Para pembaca....SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA
Syukur alhamdulillah, ramai di antara kita masih dapat menunaikan rukun Islam ke4, insyaAllah. Bukan semua hamba-Nya yang mendapat izin-Nya untuk menikmati keistimewaan Ramadan Al-Mubarak ini.
Pagi semalam, 9/7/13, saya telah terbang dengan Firefly ke KL untuk menziarah anak menakan, Edi, di IJN. Beliau menghadapi komplikasi dengan jantung mekanikalnya, klik di sini. Keadaan beliau terlalu kritikal dan berada dalam ICU. IJN dah jadi rumah ke2 beliau kerana terlalu kerap berada di sana. Sungguh sedih melihat keadaan beliau.
Bersama kakaknya, Suzana@Anna. Masa itu mata beliau masih tidak di'tape'. Semalam matanya dah ditape. Diambil minggu lepas.
Kak & anaknya, Fara, serta cucu-cucunya. Kak & anak-anaknya berkampung di bilik menanti ICU semenjak 2 malam sudah. Gambar diambil semalam
Hari ini, 10/7/13, Edi akan menjalani satu prosidur dalam usaha menyelamatkannya, ambil petikan doa Fara (adik) dalam facebooknya semalam...'Ya Allah, esok pagi, Yup akan melalui procedure yang sangat berisiko tinggi. Aku Memohon keajaiban di bulan Ramadhan ini Ya Allah...harap doa dari semua. — at Institiut Jantung Negara IJN KL'. Amin.
Kita hanya mampu berdoa, pakar-pakar bertungkus-lumus untuk menyelamatkannya.....Allah menentukannya, wallahualam.
10/7/13 jam 1232.....Edi masih belum keluar dari Bilik Bedah semenjak diusung jam 0830. Rayuan seorang kakak terhadap kejahteraan adiknya yang dipetik dalam facebook Suzana sebelum ini '...Yang mengenali adik saya aidi munawir..saya pohon dari kalian doakan yg terbaik utknye..krn ketika ini..saat ini..dia sedang menjalani procedure ablation... — at Institut Jantung Negara (IJN) @ Jalan Tun Razak.'
Jam 1258...Terima sms ini daripada Yatie, isteri Edi '....Alhamdulillah..operation aidi berjaya tapi tak boleh dilawat lagi...terima kasih atas doa keluarga n sahabat'. Syukur alhamdulillah.
12/7/13. Petikan facebook Suzana '...Yup insan yang tabah dan kuat semangat.... Dengan izin Allah, Yup berjaya melalui stage yang kritikal. Jangan putus berdoa agar Yup kembali pulih seperti sediakala..'
2 ulasan:
These are heart-rending times for the family watching helplessly, one of their kin whose life hangs on a thread. Unable to do any more than look at ILIHAI for divine help. Yes these are indeed very difficult times. The pix of all the family members who have camped at the waiting room of the ICU especially the young lad in black, slumped in his chair and the look of anxiety on the faces of the two women ( probably mother and daughter ) about sums it all up. Lets all in this holy month of Ramadan Berdoa Kepada Allah SWT for the well being of sudara Edi and his extended family.
Saudara Arunzab,
Thank you. My sister and her daughter, Fara, and grandsons.
Catat Ulasan