Pengikut

Selasa, 8 Januari 2013

Minggu Pertama 2013

2013 baru masuk seminggu  tapi sungguh bermakna! Negara kehilangan seorang Pahlawan Negara, mendiang PW1 (B) Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau pada awal pagi 03/01/13 (di sini). Saya sungguh    kecewa apabila terbaca ada yang tergamak mempertikaikan keperwiraan mendiang dan kewajaran gomen memberi penghormatan negara...Sungguh sedih sekali!! Apa pun, pada saya, mendiang tetap seorang hero dan ikon seorang anak watan negara yang sedia berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara....RIP. 

Secara peribadi pula, saya kehilangan 'Kak Yang' (80), seorang sepupu, yang telah pulang ke rahmatullah pada 05/01/13. Saya terima sms pada jam 0459 daripada adik memaklumkan arwah telah pergi buat selama-lamanya pada jam 0300 di Kuala Kangsar. Maka, memandulah ke KK untuk menziarah arwah buat kali terakhir...Al-Fatihah.

Pada 07/01/13, saya terima emel daripada saudara 'Senapang Patah' menyarankan agar saya menyentuh sikit tentang KD Sri Perak. Hari ini, 08/01/1984, adalah HUT ke 29 tahun insiden tenggelamnya kapal TLDM tersebut ke dasar Laut China Selatan semasa berkonvoi dari Lumut ke Labuan. 3 orang anak kapal berikut telah hilang sehingga kini dalam nahas itu....Al-Fatihah.
  • Lt Dya Mohamed Fuad
  • PKK Mokhtar Amir
  • LK1 Shaharuddin Sharani
Dengan kebenaran 'Pak Mail', kisah insiden tersebut didokumentasikan dalam buku ke2 saya yang akan diterbitkan nanti, 'Perbatasan Terhadapan Negara & Lain-Lain Kisah', Bab 7 - "Pelayaran Terakhir KD Sri Perak", insyaAllah. Ceritanya boleh dibaca di 'Catatan Pak Mail' di sini

Pencinta sejarah negara bernasib baik kerana kepahlawanan mendiang Datuk Kanang telah diabadikan di arkib, buku-buku dan, tidak lama lagi, akan difilemkan. Para penerima Anugerah Perkasa SP & PGB dari ATM sehingga 1984 sudah terpahat dalam buku-buku Lt Kol Dr Syed Othman (B)  - 'PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia Penerima S.P. dan P.G.B JILID 1 & 2', terbitan DBP 1993.

Bagaimana pula lain-lain wira yang tidak didendang? Mengapa tidak kongsi bersama pengalaman yang tidak boleh diukur dengan RM? Apalah salahnya menceritakan perit-maung yang terpaksa dihadapi supaya generasi sekarang dan akan datang menghargai pengorbanan para veteran. Rakyat harus diasak bahawa kenikmatan kehidupan yang dikecapi dewasa ini tidak datang menggolek begitu saja. Ia tercapai dengan keringat dan darah mengalir daripada tubuh segolongan rakyat yang sentiasa sedia menyahut seruan negara...Wallahualam.

Saya sedia kongsi bersama pengalaman bagaimana nak menerbit buku secara persendirian sekiranya ada yang berminat hendak menulis buku bagi mengabadikan pengalaman mereka, insyaAllah. Don't worry....FOC...He...He...He.  Kalau tak pun, hantar cerita itu pada saya. Jika cukup bahan, saya akan terbitkannya, insyaAllah. 

5 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

assalamualaikum Tuan, al fatihah dan takziah saya ucapkan atas pemergian kak yong,menyentuh berkenaan mereka yang mempertikaikan jasa mendiang datuk kanang sesungguhnya pada saya mereka ini tidak tahu mengenang jasa mendiang dan bekas2 anggota ATM dan PDRM yg berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air g tercinta,pada pendapat saya politik dan semangat patriotik tidak sepatutnya dicampur adukakan,saya suka memetik kata2 Bung Karno Bangsa yg besar adalah bangsa yang jasa para pahlawan nya dan terima kasih kerana tuan kerana mengambil berat juga pandangan saya tentang HUT tenggelam KD SRI PERAK,tenggelamnya KD SRI PERAK merupakan 1 tragedi ,al fatihah buat mereka yg terkorban

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Terima kasih. Inilah sumbangan saya agar pengorbanan para veteran tidak terus dipinggirkan.

askartua berkata...

Tuan,
Saperti yang saya pernah coretkan di blog tuan ini semangat patriotisma setengah daripada rakyat adalah kosmetik sahaja.Here we had been fighting the Undeclared War with casualties and yet some of them question our sacrifies.They will only believe when things goes hay wire like Iraq or Syria.Nevertheless your contributions is very much appreciated to educate them to be aware of what the security forces had done in order for them to sleep peacefully at night.Thank You.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear askartua,

Thank you.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum... nama saya, muhammad baqtiar bin jamaludin. panggil saya bard...
saya ingin berkongsikan pengalaman ayah saya bersama pakcik... ayah saya ada membuat buku biografi dia sendiri... kalau ikutkan dia tak berapa suka pengalaman dia di publiskan tapi pada kami anak-anaknya, rasa terpanggil ntuk berkongsi pengalaman beliau semasa didalam komando 69 (1969-1980) dan cawangan khas (1980-2005)... Untuk maklumat saya tinggal di sungai petani... jadi saya berharap kita boleh merancang untuk bertemu dan berkongsi cerita dan saya akan bawa buku biografinya ntuk tatapan pakcik... saya sertakan juga no phone saya... harap pakcik dapat hubungi saya secepat mungkin... 019-4002439