Pengikut

Khamis, 19 April 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian ix

Bersambung dari SINI...

Ha...Mengapa Chin Peng nak sangat  Emergency Regulations Ordinance 1948 dimansuhkan? Macam ini le...Undang-undang ini merupakan ibu kepada Pak ISA. Dalam memonya kepada Kabinet pada 1 Julai 1948, Arthur Creech Jones, Secretary of State for the Colonies, antara lain undang-undang ini menegaskan:

"...the reimposition of the death penalty for the offence of carrying arms, and the authorities have been empowered to detain any person without trial, to search persons and building without warrant and to occupy properties. Where local conditions require, the authorities have power to impose a curfew and to control the movement of persons and vehicles." (C.P. (48)171,Cabinet: The Situation In Malaya, (Secret), 1st July, 1948).

Image result for images of Donald MacGillivrayBerbalik kepada mesyuarat di Singapura, dengan tegasnya Tunku beritahu MacGillivray no way beliau akan mengiktiraf PKM. Tetapi beliau nak  juga dengar hujah Chin Peng mengenai  points 2 hingga 5. Beliau menyedari bahawa beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan there and then tanpa dirujuk kepada gomen Mat Saleh. Masalahnya, nak dengar points 2-5 tu pun MacGilllivray tak setuju. Dia mengingatkan bahawa Tunku dibenarkan bertemu dengan ketua pengganas hanya untuk menjelaskan terma-terma amnesty sahaja, tidak lebih dari itu.

Sudah tentu Tunku bengang! Bantahan Tunku ini dilaporkan oleh MacGillivray kepada Pak Menteri di London yang menyatakan "...the public now realise that the amnesty itself will not bring an end to the emergency and are looking to this meeting to do so; that there is growing public opinion in favour of negotiation and that he could not now go to the meeting if he were authorised merely to explain the terms of the amnesty." (C.P. (48)171). Hebat betul Tunku...Saya tabik spring pada Tunku

Sebenonya MacGillivray mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh Tunku tapi tak le diluahkannya secara terbuka kepada Tunku. Dalam memonya di atas, beliau melaporkan bahawa memang wujud kesedaran di kalangan rakyat terhadap laungan Merdeka. Sementara itu, walaupun amnesty dah 6 minnggu diisytiharkan, tapi sambutan dari PGK tidak memberansangkan kerana Chin Peng mengambil tindakan hukuman mati kepada sesiapa yang nak menyerah diri. Keadaan ini membuat rakyat kurang yakin amnesty akan berjaya membawa penamatan darurat yang sudah mencecah 7 tahun. Jadi tidak hairanlah mereka (rakyat) mahukan Tunku berunding dengan Chin Ping kerana ini mungkin dapat menamatkan darurat dengan kadar segera.

Dalam menghadapi dilema ini, MacGillivray mengesyorkan 2 opsyen kepada Arthur Creech Jones, iaitu:

1. Bertegas Tunku hanya dibenarkan untuk menjelaskan terma-terma amnesty sahaja. Namun demikian, beliau menjelaskan bahawa implikasi opsyen ini ialah kemungkinan Parti Perikatan akan letak jawatan daripada "...Councils at all levels." Selain itu, ia memberi gambaran bahawa Inggeris sengaja tidak berhasrat untuk menamatkan darurat, justeru menidakkan Malaya diberi kemerdekaan. Ini memungkinkan UMNO enggan bekerjasama dengan Inggeris. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti penjajah menghadapi masalah sokongan daripada rakyat dalam usaha mereka (Inggeris) menamatkan darurat. Dalam keadaan begini, sudah pasti memberi kesan kepada morel Rejimen Askar Melayu Diraja dan Polis.

2. Membenarkan Tunku berunding dengan Chin Peng tetapi "...not (repeat not) to commit us in any way to agreement on any point." Ini bermakna depa ada kuasa mutlak sama ada bersetuju atau tidak keputusan yang dibuat oleh Tunku. Jika Tunku tidak bersetuju, kemungkinan Tunku akan meletak jawatan sebagai KM yang akan memberi gambarah bahawa "...he could could have brought the emergency to an end on terms acceptable to the public but that the British has frustrated a reasonable solution."

OK le, berhenti di sini hari ini. Bersambung...

Tiada ulasan: