Followers

Saturday, November 2, 2013

Terpahat Dalam Kenangan

Saya terima emel berikut daripada saudara Rama. Beliau adalah anak kepada Mej Ramasamy yang bertugas sebagai Station Staff Officer, 6 Briged, Sungai Petani, pada 70'an. Ketika itu beliau masih bersekolah. Ikuti coretan beliau setelah diedit... 

'Saya tinggal di Kem Lapangan Terbang selama 4 tahun. Mungkin anda kenal bapa saya, Mej Ramasamy. Ketika itu beliau bertugas sebagai Station Staff Officer, 6 Briged.  Rumah saya dekat dengan padang dimana helicopter TUDM Nuri dan Alouette mendarat setia hari.

Kem itu ada kena rocket atau bom komunis pada masa itu.

Mengenai ketiga-tiga pegawai, iaitu Mejar Haris Rejab, saya kenal dia dan keluarganya. Dia memang jujur dalam kerja dia. Dan saya pernah ikut bapa saya ke Haadyai dan Songkhla dan jumpa dia sana  lagi sekali (arwah ketika bertugas di RBCO Songkhla, klik di sini). Sama dengan Kapten Sulaiman. Dia tinggal belakang rumah saya. Saya masih ingat selepas insiden helicopter Nuri itu, kereta dia masih lagi dekat padang sana.
  
Mengenai Kapten Hardev (klik di sini),  hanya sekali saya jumpa dia. Saya, bapa dan kakak mengadakan makan malam untuk dia di pekan Sungai Petani (SP), sehari sebelum insiden berlaku. Bapa saya tak boleh tidur. Kami semua terkejut. Helicopter bawa mayat dia balik ke kem dan saya ikut bapa ke medical center.

Saya masih ingat pengkebumian pilot Nuri (mendiang Kapt Choo YB disemadikan di SP). Bapa saya ajak saya pergi. Video 'Hari Ini Dalam Sejarah' (klik di sini)  boleh nampak saya yang masa itu di Tingkatan 3. Memang sedih.  

Bapa  saya juga pergi ke Gubir menaiki helicopter Nuri. Satu minggu sahaja di sana. Dia menceritakan lagi satu insiden yang nyaris berlaku. Semasa dia balik dari Gubir dengan helicopter Alouette, pesawat tersebut mengalami kerosakan; lampu merah berkelip.   Lalu tak sempat nak mendarat di SP dan terpaksa mendarat di Alor Setar. Jurutera memeriksa helicopter itu dan mengesahkan tidak boleh diterbangkan. Jadi, bapa saya terpaksa naik Landrover balik ke kem.

Itu saje yang saya boleh ceritakan semasa di Kem Lapangan Terbang SP.'

Membaca blog mejar pencen ini membuat Rama mengimbau semula suatu yang terpahat dalam ingatannya. 

Saudara Rama....Terima kasih.

1 comment:

Saffanskot22 said...

Salaaman Yop,
Calipon kita, terima kasih atas info dan kalau ada kelapangan bolehlah teman jumpa dan dengar mika diShah Alam pada 13 Nov nanti. Ref diatas teman knows Mej Ramasamy very well and all incidents yang dicerita oleh anak beliau, Rama terjadi during my Subaltern days with 20 Kompeni Angkut, diKem Lapangan Terbang SP. The main talipon line for SP Station was just 4 digits then i.e. 2134 and all extensions were only with 3 digits. The Adjutant was Capt Yahaya @ Pak Ya and the QM was Capt Shuhaimi who during that mid seventies dah main golf diSP Club. The 6 Bde Commander, Brig Gen Arul was sometime seen hitting the golf ball dipadang lapangan terbang tersebut sebab masa tu mana ada driving range dan TV pun masih black and white lagi.

Ada swimming pool and a very beautiful padang for playing hockey diSP Station dan Mej Ramasamy, as anak perempuan beliau suka berenang pernah organised swimming competition dengan penuh meriah semasa itu. I have wrote banyak cerita dalam my book Inilah Barisan Kita Skot 22 dan juga didalam my Blog : www.saffanskot22.com, mengenai kisah kisah semasa berkhidmat diSP. Antaranya, Whatever happened to Baton 1 as some of what Rama has cerita, ada didalamnya. Pls feel free to browse.
Wassalam,
Z