomen meluluskan elaun untuk JPP & PTU. Ini  bererti nama mejar ni dah termasuk dalam senarai 'Kaki Penyebuk'...He....He...He. 

YB Dato' Dr Ahmad Zahid, PTU & Semua mereka yang  banyak membantu saya untuk upacara tersebut....BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

Catatan:


Depa ni (pihak yang menyediakan program - bukan MTU)....Tajuk buku pun salah tulis...Catatan XNURI-Pilot...Eh...Eh...Eh!

23 comments:

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Nor Ibrahim.

Life can be an uphill task and you have had the victory ! Congratulations and jubilation..alas the voices had been heard. keep up the strive for the betterment of the armed forces. By all means i will second you; no doubt i'm no military myself but for sure i'm very much grateful for without you lots i can never live and stay alive in this land of the free in peace. Once again CONGRATS!

Anonymous said...

tahniah mej (B) nor ibrahim.di dalam buku nie saya banyak menbaca kisah silam askar di negara kta....kisah2 begini saya saya ketahui melalui buku tuan

Anonymous said...

Salam Tuan,

Sebenarnya saya dah bagi ucapan tahniah awal sebebul entry ni masuk, tapi apa salahnya begi lagi kan...?

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Tuan di atas pelancaran buku Coretan xnuripilot oleh Dato' Panglima TU dan Menteri Pertahanan, semoga Tuan menjadi inspirasi kepada lebih ramai lagi bekas tentera untuk menulis kisah dan pengalaman mereka untuk tatapan generasi akan datang.

Tahniah juga di atas kejayaan usaha Tuan berkenaan elaun untuk pingat JPP dan PTU. Moga ada rezeki untuk KPK pula selepas ini.

Rozaimi ( PACKK )

Sue said...

Tahniah Tuan.. :) saya berbangga dapat memilik buku ini. Terima kasih. Selamat Berpuasa.

Abah said...

Salam Tuan,

Tahniah dan syabas!!!!
Diatas pelancaran buku "Coretan XNuri pilot". Semoga dengan perlancaran oleh DSZH tsb maka hasil perjualan akan bertambah dari hari kehari. Takkisah lah walaupun buku tsb telah mula dijual sejak Apr 2011 lagi dan baru semalam dilancar. Insyaallah, minat orang untuk memilikinya akan bertambah.Saya tumpang gembira dengan perkembangan ini.

palan said...

tahniah mejar nor....... Coretan XNuri pilot terus popular

Katon Tin Ton said...

salam & tahniah
nak tanya mana boleh dapat buku ops piramid ? buku ni cerita ttg kisah apa

thx

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua yang saya hormati,

TERIMA KASIH.

Saudara Katon Tin Ton,

Buku 'Operasi Piramid' adalah operasi yang dilaksanakan oleh TUDM membawa balik penuntut-penuntut kita di Kahirah awal tahun ini. Ia melibatkan 3 buah pesawat C130H Herculis.

Buku ini bukan untuk dijual. Saya difahamkan, selain diagih kepada unit-unit TUDM, buku ini akan diedar kepada IPTA, Perpustakaan Negara dan Arkib Negara. Wallahualam.

Saya juga diberitahu oleh pegawai terbabit, seorang Mej Jen dan seorang Brig Jen ditugaskan untuk membukukan peranan TUDM ketika era insurgensi. Baguslah tu...sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Dengan sumber/maklumat yang mereka ada, saya sangat menunggu penerbitannya nanti. Kalau tak jual pun, nak cuba mendapatkannya.

basri bin omar said...

Salam Ramadhan Tuan!

Syukur dah tahniah ats pelancaran tu...moga2 menjadi pemankin kpd jualan yang yg LEBIH,Insyaallah!

Saya telah menyarankan kpd seorang Peg RAJD (Wataniah)yang nak buat tesis PHD agar menulis ttg RAJD dlm Era Insurgensi...dan seorang lagi Peg RAJD menulis ttg RAJD dlm tugas PBB...Wallahuaqlam....moga2 akan jadi dokumen Sejarah yang boleh di manfaatkan nnt.

Abah said...

Salam tuan,

Menyorot kembali Ops Sedar Gubir, apa yang tercatat didalam buku "Rejimen Gerak Khas Pasukan khusus Tentera Darat Malaysia' Ops tersebut merupakan Ops terbesar yang melibatkan RGK ketika itu yang melibatkan 3 skuadron tempor (X, Y dan Z Skn) dan dibantu Oleh TUDM. Walaubagaimana didalam buku itu tidak menceritakan secara menyeluruh tentang Gerakan tsb berbanding dengan buku tuan.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Sekadar cadangan dari saya yang kerdil ini...

Apa kata Tuan cuba bawa buku Tuan ke Perpustakaan Awam Negeri... khasnya Perpustakaan Awam Negeri Perak untuk dijadikan koleksi perpustakaan. Tuan boleh berhubung dengan Pegawai Pembelian:

Puan Wirda Lisa@Hanim Dalina Bt. Mohd. Arsad,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,
No.17, Jalan Raja DiHilir,
30350, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-2491888

Rozaimi Mohd Razali
Perpustakaan Awam Kuala Kangsar

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Rozaimi,

Terima kasih di atas cadangan anda. Untuk makluman, PPA Perak telah pun membeli 100 naskah. Di Semenanjung, hanya Pahang, Melaka & Selangor yang masih 'tertangguh' untuk membeli buku saya. Jumlah pembelian tak sama: Perak yang banyak sekali, diikuti Terengganu (72), Kedah (60). Perlis & Penang (10).

Abah said...

Tuan,

Melaka pulak ada beli ke tak?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Abah,

Melaka tak beli. Pustaka Kuching - 2.

Abah said...

Salam Tuan,

Sedih saya apabila tuan menyata hal-hal sedemikian.

Apakah cara atau langkah untuk mengalakkan Pustakawan Negeri yang masih belum mempunyai buku tsb? Ialah kita tidak boleh memaksa orang membeli buku tsb, tetapi atas dasar dan semangat patriotik maka pihak berwajib harus mengambil ikhtibar bagi menanamkan semangat cintakan Tanah Air, agama dan bangsa kepada anak watan. Salah satunya dengan membaca buku-buku bercorak sedemikian, bukannya buku-buku yang bertema kisah-kisah cinta remaja yang berlambak ditempatkan dirak-rak buku samaada di Library dan juga kedai-kedai buku.

Atau mungkin Pustaka Negeri berkenaan memerlukan 'Free Copy' kot?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Abah,

Saya dah hantar satu naskah setiap seorang kepada KM Melaka pada 30/5 & MB Pahang pada 21/6 mencadangkan pihak mereka membeli untuk didermakan kepada sekolah-sekolah. Kecewa sekali, pengesahan penerimaan pun tiada!!! Cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Salam Tuan,

PPA Perak dah beli? Alhamdulillah... nanti saya periksa kerana tempat saya sebagai salah satu cawangan utama masih belum menerimanya.

InsyaAllah, selepas raya nanti saya akan hubungi Tuan untuk dapatkan satu sebagai koleksi peribadi.

Rozaimi ( PACKK )

Anonymous said...

salam
tahniah kerana dapat elaun PTU

zamri jb

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Rozaimi & Zamri JB,

Terima kasih.

abu muaz said...

tunggu dekat plihanraya mej.

hamzah said...

mej... LIMA nanti kita jual kat langkawi tuan.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Hamzah,

InsyaAllah.

mumuchi said...

Salam Tuan,

Walaupun sikit, mungkin bermakna bagi Tuan.

http://www.airforce.gov.my/2011/08/02/pelancaran-buku-operasi-piramid-dan-coretan-x-nuri-pilot/

Tahniah!