Followers

Tuesday, November 12, 2013

Kemahiran Vs Kelulusan Akademik

8/11/13, saya mengambil kesempatan menjengok gerai2 sempena 'Karnival Be Skills' yang melibatkan semua Giat Mara seluruh negara di Taman Tema Tasek Darulaman....
Pertandingan Inovasi, Sulaman & Motosikal & Demonstrasi Kemahiran

Saya kagum dengan kreativiti para peserta seperti....

Mengubahsuai 'kapcai'. Malang sekali kreativiti seperti ini mungkin 'mati' begitu saja jika pihak berwajib tidak terus memberi galakan

Kakak2 mengikuti demonstrasi menjahit

Cakap pasal menjahit. Saya jarang membeli seluar/baju yang dah siap. Kebiasaannya saya membeli kain untuk diupah membuat seluar/baju. Tapi tak le mengguna perkhidmatan 'Lord's Tailor' ke atau pun, di Alor Setaq ini, 'The Fox' dimana orang2 beso sini menempah pakaian mereka. Pakar saya adalah seorang graduan Giat Mara saja dan 'butik' beliau hanya booth yang disediakan oleh gomen dengan kadar sewa RM80 saja. Upah jahit seluar RM65 dan RM50 untuk baju. Saya memang selesa dengan jahitannya.

Masalah dengan pakar saya ini ialah beliau tak dapat menetapkan bila tempahan akan siap. Sebulan tu kira OK le. Jika nak siap cepat2, baik cari pakar lain. Kalau nak tempah baju Melayu sempena Hari Raya, 3 bulan sebelum raya tempahan tak diambil. Memang beliau ni tak menang tangan. Mengapa beliau berjaya? Kerana beliau berkemahiran dalam satu bidang - pakar menjahit.

Baru2 ni, saya pergi servis kereta. Sementara menunggu, sempat bersembang dengan seseorang yang turut menunggu keretanya. Beliau memaklumkan yang beliau bertugas sebagai pensyarah di UUM. Topik yang saya bangkitkan ialah 'kemahiran'. Saya katakan jika seorang profesor menghadapi tandasnya rosak, dia tak panggil seorang profesor membaikinya tetapi terpaksa memanggil 'pakar tandas'. Jangan dipersoalkan caj yang akan dikenakan kerana kita memerlukan kepakaran mereka. Bila nak balik, dia beri kad yang menunjukkan dia seorang profesor. 

Ambil 'klinik' kereta yang kami berada di waktu itu. Sesiapa yang ingat boleh 'drive-in' untuk 'Merc'nya mendapat rawatan oleh doktor pakar, terutama Sabtu & Ahad....lupakan saja le! Kebiasaannya dia tak terima kerana Merc berderet menunggu giliran dan semua dah buat appointment. Mengapa beliau berjaya? Kerana beliau berkemahiran dalam satu bidang - pakar Merc. 

Klinik pakar Mercedes

Kecuali segolongan kecil yang tidak perlu memikiokan keteguhan ekonomi semenjak dilahirkan, kebanyakan kita semua, paling tidak pun buat permulaan, kena le bertungkus-lumus untuk mengukuhkan ekonomi sebelum berusaha untuk mencapai 'self-actualization'. Generasi sekarang sangat beruntung kerana, jika self-actualization nak mengenggam segolong kertas sijil IPT, mereka boleh mengejarnya bila2 masa tanpa mengira umur asalkan mempunyai kelayakan akademik minima.

Kesimpulannya, bagi mereka yang kurang berminat mentelaah buku sebaliknya berminat dalam sesuatu bidang kemahiran, jangan paksa diri masuk IPT walaupun layak. Pergi ambil kursus kemahiran. Jadi seorang pakar dalam apa jua kemahiran yang diminati. 

Justeru, jangan sama sekali mempunyai sifat rendah diri (inferiority complex) mentang2lah ketiadaan kelayakan akademik daripada IPT. Sebaliknya, banyak2 bersyukur kerana kita semua adalah pakar. Cuma kita harus bijak mengenal pasti kepakaran yang ada dalam diri sendiri. Sifat rendah diri hanya akan timbul sekiranya kemahiran tidak dipergunakan sebetulnya, wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju 100% tapi kalau ada ke dua-dua lagi bagus. Saya ada kelulusan dan juga berkemahiran dalam bidang yang saya ceburi. Boleh berpakaian kemas/segak serta boleh juga berbaju comot bila menjalankan kerja yang memerlukan kemahiran saya.