Followers

Tuesday, November 26, 2013

Seni Lambang Bangsa

Biasa le....Cuti Sekolah = Majlis Perkahwinan. Mejar pencen ada juga terima kad jemputan dari rakan taulan di KL. Tapi terpaksa meminta maaf kerana tidak dapat hadir. Namun demikian, saya bersyukur kerana masih ada yang masih ingat veteran ini. Sekurang-kurangnya tak le tergolong 'out of sight, out of mind'...He...He...He.

Pada 23/11, saya & Menteri KDN telah menghadiri satu majlis berkenaan di Jitra. Sebenonya, kami tidak kenal kedua-dua mempelai atau pun kaum keluarga pasangan tersebut. Apa yang berlaku ialah kawan si pengantin perempuan adalah anak murid isteri saya semasa mengajar di SMK Taman Seraya, Cheras, sebelum berhijrah ke Jitra pada 2000. Si anak murid ni, Raja Fara, nak hadir ke majlis tersebut. Sementelah kami menetap di sini, beliau telah 'mengarah' pengantin menjemput kami. Jadi, kami pun dijemput melalui pelajar tersebut.

Bila sampai di rumah pengantin, seorang pun saya tak kenal. Tak lama kemudian, pelajar berkenaan dengan menyurung 'pram' anak dan 3 lagi rakan sampai. Mereka datang dari KL dengan Mas. Depa semua staf Astro.

Raja Fara (2 dari kiri) dan anaknya (dalam pram)

Apom lenggang turut disediakan. ABC dah wajib

Yang menarik perhatian saya ialah inilah satu2nya majlis perkahwinan yang pernah saya hadiri yang menghiburkan para hadirin dengan....

Kumpulan musik tradisional

Saya pasti bapa pengantin perempuan seorang berjiwa seni. Bukan ramai yang dapat menghayati musik seperti ini. Terdengar seorang muda yang bertanya 'tak letih ke dia tiup serunai tu?'. Saya menghargai usaha tuan rumah menobatkan budaya kita. Siapa lagi yang nak mengetengahkan kebudayaan kita kalau bukan kita sendiri, betul tak? 

Saya tak berhasrat untuk memberi pandangan terhadap mereka yang begitu bangga dengan budaya yang ditonjolkan oleh 'negara mat saleh'. Tapi sedarilah, mat saleh tu juga sangat bangga dengan budaya mereka. Justeru, walau apa yang dilakukan, jangan sama sekali kita melupai 'roots' kita. Kita mesti berbangga yang kita adalah Anak Malaysia.

No comments: