Pengikut

Khamis, 17 Januari 2013

Di Tangan PNMB

16/1/13...Semua yang dikehendaki untuk mencetak buku yang tak sepertinya itu telah diserahkan kepada pencetak - Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB). Menurut eksekutif terbabit, mungkin awal Mac boleh siap, insyaAllah. Sepertimana yang dikatakan di sini,  saya akan mengguna kertas 'matt-finish' dan gambar berwarna (yang mana berwarna)...Dan Bab 1 memang banyak gambar! Harap-harap semuanya  berjalan seperti yang dirancang, wallahualam.

Pada 15/1/13, saya terima 16 gambar tentang pembinaan awal Stesyen Lima/Pulau Layang-Layang. Gambar-gambar tersebut mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Namun demikian, saya hanya mampu memuatkan 4 gambar sahaja. Ini kerana sebarang penambahan akan melibatkan kos pencetakan. Tambah muka surat....+ duit! Gambar hitam-putih....+ duit! Gambar berwarna...++ duit! Masalahnya, bajet mejar pencen terhad....Kesian saya!

OKlah, berikut adalah di antara gambar-gambar tersebut...
Proses membina cerucuk

Proses membina 'pendinding'

Pendinding mula nampak rupa

Siap
Saya sungguh mengharapkan agar ada pihak yang sedia menerbitkan buku khusus berkaitan sejarah Pulau Layang-Layang dari mula perancangan negara menuntutnya sehingga kini. Ramai mereka yang terlibat masih hidup termasuk penggeraknya utamanya, tak lain tak bukan....Tun Dr Mahathir. Banyak kertas ilmiah telah dibentang oleh para ilmuan di pelbagai forum. Namun demikian, mungkin saya silap,  sehingga sekarang rasanya tiada buku ditulis. Apa yang saya coretkan hanyalah sepintas lalu saja, skimming the surface only. Itu pun tekanan hanya kepada aspek kemanusiaan.

Sesiapa di luar sana yang sedia menyahut cabaran saya ini? Hanya sekadar buat renungan sepintas lalu.

Lt Kol Basri Omar...Terima kasih.

6 ulasan:

basripgb berkata...

Salam Tuan!

Sama2..saya cuma courier saja...gambar2 ats ehsan 8 Skn RAJD di ketuai Mej Suraihan.Tk

Mrkumai @ Jack berkata...

Tuan..
saya tempah sebuah .. macam mana nak nak buat payment dan sebagainya...

well done..

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Saya adalah pengikut setia blog tuan. Saya ucapkan tahniah kpd tuan kerana bagi saya usaha tuan mengembalikan cerita2 bekaitan zaman darurat dahulu berjaya membuka mata kami anak muda yg lahir dizaman kesenanagn ini. Tabik springgg tuan.hehe.P/S Tuan buku vol. 1 tuan ada lagi tak?

Farid83

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Lt Kol Basri,

Apa pun terima kasih. Tanpa usaha saudara, mana mungkin saya dapat bahan daripada pihak RAJD.

Saudara Sham,

Terima kasih. Jika siap nanti, saya akan hebahkan dalam blog nanti, insyaAllah.

Saudara Farid83,

Syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya blog saya dapat menambahkan pengetahuan golongan muda tentang negara kita yang tercinta ini. Maaf le, buku pertama itu dah tiada lagi.

F berkata...

Major Nor Ibrahim,

I recently met a former AQM who serve with you in 3 Squadron, his name is Chen and he sent you his best regards.

Fariz.

basripgb berkata...

Salam Tuan!

Semuanya kerana Allah semata2.Bantu dalam riang(tenaga) yang ada....serta kerjasama yang amat terhad demi mempromosikan RAJD..menjadikan amal jariah serta ilmu utk dmanfaatkan.. Wallahu aklam.