Followers

Monday, August 31, 2009

Satu Bodevac Menjadi Dua Bodevac

Coretan dari seorang xnurilot se-era dengan saya - Lt Zainal Piee TUDM....'as is where is'.

Sebelum saya cerita, nak beritahu apa bodevac tu. Bodevac (body evacuation) adalah tugas mengeluarkan mayat anggota tentera atau musoh yang terbunuh dari hutan dengan menggunakan pesawat.Kali ini pesawat Nuri di gunakan.

Pada suatu hari tahun 1979, saya juruterbang Nuri telah di arahkan membuat tugas bodevac di kawsan hutan Ipoh.Lebeh kurang jam 2 petang saya bertolak dari TUDM Butterworth ke padang 2 brigade di Ipoh.Setelah mendarat, saya dapati ramai bapak-bapak,ibu-ibu dan anak-anak berhimpun di tepi padang tersebut.Mereka kelihatan sedih dan ada yang menagis.

Saya terus pergi ke bilek gerakan untuk mendapatkan taklimat operasi tentang apa yang harus saya lakukan nanti.Semasa taklimat saya di beritahu yang sekarang ini operasi mengejar (hot pursuit) Pengganas Kominis (PK) sedang berjalan di satu kawasan tidak jauh dari brigade ini.Maklumat terkini seorang anggota tentera telah terbunuh dan saya di tugaskan mengambil nya bila operasi selesai.

Barulah saya tahu mereka yang menangis tadi mungkin sedang menantikan berita siapa kah anggota tentera yang terbunuh tu..Saya di fahamkan nama anggota yang terbunuh akan di beritahu setelah operasi selesai.

Sementara mununggu, saya berehat di dalam pesawt Nuri..Saya tak sampai hati nak berjumpa ibu-ibu dan anak-anak yang dalam ksedihan di tepi padang tersebut.

. Beberapa ketika kemudian, saya perhatikan lebeh ramai lagi orang datang berhimpun di tepi padang tu.Baik bapak-bapak,ibu-ibu dan anak-anak semuanya kelihatan cemas dan sedih.Saya pun ikut rasa sedih. Tidak berapa lama kemudian, Pegawai Bertugas datang menemui saya dan menyatakan satu lagi anggota tentera dah terkorban akibat di tembak PK.Berita itu tersebar kepada orang-orang yang berhimpun itu.Sunggoh sedih dan pilu hati saya melihat ramai yang menangis terutamanya anak-anak.

Sedang saya berbaring dalam pesawat, Pegawai Bertugas datang lagi dan memberitahu saya bahawa operasi dah selesai dan sah dua anggota tentera telah terkorban.Kelihatan di tepi padang tangisan ibu-ibu dan anakanak bertambah kuat lagi.Saya juga lihat ada ibu-ibu yang terpaksa di papah menaiki kereta dan beredar.Tentu lah mereka dah di beritahu suami siapa kah yang dah terkorban tadi.

Saya pun bersiap lah untuk menghidupkan injin pesawat Nuri.Ketika baru nak menghidupkan injin pesawat, saya terdengar suara azan dengan nyaring nya.Saya terdiam seketika dan tiba2 hati saya rasa sebak dan sedih teramat sangat.Dalam fikiran saya siapa lah yang telah menjadi balu dan anak siapa pulak yang dah jadi anak yatim.Ya Tuhan ku berikan lah mereka yang kehilangan suami/bapa kekuatan dan kesenangan untuk terus hidup.

Selepas azan, saya pun terbang ke kawasan yang bertanda dengan belon berwarna (Marker balloon) untuk mengambil kedua dua anggota yang terkorban tu.Kaedah ‘winching’ di gunakan untuk mengambil kedua-dua mayat tersebut Di dalam pesawat saya lihat kedua- dua badan mayat tu terdapat banyak lubang-lubang kecil di sebbabkan peluru musoh.Mereka masih muda dalam lingkungan umor tiga pulhan.Tiba di padang 4 bigade dua buah ambulan sedang menunggu dan tiada lagi kelihatan ibu-ibu dan anak-anak di tepi padang tu.

Selepas tu saya pun terbang pulang ke TUDM Butterworth dan tiba waktu nya hampir maghrib.Setelah mematikan injin dan sebelum meninggalkan pesawat, saya biasa nya akan berkata bersendirian.’Selamat beristirehat wahai Nuri,esok kita akan bertugas besama sama lagi’. Saya pun terus pulang ke Mes Pegawai (masa tu bujang terang tang tang lagi) dengan rasa teramat sedih dan pilu mengenangkan kedua dua pahlawan yang telah gugor demi keamanan negara kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Cerita dari

LT Zainal Piee TUDM

No comments: