Followers

Monday, April 16, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian viii

Bersambung dari SINI...

Chin Peng melihat mood orang Malaya berkobar-kobar untuk mendapatkan kemerdekaan. Ini betul2 memberi tekanan kepada dia. Dia juga buat appreciation mengenai perjuangannya ini. Menjatuhkan gomen secara ketenteraan mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Justeru mengapa tidak menyahut seruan 'peaceful coexistence' sepertimana yang dipersetujui di Bandung. Mengikut perkiraan Chin Peng, mereka sedia menghadapi "...five or ten years in the political wilderness. That would be acceptable. During this time we would lie low and regroup. After that, we would re-emerge to fight again - this time not with arms but within the constitutional framework - for the creation of a socialist  state." (Chin Peng, (2003), hlm. 361. Ha...itu motif sebenar Chin Peng! 

Jadi, dia pun hantar satu lagi surat dalam Bahasa Cina kepada Tunku, Tan Cheng Lok dan beberapa orang lagi pada 24 September 1955 menawarkan agar diadakan satu lagi rundingan. Surat ini dipos dari Klian Intan, Perak. Sudah pastilah surat ini mengutuk terma amnesty disamping menyarankan gencatan senjata selain menghapuskan ISA dan kerjasama di antara Parti Perikatan dan PKM untuk mencapai kemerdekaan secara aman (Nik Anuar, (1998), hlm. 14).

Kali ini Tunku setuju untuk bertemu dengan Chin Peng. Mengapa? Ha...Dia nak buktikan kepada rakyat bahawa partinya serius untuk menamatkan darurat sebelum mendapatkan kemerdekaan. Jika tidak, rakyat akan mempertikaikan manifesto Parti Perikatan. Tapi, beliau tak boleh memandai buat keputusan sesuka hati...mesti le mendapat kebenaran Inggeris. Beliau pergi berjumpa Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray. Beliau menegaskan bahawa beliau hanya nak menjelaskan terma2 amnesty. Beliau hanya setuju terhadap gencatan senjata sekiranya Chin Peng sedia menyerah diri selari dengan terma amnesty.

Apa pula pandangan Inggeris? Tunku ni betul2 membawa masalah kepada gomen the Queen. Jika tak benarkannya bertemu ketua pengganas yang paling dikehendaki, Tunku akan hebahkan bahawa Inggeris sengaja nak darurat berterusan dan ini secara tidak langsung melengahkan kemerdekaan. Jadi, Donald MacGillivray bertemu dengan Tunku pada 18 Oktober diikuti mesyuarat di Singapura pada 19 Oktober. Mesyuarat di Singapura ini turut dihadiri oleh Scott, Sir Robert Black (Governor Singapura), David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Jen Bourne dan MacKintosh. Dalam menyuarat ini, Tunku menjangkakan bahawa Chin Peng akan membangkitkan soalan2 berikut (FO371/116941, Telegram from Sir Donald MacGillivray to Mr Lennox-Boyd, No 67/9, 20 Oct 1955):

1. Pengiktirafan PKM.
2. Kepastian sesiapa yang menyerah diri tidak akan dihantar balik ke China.
3. Kepastian sesiapa yang menyerah diri dibenarkan aktif dalam politik dan hanya ditahan untuk satu tempoh yang singkat sahaja.
4. Anggota mereka dalam tahanan dibebaskan.
5. Emergency Regulations Ordinance 1948 dimansuhkan.

Berhenti dulu le...Bersambung, insyaAllah.

1 comment:

Mat Bon said...

Bang, kalau ada masa nanti terangkan sedikit mengapa PPH berada di Betung (wilayah Thai)? Mengapa PPH? Mengapa tentera Thai tiada di situ?