Pengikut

Khamis, 24 Mei 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xvii

Bersambung dari SINI...

Sebaik saja terima arahan daripada Lennox-Boyd 31 Okt 1955, MacGillivray berbincang dengan ahli-ahli Executive Council, iaitu Tunku dan menteri-menteri beliau le, pada keesokan hari, 1 Nov. Tak buang masa lansung.

Seperti biasa, dia pun menghantar laporan mengenai berbincangan tersebut kepada Lennox-Boyd pada 8 Nov 1955 (FO 371/116941, no 80, 8 Nov 1955). Dalam laporannya, beliau telah memaklumkan jemaah menteri bahawa perbincangan di antara Tunku dengan ketua pengganas terbatas kepada terma-terma amnesty sahaja. Sekiranya perbincangan turut meliputi perkara-perkara seperti pembubaran Akta Darurat, ini akan memberi gambaran bahawa Chin Peng  turut terlibat dalam membuat dasar. Justeru, dengan secara tidak lansung "...raise the meeting to the level of negotiations one equal terms."

Menurutnya lagi, Tunku menegaskan bahawa nawaitunya "...of doing no more than listening to what Chin Peng has to say and coming back to report to me." Menurut dia lagi, Tunku juga menyatakan pendiriannya "...of the importance of not (repeat not) allowing the Communists to appear in the guise of victors but thought that this could be achieved by insisting that all who surrender should be held for investigation. It may be significant and an indication of his line of thought that he added, after a slight pause, "even if this was only for 3 or 3 [sic] days."

Yang bestnya, MacGillivray menyatakan bahawa lain-lain menteri tak banyak bersuara kemungkinan "...for fear of expressing views which might not coincide with those of the Chief Minister." Dr Ismail (Tun Dr Ismail Rahman) menegaskan darurat perlu ditamatkan dengan seberapa segera supaya mempercepatkan proses kemerdekaan. Beliau mengingatkan MacGillivry bahawa Inggeris yang meletakkan syarat bahawa kemerdekaan akan diberikan selepas darurat berakhir. Beliau mengesyorkan supaya "...Her Majesty's Government should now (repeat now) take the initiative by indicating that further  progress towards self-government was not (repeat not) independent [sic] upon the prior termination of the Emergency..."

Malah Ong Yoke Lin (laporan menyatakan Ong Loke Lin), menokok-tambah bahawa "...the effect of this condition on many people's minds was to make them feel that Chin Peng held the key to the situation."

Kenyataan Tun Ismail dan Ong Yoke Lin memberi gambaran bahawa kabinet Tunku tidak dimaklumkan mengenai keputusan Inggeris yang penamatan darurat bukan lagi kriteria utama menuju ke arah kemerdekaan. Menurut MacGillivray, lebih kurang 4 jam sebelum bersidang, dia dah memaklumkan mereka "...the gist of your telegram Personal No. 146 (which had just reached me) neither Ismail nor any other Minister referred to it and they presumably felt that it did not (repeat not) go far enough to meet the their point." Dia juga menegaskan adalah penting untuk gomen Inggeris mengumumkan tak perlu menunggu penamatan shooting war untuk mencapai kemerdekaan.  Dia kata, jika diluluskan, dia nak bangkitkan isu ini semasa Budget Meeting of Legislative Council pada 30 November nanti.

Selain itu, MacGillivray tidak setuju dengan Lennox-Boyd mengenai 2 cadangannya (Lennox) supaya Tunku dimaklumkan terma-terma perbincangan nanti secara bertulis. Alasannya ialah cadangan ini akan mewujudkan "...an atmosphere of distrust and would have the reverse of the effect desired. It would likely to impel him to go up and beyond the limits set simply in order to avoid being called a "British stooge."  Sebaliknya dia mencadangkan supaya dia, dengan kehadiran Jen Bourne, berbincang dengan Tunku sebelum beliau bertemu dengan Chin Peng.

Oh mak datok...panjang lagi.

Dua hari sudah saudara Zaini Zaid telah menghantar beberapa dokumen UK National Archives mengenai memo inter-department pejabat PM dengan pejabat Colonial Secretary. Pada saya, memang interesting. Dengan bahan2 ini, boleh buat monograph, wallahualam.

Terima kasih bebeno saudara Zaini Zaid.

Bersambung...

Tiada ulasan: