Pengikut

Sabtu, 5 Mei 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xiii

Bersambung dari SINI...

Telegram MacGillivray kepada Lennox-Boyd pada 24 Okt 1955 di SINI tidak terakhir di situ saje. Dia berbincang lagi dengan Sir R Scott, Jen Bourne dan Mackintosh (Head of Colonial Office's Far Eastern Department yang kebetulan melawat Malaya ketika itu). Hasil dari perbincangan ini, MacGillivray menghantar satu lagi telegram pada 25 Okt 1955. Kerenah Tunku ni betul2 buat orang beso Inggeris stress...He...He...He.

Dalam telegramnya, MacGillivray mengingatkan Lennox-Boyd bahawa anggapan Tunku yang Inggeris sengaja nak melewatkan memberi kemerdekaan salah depa (Inggeris) juga. Beliau merujuk kepada surat perlantikan Gerald Templer di SINI. Selain itu, Eden semasa melawat Malaya pada 2 Mac 1955 (ketika itu menjawat Foreign Secretary), telah mengumumkan (FO 371/116941 no 72, Telegram no 659 from Sir D MacGillivray to Mr Lennox-Boyd, 25 Oct 1955):

"...And now a word about our policy in Malaya. We all want to see steady progress here along the road to self-government. H.M.G. in the U.K. have a responsibility to clear the obstacles that stand in the way. What have we to do? First suppress terrorism." (Prime Minister in Kuala Lumpur 2nd March, 1955)."

Menurut laporan The Straits Times, This Is The Way - Eden: He lists five steps to self-Govt., 3 March, 1955, hlm. 1, Eden menggaris 5 langkah sebelum Inggeris memberi self-government kepada orang Malaya:
  • Suppress terrorism;
  • Put the peoples of Malaya on their guard against Communist infiltration and subversion;
  • Help to secure Malaya against these dangers;
  • Develop a stable economy administration and establish a "durable accord" between all races;
  • Provide a secure system of defence
Jadi, jangan salah Tunku dan rakyat beranggapan Inggeris cuba melewat-lewatkan pemberian kemerdekaan! Tak salah Tunku yang bertegas nak berjumpa dengan ketua pengganas untuk menamatkan darurat secepat. Juga MacGillivray bersetuju dengan kebimbangan Tunku sekiranya Malaya lewat mencapai kemerdekaan. Tunku gusar kelewatan ini akan membuatkan "...they will be submerged by extremists." Dalam keadaan begini, dah pasti Tunku dan Mat Saleh berhadapan bukan sahaja dengan ancaman komunis tetapi kaum ekstrim. Justeru,  MacGillivray mengaku agak sukar meyakinkan Tunku untuk menerima syarat2 Inggeris semasa pertemuan dengan Chin Peng itu nanti.

MacGillivray menegaskan bahawa jika syarat First suppress terrorism ini dikekalkan, tidak menghairankan Tunku akan menjadikannya kambing hitam semasa bertemu dengan Chin Peng. Dia juga menjelaskan Inggeris perlu menerima kenyataan bahawa keadaan keselamatan sudah banyak berubah dan memihak gomen sementara ketua pengganas sedar bahawa dia telah kalah the shooting war.  

Bersandarkan kepada keadaan ini, MacGillivray mengesyorkan supaya Inggeris buat U-turn dengan menyatakan tak perlulah menunggu sehingga darurat tamat untuk mendapat kemerdekaan. Dia mencadangkan "...to let Rahman and the Rulers know in confidence that H.M.G. have to come to this conclusion and that they will shortly be making a  statement in Parliament." Dia dah dapat persetujuan dari semua Sultan kecuali Sultan Johor; dia percaya akan dapat persetujuan beberapa lagi. Dia mencadangkan supaya Lennox-Boyd "...You have therefore been able to agree with the Rulers and Alliance Ministers that talks should be held in London early next year-and then on the lines of the agreed Press statement about the talks."

Cukup le buat hari ini. Bersambung...InsyaAllah.

Tiada ulasan: