Lapangan Terbang Kansei dibina di atas 100% pulau binaan manusia
Perbezaannya ialah proses mentransformasikan Terumbu Layang-Layang. Ia diawasi oleh negara-negara berkepentingan yang tidak senang dengan tindakan Malaysia. Pengisytiharan negara terhadap terumbu-terumbu terbabit telah mendapat bantahan daripada negara-negara tertentu, rujuk di sini.
Kapal TLDM & pesawat maritim sentiasa membuat rondaan bagi mengelak sebarang kemungkinan
Macam saya katakan dalam coretan sebelum ini, peranan kami - yang menurut perintah/your obedient servants - hanyalah melaksanakan arahan orang atasan. Orang macam saya di peringkat bawahan, tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dan perancangan di atas sana. Tugas kami mudah saja...Arahan suruh terbang...Terbang. Apa yang saya coretkan dalam buku dan blog ini hanya sepintas lalu dari faktor kemanusiaan. Bagaimanakah agaknya di peringkat tertinggi negara? Pelbagai faktor perlu diambil kira oleh para perancang....sejarah, perundangan, hubungan antarabangsa, ekonomi, dll. Paling penting sekali, keazaman pemimpin negara yang sedia menghadapi apa jua risiko bagi menentukan kehadiran negara di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.
Negara bernasib baik kerana ramai di antara para perancang, seperti xPM, Pak-Pak Menteri, PAT, Pak-Pak Jeneral, KSN/KSU, dll, masih hidup. Dalam majlis tersebut, jika diadakan, para peserta boleh mengajukan soalan untuk mendapatkan penjelasan 'from the horse's mouth' itu sendiri (meminjam kata-kata xPM di sini). Tak perlu lagi nak buat kajian/penyelidikan; tak perlu le nak memikiokan pelbagai hipotesis itu & ini; tak perlu mempertikaikan tindakan depa itu & ini semuanya tak kena le; dan entah apa benda lagilah! Semuanya terjawab kerana depa semua masih bernafas untuk menjelaskannya...tanya sajalah!
Atau memadai pengkaji sejarah atau rakyat mendapat bahan daripada 'Wikipedia' saja...mungkin lebih meyakinkan kut!!!
Pada pandangan simejar pencen ini, bio le maklumat ini diketahui oleh semua rakyat. Jadikanlah kehilangan Pulau Batu Puteh satu pengajaran yang begitu mahal. Difahamkan, 2 punca utama keputusan ICJ tidak memihak kepada kita ialah kerana 'kehilangan' surat 'pindah milik' dan tiada penempatan orang kita di sana!! Jika isu Pulau Layang-Layang dan 4 buah lagi stesyen dibawa ke mahkamah tersebut, saya percaya alasan-alasan itu tidak lagi relevan....wallahualam.
Kalaulah ada yang bertanya apakah impian saya untuk 'menghargai' usaha saya yang tak habis-habis menghidupkan cerita tentang topik ini, jawapannya ialah saya banyak-banyak bersyukur sekiranya tersedit di hati mana-mana Pang5 menawarkan saya melawat 'Fantasy Island' itu. Mana le tahu, depa sedia menyelitkan nama mejar pencen ini dalam 'passengers manifest' sempena lawatan sambil belajar penuntut-penuntut MTAT/MPAT ke sana. Kalau tak silap saya, setiap tahun depa pi melawat pulau tu dengan menaiki C130H Hercules. Ini hanyalah mimpi di siang hari seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba!
Kali terakhir saya menjejak kaki ke sana ialah pada 24 Ogos1984...29 tahun dahulu. Semenjak itu, hanya lihat gambo-gambo saja.
Penerbangan terakhir ke Terumbu Layang-Layang aka Stesyen LIMA bersama mendiang Lt (U) Tan Eng Huat dan Sjn Jaafar
Sekiranya ada pihak berwajib membaca coretan yang tak sepertinya ini, pikio-pikio le apa yang diluahkan oleh insan kerdil ini yang sungguh bersyukur dilahirkan sebagai rakyat negara Malaysia tercinta ini.
2 ulasan:
Belajar dari Simpadan dan Linggitan Indonesiapun tidak akan lagi membawa kasus sengketa wilayah ke pengadilan internasional.
Semua perselisihan akan diselesaikan antara dua negara dengan diplomasi dan jika perlu dengan kehadiran militer.
Itu sebabnya sekarang seperti ada arm race di SEA karena adanya tumpang tindih claim antar negara, terutama antar banyak negara di Laut Cina Selatan.
Tuntutan bertindih terhadap kepulauan ini memang sukar untuk diselesaikan. Namun negara-negara yang terlibat seharusnya mengambil pendekatan secara diplomasi tanpa penggunaan kuasa ketenteraan. Sediah hati memang tidak dapat disorok dengan kehilangan Pulau Batu Putih. Jadikan itu sebagai pengajarannya.
Catat Ulasan