Pengikut

Selasa, 18 Ogos 2009

Anggota Tentera LLP.....21 Tahun Kemudian!

Coretan ini dituju khusus untuk segelintir kecil anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saya meminta maaf sekiranya anda menganggap siapakah saya untuk menunjuk pandai. Tujuan utama ialah saya akan berbangga sekiranya tiada lagi berita dalam media massa menceritakan kesusahan/kedaifan bekas tentera meraih bantuan dari masyarakat umum.

Pernahkah terfikir bagaimana agaknya kedudukan anda selepas tamat berkhidmat 21 tahun dalam ATM? Untuk makluman pembaca, terma perkhidmatan LLP bagi melayakkan mereka menikmati pencen ialah mereka mesti berkhidmat selama 21 tahun......bukannya sehingga umur 58 tahun!

Katakanlah anda mula berkhidmat pada umur 19 tahun. Diam tak diam, anda terkejut apabila diberitahu bidang apa yang anda minat untuk mengikuti Kursus Peralihan di PERHEBAT, Kem Sungai Buloh. Anda sudah berkhidmat selama 21 tahun dan umur baru 40 tahun....dah berstatus 'pesara'. Treler berderet di belakang, hutang sekeliling pinggang, RSAT jadi rumah kedua. Peningnya kepala!

Kerana hendak 'enjoy' dulu, anda kahwin agak lewat. Katakan semasa berumur 30 tahun baru sampai seru untuk berkahwin. Syukur Alhamdulillah, anda suami isteri diberikan Allah sungguh 'subur'. Selang 9 bulan, menimang anak. Anak pertama baru Tahun 5; 'Pekerjaan Bapa' - PESARA! Saya yakin anda mempunyai lebih dari seorang anak.

Anda bersara berpangkat 'sarjan'. Semasa berkerja, gaji bulanan termasuk elaun melebihi RM3,500. Jolok kad ATM pada 21hb setiap bulan, hanya RM1,400 sahaja yang dikreditkan dalam akaun. Ingat, pencen untuk LLP berlandaskan kepada separuh gaji pokok untuk perkhidmatan 21 tahun. Berbeza dengan kakitangan awam, separuh gaji pokok untuk 25 tahun perkhidmatan dan lebihkurang 60% untuk perkhidmatan 30 tahun dan lebih.

Mungkin buat setahun dua anda tidak merasa perbezaan alam persaraan kerana anda telah mengeluar wang simpanan LTAT - sekurang-kurang RM100,000. Boleh joli....tukar kereta, mungkin ada juga yang buka 'cawangan' baru, dan tak tahu apa lagilah. Masa ini jugalah anda terpegun yang anda mempunyai ramai sahabat handai. Mereka mempelawa anda untuk melabur dalam 'projek' mereka dengan pulangan yang sungguh menarik. Berhati-hatilah, silap langkah, melayanglah simpanan LTAT dan sahabat handai pun entah hilang kemana.

Kalau begitu keadaannya, apa yang sepatutnya anda lakukan? Anda tanya pandangan saya ke?

Pertama sekali, anda sepatutnya berterima kasih kerana anda dari kumpulan yang mengutamakan disiplin. Selain simpanan paksa dalam LTAT, saya syorkan agar anda melabur dalam ASB (jangan risau, saya bukan ejen PNB dan tidak mendapat sesen komisen pun). Pergi bank yang memberi pinjaman ASB dan pinjam jumlah yang termampu anda bayar ansuran bulanan untuk tempuh sehingga 20 tahun. Jangan keluarkan dividen walau RM1 selama 20 tahun.(Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat fatwa - HARUS).

Andaikan dividen 8% setiap tahun dan anda pinjam RM50,000. 20 tahun kemudian....jumlah simpanan ialah RM233,050. Dividen sahaja RM18,644 setahun=
RM1,553 sebulan.Campur pencen RM1,400=RM2,953. Saya bukan jenis yang berani mengambil risiko. Jadi, saya akan laburkan kesemua simpanan LTAT dalam ASB. Nak pening kepala buat apa, ada pakar untuk menguruskan wang saya.

Selain simpanan, anda harus mempunyai kemahiran yang sentiasa diperlukan oleh orang ramai. Maksud saya, kemahiran seperti membaiki motor/kereta, alat eletrik/eletronik, paip air. Ikuti kursus sebegini semasa menjalani Kursus Peralihan. Anda tidak memerlukan modal yang banyak dan rumah boleh dijadikan pejabat/bengkel. Bayangkan, nak pasang kepala paip pun kena caj RM50, tidak termasuk kos kepala paip. Nak jadi jutawan agak susahlah sikit, tetapi bukan mustahil. Senang tu, InsyaAllah.

Saya sendiri ada bertanya dengan Polimas, Kolej Komuniti dan Giat Mara sama ada mereka mengendali kursus pendek membaiki alat eletrik/eletronik. Sekiranya ada, saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut. Malangnya, tiada.

Anda juga sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran. Jangan buangkan peluang ini. Dengan adanya ijazah dan pengalaman, anda mempunyai kelebihan untuk mendapat pekerjaan. Juruteknik pesawat terbang TUDM juga dalam kumpulan bernasib baik kerana kepakaran mereka sangat diperlukan dalam industri penerbangan. Tetapi bukan semuanya bernasib baik.

Fikirlah sejenak apa yang saya membebelkan ini......mungkin anda akan tersentak dari mimpi dan kembali ke alam nyata!

Selamat Berpuasa.

12 ulasan:

Robert Rizal Abdullah berkata...

Squad, I know you are anti multi-level business (some call it direct selling. The truth is it is one of the biggest income-generating for the ordinary people.

Of course most require you to be a SALESMAN, who will be more or less selling his product "door-to-door".

I have tried my hands at scores of this kind of business but they all ended in failure and disappointment because I couldn't bring myself to more or less "SELL MY PRODUCTS DOOR-TO-DOOR". I felt it lowered my dignity. I vowed never to get myself involved again - until a friend convinced me of this one I'm presently doing.

The present one I'm doing is working on a "work smart" concept. We don't want to be a "salesman" but a "usahawan". We want to jump the queue and straightaway become a Manager. This way you can climb the ranking ladder faster and you can earn big money faster. Many are earning a 5-figure income within 5 - 7 months. Indeed this system has created 250 millionaires usahawan within the 8 years that this system has been created (to help the Bumis).

The initial price? RM21k to buy 10 of our 2 products. Where to get the 21k? Your gratuity or saving or bank loan from Bank Rakyat which will approve the loan without guarantors within a few days (am bank and BSN also give the facilities but they are a little slower. How to repay the loan? Repayment is RM300/month. You need to sell off 3 of the product that you have bought at RM100/month. There you have enough to pay for the loan! Sell all the 10 - you'll have your money back.

EVEN BEFORE YOU SELL THE PRODUCT YOU'LL BE GIVEN RM4,600.00 BONUS.

There is 0% risk.

How to climb the ranking ladder and the bonuses thereon? Anyone interested just call me at 012 - 2751171 (Rizal Abdullah)

Honest Squad, this is the best chance for ordinary people like you and me to be a millionaire, not in 10 or 20 years but 1 or 2 years. You just invest 21k / 10 products ONCE only.

Maj (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Squad, sorry but I've to correct you. I'm never 'anti' MLM or any vocation as long as it generates 'halal' income. In fact, I admire those successful direct sellers-they've the quality that I lack. I suppose as at today, syukur Alhamdulillah, I'm in a comfort zone and contented with whatever Almighty Allah bestows on me. Well, readers, why not give my squad mate a call.

Robert Rizal Abdullah berkata...

Squad,

My apology. I must have read you wrongly. In one of your articles you mentioned: "Janganlah cuba mempengaruhi saya untuk berniaga kerana jawapannya ialah...... 'TERIMA KASIH SAJALAH'."

That led me to think you are against MLM. My apology again. No malice intended.

Maj (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Squad,
No problem. I sincerely hope our friends LLP read your comment. Selamat berpuasa.

alor star airman berkata...

assalamualaikum tuan
saya luk nizam trade af
tinggal 10 tahun lagi berkhidmat
sebelum 'pencen' . kerja di tudm kuching. kalau boleh saya nak minta nasihat tuan mengenai pengurusan kewangan . baki gaji saya setelah ditolak keperluan adalah lebih kurang 60-70 ringgit saja . adalah aset iaitu rumah di pd umur 52 baru abis bayar rumah . saya jumpa blog tuan baru sahaja .saya harap tuan dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar . selamat berpuasa tuan . terima kasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum Luk Nizam,
Terima kasih kerana membaca blog saya. Tujuan utama saya ialah untuk mengejutkan segelintar kita dari alam mimpi ke alam nyata.

Dalam blog-blog di bawah topik 'Financial management'saya ada menceritakan bagaimana saya mengurus kewangan saya sendiri. Apa yang anda perlu buat sekarang ini ialah mencatatkan berapa perbelanjaan sebulan dan apakah perbelanjaan tersebut? Dan, selepas itu, tanya diri sendiri adakah perbelanjaan tersebut itu sangat perlu-tanpanya kehidupan anda sekeluarga akan merudum. Hentikanlah perbelanjaan yang tidak perlu.

Pedulikan apa pandangan orang sekeliling. Ingat, bukan mereka yang akan menanggung kita bila kita susah. Masalah kebanyakan kita ialah tidak dapat melawan
nafsu; bersaing tidak kena tempatnya!

Setakat ini dulu kerana nak berbuka puasa.

Hj Zubir Jitra berkata...

Mej(B)Ibrahim, thanks for sincere piece of thought on how to manage our finance wisely.It is in fact a true description of what's happening to our men currently due to poor personal finance management, hutang keliling pinggan!. I encourage my students to visit your website to read your lovely piece of advice. Mudah-mudahan Allah menjadikan itu sebagai amal jariah untuk anda, Amin.Thanks.

Abah berkata...

Sekali lagi Tahniah dan syabas untuk Tuan!

Saya perhatikan banyak artikel-artikel yang tuan garapkan didalam Blog tuan memberi keinsafan, nasihat serta tidak tinggal juga 'Nostalgic stories' ketika berkhidmat dulu. Amat kurang di kalangan pesara-pesara yang seangkatan seusia kita dapat menghasilkan blog sedemikian rupa atau boleh dikatakan sebilangan besar 'Buta IT'

Disini saya ingin mencadangkan supaya tuan memohon untuk menjadi sebagai salah satu Forumers di http://www.gempurwira.com/phpBB2 atau jika boleh saya ingin menguar-uarkan Blog tuan ini di
http://www.gempurwira.com/phpBB2 untuk pengetahuan member-member disana.

Untuk pengetahuan tuan juga GW merupakan sebilangan besar ahli nya Orang Awam yang begitu amat prihatin kepada hal-hal ketenteraan dan sebilangan Kecil dari kalangan kita (pesara).

Mohon penjelasan dan kebenaran sewajarnya.


TK


Saya:-
roslan_abdullah@hotmail.com
atau nama yang sama di Facebook


xwo2gk

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Abah,
Terima kasih kerana mengikuti blog saya. Saya sungguh sedih apabila terbaca ada segelintir bekas tentera yang hidup terlalu daif.

Saya fikir dengan cara ini mungkin mereka yang masih berkhidmat boleh bermuhasabah...ini merupakan fardu kifayah saya.

Saya tiada halangan sekiranya anda menguar-uarkan blog saya kepada gempurwira. Terima kasih.

Abah berkata...

Tuan, sekiranya tuan berminat joint member di GW sila berbuat sedemikian:-

Sila masuk ke :-

http://www.gempurwira.com/phpBB2/

QUOTE aneep wrote:salam tuan,
tidak ada masalah
minta dia register macam biasa, dan boleh PM saya atau Comrade SS username beliau untuk diaktifkan dengan kadar segera
apa alamat blognya?

selamat hari raya aidilfitri

-aneep- (Moderator GW)UNQUOTE

Unknown berkata...

boleh ke bhenti awal bawah 10 thun...sbnrnya sya x bermint da kerja askr(bosan sgat).dulu x tahu kerja askr ni mcmna...ingt sma mcm kat tv.ada tmbak2...lgipun sy da bosan sgt dgn arhan2 askr ni......sy tau gji askr skrg 2015 mmg tggi,tpi sy x bminat gaji tggi klau da boring...apa2 kerja pun x best nk buat.kerja mmg buat..tpi fikiran masih fikir nk bhnti....nk bhnti elok..sbb x mau .blacklist...
stkt ni je..
silakn blas..nk sgt2 tau pendapt tuan2 sekalian..tq..

Unknown berkata...

Salaam... Kepada nk brenti awal fikirkan dulu.. rezeki ada dimana2.. kalau dlm askar pon kje nk sembelit jer.. payah la kat luar sana.. penuh cabaran.. wslm