Followers

Thursday, May 10, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xiv

Bersambung dari SINI...

Bila terima saja telegram dari Sir D MacGillivray pada 25 Okt 1955, tanpa berlengah Lennox-Boyd memaklumkan jemaah menteri semasa Mesyuarat Kabinet pada 25 Okt 1955 yang diadakan di 10 Downing Street, London jam 1000 (C.M (55), 37th Conclusions, (Secret), 25th October, 1955). (Tarikh sama kerana perbezaan zon masa).

Lennox-Boyd menjelaskan bahawa Tunku "...felt it necessary that he should go into the forest himself to hold discussions with Communist leaders." Over dramatised betul Mat Saleh ini...sapa kata Tunku nak jumpa Chin Peng dalam hutan! Bersandarkan kepada laporan MacGillivray yang dipersetujui oleh Sir R Scott, Commissioner-General, South-East Asia, adalah agak mustahil untuk beliau mempengaruhi Tunku supaya hanya menjelaskan terma-terma amnesty sahaja semasa pertemuan beliau dengan ketua pengganas itu nanti. Sudah pasti Tunku minta "...be allowed, for the purpose of a meeting with the communist leaders, a mandate to settle the situation as best he could.

Jika Inggeris berkeras dengan arahan ini, Tunku akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan menuduh Inggeris "...the Government at home for obstructing a course of action which could be represented as opening up a prospect of bringing the emergency to an end."  

Tapi jangan risau. Beliau  menjelaskan sekiranya Tunku memandai membuat keputusan semasa pertemuan tersebut, keputusan itu boleh diketepikan oleh MacGillivaray. Mengapa? Kerana Ketua Menteri dan Executive Council bertanggungjawab kepada High Commissioner. Dalam keadaan begini, Lennox-Boyd menegaskan "...We should have no alternative but to stand firm in such a event and it would right for us to do so."

Anggota kabinet Eden bersetuju dengan pandangan Lennox-Boyd.

Cukuplah setakat ini...Bersambung.

No comments: