Followers

Thursday, January 3, 2013

Perginya Seorang Pahlawan

03/01/2013....Terima sms-sms berikut ketika sedang menarik troli...

08:21 daripada Mej Basri PGB...'Slm, Dato' Kanang SP, PGB tlh meninggal dunia d Hosp kuching pd 3 Jan 2013 jam 1245 pg. Derma kilat melalui Mej Mohd H. Piah PGB, Akaun Maybank 001 011 259 638'. (Sms sama daripada Lt Kol Basri PGB pada 08:27).

09:00
daripada En Zainal Fikri, penerbit filem di sini ...'Salam tuan, dato kanang ak langkau menghmbus nafas trakhir smlm jam 1;30 di kucing. harap maklum-zainal'. 

10:01 daripada Cik Nur_emyinda...'Salam Tn Mej Nor, Dato Kanang meninggal. MasyaAllah.....fyi, last 2 days n yestrdy, i spent my entire day at home, kbtuln tgh cuti sakit, @ fractured tu, reading on u n the other pgb, sp heroes. I was in tears trying hard to visualise the times of hardship from the incidents, relate each n everyone of them from stories read in some blogs. Trbawa dlm mimpi. A hero to be cherished....Sayang i didnt get the a chance to meet n talk to him in person, say to him personally TQVM N HOW I ADORE HIM FOR HIS COURAGEOUS ACTS. God bless...'

12:58 komen daripada 'Anonymous'...Assalamualaikum Sir, The country has lost its national hero this morning. Indeed, it would be appropriate if you could mention about the late Datuk Temenggung Kanang as a tribute to his services and many others alike to the country. Regards'.

PW1 Temenggong Datuk Kanang anak Langkau, SP, PGB, PGBK, telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Kuching, pada jam 0145 hari ini. Mendiang telah dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit dada ketika menonton tv bersama isteri di kediamannya di Kampung Sungai Apong.

 Pahlawan Negara Datuk Kanang anak Langkau (1945 - 03 Januari 2013)  

Saya ada mencoretkan yang ada kaitan dengan mendiang di sini dan di sini. Kali terakhir kisah perjuangan beliau telah dipertontonkan kepada rakyat pada 31 Julai 2012 di Dataran Merdeka sempena menyambut Hari Pahlawan. 

12 comments:

Anonymous said...

Salam tuan mejar,

Sebak hati ini bila memikirkan yg kita semua masih berhutang dgn mendiang...terlalu banyak jasa beliau terhadap negara bertuah nie...

askartua said...

Takziah untuk keluarga Mendiang.Walaupun berlainan Kor tapi pernah membuat operasi bersama Mendiang di Kswn OA Ops Setia,Spg Pulai akhir tahun 70an.Memiliki semangat juang dan disiplin tinggi yang perlu dicontohi olih bukan sahaja para parajurit sekarang khasnya malah rakyat amnya.Agi Idup Agi Ngelaban will always remind me of him.

Anonymous said...

Agi Idup Agi Ngelaban. RIP Sir

Anonymous said...

Patut diber pengkebumian negara.the truely malaysian hero

Anonymous said...

There is a saying that " A Hero is a man who is afraid to run away even when death stares him in the face" Kanang anak Langkau was one such man. We specially in the military fraternity are all very proud of him.


481

Saleem said...

Assalamualaikum,

Salam Takziah untuk keluarga mendiang Kanang anak Langkau. Zaman sekolah dulu selalu membaca kisah2 pahlawan negara seperti beliau.

Saya bukanlah dlm bidang pertahanan tapi saya amat kagum dan hormati anda semua. Tak kira dari cawangan dan jabatan mana sekalipun. Tabik untuk anda semua.

Lama blog tuan baru je saya terjumpa selepas sekian lama. Saya amat menggemari segala isi kandungan blog Tuan. Sangat lengkap, informatif dan penuh dgn sejarah. For me Sir, you are one of the Hero... unsung Hero.

p/s : Mejar, ada lagi tak buku Catatan Xnuripilot? Kalau masih ada, saya ingin membeli buku tersebut.
Boleh email details kepada saya di saleemrasool@rocketmail.com

AGI IDUP AGI NGELABAN

saleem

Mohd Redzuan said...

Suka baca sejarah tuan dan pengalaman rakan2 seperjuangan semasa era kominis dulu...terima kasih kepada wira2 negara...

Suparman said...

Saya tidak mengenalinya secara peribadi tetapi menegurnya semasa betemu di Sirikin Sarawak baru baru ini.The last time I see him alive.RIP Dato Kanang.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zulfatah said...

Salam dan selamat sejahtera,
Tell u the truth, sy skrg semakin menyesal kehilangan buku "kanang" hasil tulisan maznan nordin.boleh sesiapa dpt beri maklumat kt mana sy boleh dpt beli buku itu semula. Tiada perkataan yg dpt diucap untuk tunjuk penghargaan kepada mendiang sbg tanda terima kasih keatasan keperwiraan beliau.PAT pn nmpk mcm sebak je ms ditemuramah kt tv berkenaan mendiang kanang. I read somewhere jeneral zaini (x panglima medan ms sauk incident) describing he was (a major back then) at the ops centre at kem syed putra,tambun ( belakang sekolah sy- STAR) during the kanang'a near fatal battle.observing comm traffic n situation. Harapan sy legasi Kanang dan perwira negara lain seperti arwah ASP Zabri serta ramai lagi dpt dijadikan panduan dan azimat untuk mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara. Terima kasih PW1 KANANG ANAK LANGKAU. Agi idup agi ngelaban!

Anonymous said...

Agi Idup Agi Ngelaban... RIP Temenggung Datuk Kanang Ak Langkau

Luke Jetie Benjamin

Anonymous said...

Salam tuan,

baru hari ini saya tau bahawa Mej (B) Mohd H Piah adalah penerima PGB, dia merupakan pegawai saya semasa menyertai pasukan askar wataniah, dulu selalu juga jumpa dia di masjid di taman johor jaya,